Rabu, Februari 22, 2017

9hb Februari 1968

Assalamualaikum semua. Dibawah ini ialah karangan pendek bekas junior aku (aku form 5 dia form 1 ditahun 1985) semasa di SDAR dulu didalam fb aku. Thank you so much Suhaimy Kamarudin. 

Nakai nehh......

"Today is Uncle Mohd Shahrir Ali's birthday. I'm not at liberty to reveal his age (and risk kena ketuk ketampi), but I can tell you he looks a lot younger than his age.

Uncle was my senior at school when we all first arrived in 1985. I remember he was one of the Rumah Bendahara seniors in Blok D, and played rugby together with Dino, Apam, Aizad, IQ, Mohd Rasheed Hj Hassan, etc. I think he also represented the school in football and was also a school sprinter.

For most of us juniors, Uncle was probably the fiercest-looking senior in Blok D. We were just scared of him! There's no other way to put it. Haha!

But when I think about it, I don't remember any of us being bullied by him or anything. He minded his own business and he was never mean to us. 

He may not remember this, but he visited the school in 1987 if I'm not mistaken. He took the time to chat with a bunch of us at Dorm C7 about life after school.

The story I remember most was about him playing rugby and training with the Royal Selangor Club. I just remember thinking, "this guy is actually not scary at all."

These days, thanks to technology and social media, some of us keep in touch with him via Facebook and WhatsApp and all that. And on this auspicious day, here's pantun seloka to celebrate Uncle's birthday:

Happy birthday untuk Uncle,
Almost lima dekad quite a spectacle,
Badan sado bukannya miracle,
Sapa kurang ajaq sat lagi kena tackle.

Kami ucapkan selamat hari jadi,
Makan birthday cake jangan lupa angkat besi,
Untuk meraikan hari yang mulia ini,
Sat lagi Taren buat show goyang gerudi.

Kami doakan semoga terus panjang umur,
Terus murah rezeki terus sihat segar dan subur,
Sado dan macho budi tinggi pekerti luhur,
Cergas dan cemerlang macam negeri Penang yang makmur."

Macam itulah rapatnya kami. Kesian dan sayu aku dengar bila aku tahu kini yang adik-adik amat takutkan aku dulu. MasyAllah...semoga aku diampunkan Allah diatas segala salah laku aku dulu.....

Jumaat, Februari 17, 2017

Back to school..


Bunyi tu saspen.....betul memang aku pergi ke sekolah pon. Tapi untuk acara perasmian dan menaik taraf surau sekolah. Wah hebat sungguh surau sekolah aku sekarang ni. Aku ingat lagi sewaktu aku masuk ke tingkatan satu pada tahun 1981 dulu, surau hanyalah merupakan bilik yang disambung/besarkan untuk menampung murid-murid untuk sembahyang secara berjemaah terutamanya pelajar-pelajar junior. Hari Khamis malam Jumaat, para pelajar tingkatan satu akan mengambil giliran untuk menyusun carpet merah didewan besar. Pertama untuk acara sembahyang Maghrib dan Isyak serta tahlil diantara kedua-dua waktu tersebut dan ke dua ialah untuk sembahyang Jumaat keesokan harinya. Setiap minggu kelas berlainan akan dijadualkan untuk membentangkan carpet. Cerita bentang carpet tu masih lagi menjadi bahan kami berjenaka setiap hari Khamis malam Jumaat, kini! Message akan masuk dalam whatsapp berbunyi, "Kelas 1 Putih jangan lupa bentang carpet didewan malam ni.....". Lepas tu confirm beratus whatsapp messages akan masuk.....hahahahahahahaha.....Cerita sama yang berulang setiap minggu dah berpuluh tahun lamanya.....hahahahahaha.....




aku paling junior tau!


