Rabu, Mei 31, 2017

Makan pon susah!

My sahur


Nak  makan pon susah? Makkk aiii....sampai berdenyut kepala aku pikir apa nak makan masa buka puasa nanti. Aku text Wiwit tanya apa dia akan masak petang nanti. Jawapan yang aku terima amat menghampakan....Katanya dia belum dapat message dari aunty jadi dia tak tahu nak masak apa! Huh? Lauk yang aku terima dari Kak Anne, yakni kari ikan tenggiri dan kurma daging pada hari sabtu lalu dah habis aku perangat 2 hari berturut, Ahad dan Isnin..

Awal pagi semalam aku sempat singgah di sebuah pasar kecil berdekatan dan membeli sepeket kecil ikan kurau masin yang dipotong panjang-panjang. Apabila aku pulang ke rumah disebelah petangnya, aku serahkan kepada Wiwit dan bagitahu ini saja yang aku nak makan untuk berbuka puasa dengan beras perang aku. Aku suruh Wiwit goreng, masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat dan masukkan cili padi sekali towards the end. Aku nak makan dengan nasi panas.....itu saja!

Untuk anak-anak, sudah pastilah aunty akan masakkan sesuatu untuk mereka. Oh, aunty marinate ayam dengan yoghurt dan disalutkan dengan salt and pepper dan serbuk kari yang kemudiannya digoreng....Yuya cakap, tiap-tiap hari makan macam tu pon ok! Hahahahahahaha....dan apabila aku rasa, hmmmm sedap jugak!

Semalam dalam hujan lebat aku terus ke Taman Kosas. Tujuan aku ke sana ialah untuk mengambil tempahan karipap yang aku buat dengan June. June ni merupakan bekas associate aku dulu yang kini mengusahakan karipap frozen dari rumah. Aku suka beli dengan June kerana satu, June merupakan pekerja aku dulu. Dua, kerana June amat bersih. Tiga, June menepati waktu. Empat, harganya masih sangat berpatutan. Jadi semalam aku ke Kosas untuk collect karipap kentang yang aku tempah. Tak banyak sangat pon...cuma 40 ketul saja yang dipekkan dalam 4 bekas yang mudah untuk aku masukkan dalam peti ais. Lepas buka puasa kami semua terbongkang! Hahahahahahahaha...

Sebelum tidur, aku dok pikir apa nak makan sahur nanti pulak. Rumah aku tak makan nasi waktu sahur. Oleh kerana kami ibubapa tak mulakan, kini anak-anak pon dah terikut tak makan nasi waktu sahur. Biasanya kami cuma makan pisang, cornflakes, sup dan lain-lain yang ringan. Pagi ni berbeza sikit kerana Wiwit dah siapkan 'banana pancake'. Yeayyyy, bertambah sikit selera dan aku makan 3 keping kecil..light tomato soup with lots of vegetables, minum milo panas dan banana smoothie yang aunty dah buat malamnya sebelum tidur. Hahahahahahaha....so far so good....berat badan ada kurang? Hmmmmm nothing much. Turunnya terlalu sikit. Masih ada beberapa perkara yang tak berapa nak kena lagi dengan makanan aku especially pengambilan karbohidrat dan gula walaupun nasi aku ialah nasi perang ataupun dipanggil 'brown rice' yang rendah kanjinya. Aku rasa mungkin kuih-muih berbuka ni merupakan 'culprit' nya selain daripada minuman bergula...Nah...itu yang aku akan cuba kurangkan sewaktu berbuka nanti....aku tengah dok monitor secara mingguan ni....hahahahahahahaha.....rasanya bakal terjadi seperti di tahun-tahun sudah...NAIK!

7 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Assalamu'alaikum...

Jadi mak macam kakcik ni pun pening juga fikir nak masak apa. Ada anak yang tak makan nasi langsung. Ayahnya pula mesti ada nasi. Kakcik apa pun boleh. Beli memang boleh beli, tapi takut akhirnya membazir saja...

Uncle berkata...

Waalaikumsalam...

Hahahahahahaha...kalau lagu tu samalah macam arwah mak saya dulu. Pening nak melayan kami punya selera. Tapi anak-anak saya pulak, kalau tanya nak makan apa untuk buka puasa, jawapannya, "apa -apa pon boleh!".. Hahahahahahaha....

Ibu n Abah berkata...

Buka puasa hari pertama dan kedua kami membeli.
Ada yg boleh dimakan dan ada yg haram kami tak sentuh.
Puasa kedua akak dah balik Bangi. Beli lauk kat param. Allahuakbar... bila jamah.. rasa tak lalu. Kuahnya terasa sangat AJINOMOTO. Ikannya rasa hanyir.. siputnya kuahnya hitam..seakan siput tu tak dibasuh... paru berlada terasa hanyir. Rasa serik nak membeli lauk di pasar ramadhan.
Yang boleh makan ialah tauhu bakar yg dibeli di Param Telok Mas. Kami dah bertahun2 makan tauhu bakar tersebut. Tak berubah rasanya.
Skrg mmg masak sahaja. Kalau nak beli baiklah beli domino pizza yg kita dah maklum rasanya.

Ibu n Abah berkata...

Buka puasa hari pertama dan kedua kami membeli.
Ada yg boleh dimakan dan ada yg haram kami tak sentuh.
Puasa kedua akak dah balik Bangi. Beli lauk kat param. Allahuakbar... bila jamah.. rasa tak lalu. Kuahnya terasa sangat AJINOMOTO. Ikannya rasa hanyir.. siputnya kuahnya hitam..seakan siput tu tak dibasuh... paru berlada terasa hanyir. Rasa serik nak membeli lauk di pasar ramadhan.
Yang boleh makan ialah tauhu bakar yg dibeli di Param Telok Mas. Kami dah bertahun2 makan tauhu bakar tersebut. Tak berubah rasanya.
Skrg mmg masak sahaja. Kalau nak beli baiklah beli domino pizza yg kita dah maklum rasanya.

Uncle berkata...

Aik? Telok Mas? Familiar sangat nama tu kak! Hahahaha....in fact semalam saya pecah record sebab pergi pasar ramadhan tapi tak beli apa! First time!

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Salam Ramadhan uncle,
Berat sy turun tau uncle.. turun 100gms, hahahaha.

Uncle berkata...

SKTJ.

Wah banyak tu........mesti badan rasa ringan kan?

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...