Old boys dah banyak melaksanakan pelbagai usaha termasuklah yang melibatkan dana. Kerja mereka tak habis siang dan malam. Yang tu memang aku respect habis. Jadi, pada satu tarikh yang ditetapkan dan bersesuaian dengan semua, kami pon berangkat ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku sampai agak awal. Bersama dengan abang ZZ, kami sampai pada pukul 5! Aku ambil kesempatan untuk meronda ke semua kawasan termasuklah asrama (bahagian bawah). Waaaahhhh banyak sungguh perubahannya berbanding dengan zaman aku dulu. Itu sudah pasti lah memandangkan perbezaannya ialah lebih dari 30  tahun!

Aku berjalan ke bangunan asrama. Ada yang bermain basketball, ada yang hanya melepak ditepi court, ada yang berjumpa ibubapa dll. Aku approach satu keluarga dan bertanya siapakah yang mereka tunggu dan tingkatan berapa. Aku diberitahu bahawa anaknya baru masuk tingkatan 1 tapi sering menangis nak pulang. Aku faham sangat perasaan anaknya. Bapanya memandang kearah aku dan meminta aku menasihati anaknya setelah mengetahui bahawa aku juga merupakan bekas pelajar..aku mengangguk dan menyambung rondaan aku. 

Seketika kemudian setelah terlihat anaknya bersalam dengan mereka, aku menghampiri. Masih terdengar sedikit esakan. Aku perkenalkan diri kepada anaknya sebagai "Pakcik bekas pelajar". Kami kemudian bersalam. Ayahnya bertanyakan aku beberapa soalan dan aku menjawab serta menasihati adik tadi agar cekal. Aku juga bagitahu adik tadi agar sentiasa bergaul dengan semua pelajar yang ada dan jangan sesekali duduk menyendiri kerana apabila kita duduki menyendiri, kita pasti akan teringatkan keluarga dan ingin pulang. Aku juga begitu dulu. Aku harap yang adik ini kini masih lagi berada disana dan sedang enjoy dengan kehidupan di asrama.

Selepas meninggalkan sedikit amanat kepada adik itu tadi, aku mempercepatkan langkah aku ke surau baru. Ramai senior aku yang aku kenal dah pun sampai. Berbaju melayu segak gaya macam nak menikah pon ada! Kami bersalam, berpeluk, ketawa...Aku tak reti nak cerita 'feeling' apabila bertemu semula rakan-rakan satu sekolah, junior dan juga senior. Bersalam dan berpeluk, cuit sana sikit, cuit sini sikit....Itulah satu lagi nikmat persahabatan yang aku dapat. Beruntung bukan?

Ada beberapa ucapan. Ada dari arkitek yang bertungkus lumus menyiapkan surau baru dengan budget yang cukup-cukup, ada ucapan dari pengetua, ada ucapan dari YDP PIBG, ada juga ucapan dari YDP Sdara. Bersemangat aku mendengar. Aku berdoa agar adik-adik aku disekolah menggunakan fasiliti yang ada dengan sebaik mungkin. Difahamkan juga bahawa di situ telah disediakan internet berkelajuan tinggi untuk adik-adik melangsaikan tugasan. MasyAllah banyak sumbangan yang telah dan sedang direncanakan oleh AJK Sdara. Aku doakan semuanya sihat-walafiat lantas dapat melaksanakan assignments untuk membantu alma mater dan meningkatkan lagi tahap prestasi adik-adik. InsyAllah. 

Hebat sekolah aku sekarang ni. Dah ada internet! Dulu sewaktu di kampus lama, kami cuma ada satu talipon awam ditepi kantin sekolah dan satu lagi di blog IA sebelah Tunku Durah. Weekend je penuh. Hujung bulan pon penuh. Muka bengis datang talipon, budak-budak junior tunduk dan bagi laluan....kalau junior sedang guna talipon dan senior datang, conversation tu akan tiba-tiba jadi pendek dan sekali lagi laluan diberikan kepada abang-abang senior yang muka macam nak telan orang...Hahahahahahahaha.....

Senior aku yang ada disekolah untuk perasmian surau baru malam tu dan aku masih ingat nama-nama mereka seperti Grr, Ehsan, Bappu, Mong, abang ZZ, abang HJ, Kalu, Biddu, Ajak Kandos, Munas dan ramai lagi yang aku dah tak boleh nak ingat. Wahhhh terlampau ramai. Junior aku seperti Moondoc dan Naz, batch aku pulak seperti Apam, Kudo, Ketat dan Pahlavi. In a way, ia seperti reunion yang menemukan aku dengan budak-budak batch aku, batch bawah aku, batch atas aku dan juga budak-budak batch sekarang ni! Hahahahahahaha...awesome!

All in all, pengalaman balik semula ke sekolah walaupun bukan kampus yang sama kembali mengimbau saat-saat indah bersama rakan-rakan sebaya. Saat-saat nakal dan banyak lagi. Bagi aku, hampir semuanya manis walaupun pada waktu itu ianya pahit! Hahahahahahaha..."Once A Sdarian Always A Sdarian".




Ahad, Februari 12, 2017

Umrah 29/1-9/2




Sebelum aku mula, aku nak mohon maaf kepada yang telah meninggalkan message pada entry yang lalu. Aku dah membalasnya tetapi ada sesuatu yang aku tekan membuatkan kesemuanya terus hilang dari skrin. Aku mohon maaf. Aku tahu ada 2-3 yang tak keluar disitu. 

Assalamualaikum semua pembaca yang aku kasihi sekelian. Telah hampir 2 minggu ruangan ini sepi tanpa berita. Agak berhabuk sedikit bila nak kembali bermula. Walaubagaimanapun, seperti yang aku beritahu dientry yang lalu, pengembaraan aku boleh diikuti di fb. 

Kembara yang baru saja berakhir kali ini sebenarnya tiada perancangan specific. Ia berlaku secara spontan lebih kurang 6 bulan sebelum perjalanan. Keinginan aku untuk kembali ke KSA bagi mengerjakan umrah telah lama terpendam. Cuma aku belum mempunyai kesempatan dan ianya agak kurang serius pada waktu itu. Alhamdulillah dengan sedikit wang yang ada, perancangan yang rapi, aku nekad bahawa aku harus pergi kali ini. Tambahan pula tarikhnya amat bersesuaian dengan jadual kerja aku serta cuaca juga agak dingin diwaktu itu. 

Alhamdulillah, semuanya lancar. Dari mula pembayaran, memohon visa, kelas umrah hinggalah ke waktu keberangkatan di klia. Aku kenal beberapa orang pengendali umrah trip dari EPL Travel and Tours ini seperti Lotfi Lokman dan juga Rashid sejak mereka menjadi penuntut universiti Umm Qura di Mekah lagi.

Aku lebih suka menaiki pesawat MAS dari Saudi Air. Entah kenapa aku tak pasti. Aku dapat aisle seat. Alhamdulillah. Jika tidak, pasti lenguh kaki aku payah nak mengelunjur....Sebelum berangkat, aku ada beritahu seorang bekas pekerja aku yang kini berada di Madinah dan dua orang lagi yang masih bertugas di Mekah yang aku akan ke sana. Aku jadi excited kerana pertamanya, aku akan melaksanakan umrah setelah beberapa lama, dan keduanya ialah kerana aku bakal berpeluang untuk bertemu dengan ramai bekas pekerja aku disana. Hahahaha....



Selama beberapa hari aku berada di Madinah, aku sempat bertemu dengan Eka Saputra. Bekas assistant asian chef aku dulu di mekah. Beliau kini mengetuai asian kitchen di millenium hotel di Madinah. Promotion untuk beliau. Alhamdulillah. Kami berpeluk dan bersalam kerana hampir 8 tahun tidak bertemu. Kali terakhir sebelum aku bergerak ke Mekah, kami sempat minum di starbucks. Hahahahahaha...

Banyak perkara-perkara indah berlaku di Madinah. Selain daripada berkesempatan bersolat setiap waktu di Masjid Nabawi yang sudah tentulah menjadi agenda utama aku ke sana, aku dijemput untuk bersarapan dan kemudiannya diberikan penghormatan dibawa masuk oleh pegawai Masjid Nabawi untuk bersolat di "raudah" maghrib dan isyak. Itu merupakan kemuncak kepada segalanya sewaktu aku di Madinah. Sedang berpuluh ribu orang bersesak untuk mendapatkan waktu, aku dibawa masuk serta diiringi untuk masuk dan diberikan ruang di saf pertama diantara mimbar dan makam Rasulullah saw. Itu memang the best moment of my life sempena tahun baru 2017!

Hotel penginapan ialah lebih kurang 100 meter dari perkarangan masjid. Taklah jauh sangat bagi aku. Ada jemaah yang tinggal berkilometer tapi masih berdisiplin datang ke masjid. Jadi, bagi aku ia tidak menjadi hal. Yang penting kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita. 

Keadaan persekitaran telah berubah sedikit sebanyak dengan pembukaan kawasan khas untuk para peniaga kecilan untuk berniaga. Jika tidak, para peniaga kecil ini akan memenuhi setiap lorong yang ada selepas setiap waktu solat. Kini tidak lagi. Keadaan lebih teratur. 

Selang beberapa hari aku di Madinah, tibalah waktu untuk aku berangkat ke Mekah. Aku miqat di Bir Ali. Tak jauh dari bandar Madinah. Hanya sekitar 6 kilometer sahaja. Orang ramai memenuhi setiap ruang yang ada. Terus berihram dari hotel lalu kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Sampai agak lewat. Hampir 10 malam dan terus ke hotel untuk check in sebelum kami berkumpul di lobby untuk mendengar taklimat terakhir sebelum bergerak dalam kumpulan ke Masjidil Haram. Manusia memenuhi setiap ruang. Hampir 2 jam baru aku selesai. Alhamdulillah. Cuaca masih baik walaupun tak sedingin seperti di Madinah tetapi Mekah diwaktu pagi waktu itu ialah 20C. Masih nyaman..

Dikesempatan yang ada juga aku gunakan untuk berjumpa dengan bekas pekerja aku yang kini telah bekerja diserata hotel di Mekah. Bertemu mereka aku terus diajak makan dan minum. MasyAllah....

Umrah seterusnya aku lakukan 2 hari sebelum pulang ke tanahair. Sekali ni aku lakukan bersama dengan seorang rakan bilik aku, Abang Ali. 'pace' kami lebih perlahan kerana aku harus bersama Abang Ali yang sudah agak berumur. Abang Ali Ali baru saja kematian isteri beberapa minggu sebelum kami berangkat. Umrah kali ini Abang Ali laksanakan untuk arwah isteri beliau. Semuanya kami lakukan bersama-sama. Kekadang aku terlepas ke depan. Aku perlahankan langkah untuk menunggu beliau. Begitulah seterusnya hingga kami berjaya juga melaksanakannya. Abang Ali jadi emosional sebaik kami tamat melaksanakannya. Aku faham..

Kini aku dah kembali ke Ampang. Walaubagaimanapun, badan aku terasa amat letih sekali. Ini mungkin kerana aktiviti padat aku selama hampir 2 minggu disana. Nampaknya relax tetapi menggunakan tenaga yang amat banyak dan sering berjalan kemana-mana. Aku harap tenaga aku kembali pulih selepas ini dan suhu badan aku kembali normal. Panas luar dan dalam ni. Takpa...ini semua hanyalah dugaan sementara. InsyAllah 2-3 hari lagi akan kembali normal.  Have a nice week ahead people!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10) Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusny...