Isnin, Julai 18, 2016

Busy Sunday!

Raya 1995 di Switzerland


Assalamualaikum adik-adik dan pembaca yang sangat aku hormati dan sayangi sekelian. Sekali lagi kita menyambut Syawal. Cepat rasanya Ramadhan meninggalkan kita. Sedar tak sedar, setiap hari berlalu dengan begitu pantas. Bangun awal pagi, bersiap untuk pergi ke pejabat. Menghadiri beberapa mesyuarat, menghantar email kepada client, membuat report dan pelbagai perkara lagi. Kadang-kala makan tengahari juga terbabas dek kesibukan yang melampau. Balik ke rumah, makan, uruskan tution anak-anak dan bila mata menjeling ke arah jam, waktu dah pun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Begitulah keadaan dari sehari ke sehari. Walaubagaimanapun, aku suka jadual yang padat sebegini kerana dengan jadual yang sebegitu rupa, perjalanan seharian aku teratur. Semuanya terancang! Apa yang aku buat pada hari Ahad yakni semalam?

Ahad (17/7/2016)

1) Seperti kebiasaannya, aku akan bangun pada pukul 4.15 pagi, mandi dan bersiap untuk bersama-sama dengan NGO Unggas KL bagi menyediakan sarapan pagi kepada rakan jalanan setiap hari ahad bermula selepas sembahyang subuh hinggalah sekitar 7.30 pagi. Kebiasaannya aku akan berada di Masjid Jamek sekitar 4.45 pagi. Sebenarnya kegiatan tetap diteruskan walaupun dibulan Ramadhan tetapi aku tidak mengikuti programnya sepanjang tempoh tersebut...

Persiapan terpaksa dilakukan didalam masjid jamek kerana memandangkan keadaan persekitarannya sedang didalam proses penambahbaikan/mencantikkan oleh DBKL. Makanya kawasan meletak kereta menjadi sangat terhad. Aku tak naik moto kali ni kerana ada program lain selepas itu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik tatkala jam menunjukkan pukul 7 pagi. Terimakasih kepada adik-adik daripada UIA PJ dan sebuah lagi kolej/universiti yang sama-sama membantu selain daripada sukarelawan tegar seperti Farid, Bobo dan Cacing serta seorang lagi yang aku tak ingat namanya..First activity in the morning selesai dilaksanakan dengan jayanya....(aku sendiri yang kata 'jaya' walaupun tak diendorse oleh sesiapa!) Hahahahahahahaha.....

2) Selesai tugas sekitar jam 7.30 pagi. Aku bergegas ke Bangsar seperti kebiasaan hari minggu untuk melihat tempat kerja aku samada semuanya berjalan lancar ataupun tidak. Melihat persekitaran, meninggalkan 1-2 pesanan kepada petugas, membelikan sedikit sarapan untuk mereka dan memastikan tidak ada 'tetamu' yang tak diundang menginap disitu. 'spot check' mestilah dilakukan secara berkala.....hanya untuk memastikan yang semuanya mengikut arahan. Rondaan seperti ini hanya memerlukan masa sekitar 30 minit maksima. Kadang-kadang 'rasa hati' memberitahu ada sesuatu yang tak berapa nak kena.....hahahahahah.......

3) Bersarapan sebentar sebelum menuju Ke UM. Kenapa aku ke UM pada pagi ahad? PJJ? Tidak....memberi 'talk'? Tidak.....Seperti yang aku pernah ceritakan dulu, aku sangat suka bermain rugby. Jika disekolah dulu aku diberikan pilihan samada rugby ataupun pelajaran, sudah pasti aku akan memilih 'bola lonjong' tersebut!

                           Aku dibelakang, no 5 dari kanan

Janjinya latihan untuk pasukan "Sdar Lions - Veteran" akan bermula pada pukul 9 pagi selama 1 jam. Alhamdulillah ramai yang turun pada kali ini. Kategori Veteran ditubuhkan untuk pencinta rugby yang berumur 35 tahun ke atas dan yang masih mempunyai keinginan yang meluap-luap tapi kemampuan dah tak ada! Aku tengok sekeliling, rupa-rupanya aku tak kenal pon dengan sesiapa kerana rata-rata mereka adalah dari batch tengah 90-an manakala aku dari batch 85. Maknyanya, aku lah yang paling veteran ada diatas padang tersebut! Hahahahahaha...

Seorang demi seorang memperkenalkan diri. Ikatan adik-beradik seperti ini amat kuat diantara kami. Yang muda bertemu yang lebih dewasa memperkenalkan diri dan bersalaman. Latihan dimulakan. Baru warm up peluh dah mencurah-curah. Selama sebulan berpuasa, aku tak pergi ke gym. Dulu aku masih ke gym sewaktu Ramadhan tetapi akhirnya aku sendiri yang sakit dan demam berhari-hari. Aunty ada pesan agar aku tak ke gym sewaktu bulan puasa. 

Seronok bermain dengan adik-adik yang ratanya lebih 10 tahun muda daripada aku. Apabila kami berlari sambil pass bola dan ada seorang yang baling terlalu rendah kepada aku (terlalu rendah untuk aku sahaja, tidak pada mereka!) dan aku tak dapat tangkap, beliau memohon maaf kepada aku dengan berkata , "sorry Uncle.....terlupa Uncle dah tak boleh tunduk!". Hahahahahahaha....aku tiba-tiba terlupa yang umur aku dah nak masuk 50 tahun! Tadi masa nak masuk padang, aku rasa macam 17 tahun! All in all, aku sukakan sikap hormat-menghormati diantara pelajar-pelajar junior dan senior walaupun dah keluar sekolah. Dan of course I enjoy the company. Being among the younger ones membuatkan aku rasa 'remaja dan bertenaga'. Hahahahahaha...

4) Aku bergegas pulang dan terlelap sebentar kerana paginya aku bangun awal. Marina kejutkan aku sebab kami ada satu majlis rumah terbuka yang perlu dikunjungi di Segambut. Azumi tak ikut kerana pulang ke U lebih awal manakala Yuya berada di MSN Bukit Jalil untuk perlawanan bolasepak. Jadi, hanya kami bertiga sahaja. Kami akan ke rumah Rashid (bukan budak sdar). Kawan lama aku yang sama-sama bertugas di kedai aiskrim Swensen di Damansara Jaya sekitar penghujung tahun 80-an dulu. Rashid seringkali marah kepada aku sewaktu bertugas dulu kerana aku jarang kerja petang/malam. Selalunya aku akan kerja pagi kerana petangnya aku ada latihan/perlawanan rugby untuk pasukan Royal Selangor Club ataupun Selangor. Aku ada surat daripada RSC Sports Convenor yakni Teng Mui Ngee (pada waktu itu) sekarang ni tak salah aku Richard Dutton yang meminta agar majikan membenarkan aku pulang awal pada hari-hari tertentu untuk menghadiri latihan rugby. Sorry Rashid! Hahahahaha...

Rashid pada waktu itu sedang menghadiri kursus Asasi Jepun di UM. Siangnya menghadiri kelas dan malamnya bekerja untuk mencari wang tambahan. Seringkali aku tumpang moto cub buruknya untuk balik ke rumah. Waktu tu aku cakap moto cub arwah bapaknya yang paling best pernah aku naik! Hahahahaha...Fast forward, Rashid ke Jepun dan aku ke ITM dan seterusnya ke Switzerland. Kami terputus hubungan seketika. Sewaktu aku bertugas di Vogue Cafe, Renaissance Hotel KL, Rashid datang makan malam dengan clientnya. Kami bersalam sakan dan bercerita pendek. Rashid memberitahu aku yang beliau ada girlfriend Jepun bernama Akiko dan akan berkahwin tak lama lagi. 

Fast forward lagi. Rashid ada 4 orang anak kini dan 2 orang sudah pun di universiti. Seorang disekolah menengah dan yang kecilnya bernama Sakura didalam darjah 4. Rumah terbuka diadakan dirumah arwah ibubapanya di Segambut yang tak jauh dari klinik gigi kawan aku, Singh! Aku masih ingat lagi rumah itu kerana pernah melawat Akiko yang didalam pantang sewaktu melahirkan anak pertama yang bernama Akira! Happy berjumpa dan berbual dengan rakan lama. Rakan bujang yang kini telahpun mempunyai anak-anak yang dah besar panjang! Setiap kali aku melihat Rashid, aku akan teringat kisah aku dan dia yang bekerja di kedai aiskrim Swensen's di Damansara Jaya. Semalam sewaktu bertemu, aku tanyakan Rashid, "Shid, kau ingat tak dengan supervisor Swensen's yang nama Lilian?" Rashid ketawa berdekah-dekah penuh makna! Hahahahahahaha.....




18 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Assalamualaikum dan salam Syawal...

Sebenarnya kakcik masih tertanya-tanya apakah Jeumpa d'Ramo masih beroperasi dan Uncle masih di situ? Entahlah... bila sesekali hati berbisik, rasanya ingin pula 'lari' ke situ dan duduk diam-diam dengan lagak orang kaya walaupun sebenarnya kakcik tak punya apa-apa... :( (maaf kerana komen tidak kena mengena dengan catatan dek hati yang tidak keruan)

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Selamat Hari Raya, Uncle...maaf zahir batin. dah ke berapa hari raya kita ni ek... Seronok baca cerita Uncle. Bersukan untuk kesihatan bagus tapi kena ikut kemampuan diri, tak usah paksa yer Uncle. Nanti urat bersimpul hahahaha

Kakzakie Purvit berkata...

Seharian rutin yg penuh kakak perhatikan laluan hidup uncle. Penuh pengisian yg sangat bermakna terutama kerjasama dgn NGo utk masyarakat yg dibantu.

Main rugby yg dlm hati uncle tu kakak tahu sangat. Adik yg minta maaf baling bola rendah tapi sebenarnya mesti dia kagum belum tentu bila dia berada pada usia macam uncle masih mampu bermain lagi atau sebaliknya.

Nostalgia lama kembali bila dah bersama kawan lama. Mesti ada kisah dgn Lilian sampai boleh ketawa berdekah-dekah:) Lilian tu entah ada lagi entah tidak.

Azian Elias berkata...

Salam uncle.

terasa padat jadualnya ye..
tp kalau dah routine, dan jadi kebiasaan. dan rasa bernilai hidup kita kan.

selamat hari raya maaf zahir dan batin uncle.

masih kuat main rugby tu.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Kakcik Nur.

Yes masih dibuka danakan ditutup tak lama lagi untuk proses penambahbaikan untuk keselesaan tetamu termasuklah menyediakan elevator walaupun hanya 3 tingkat! Hahahahaha...dan yes...saya masih disini. Mari lerr Kakcik duduk sembang minum kopi! Tapi bagitahu saya dulu sebelum datang...nanti Kakcik nak bagi surprise, Kakcik yang surprise! Hahahahahaha...

Hati tak keruan
Tak akan lama........

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.

Saya hairan kerana lepas main rugby hari ahad tu, isninnya badan tak sakit macam dulu. hahahahahaha. Maksudnya urat tak bersimpullah! Thank you Mak Long. Saya tahu 'had' saya. Jadi bila ada physical contact, saya tak masuk.....cuma pandang walaupun hati meronta-ronta nak 'tackle' orang! Hahahahahaha. In fact team veteran tu akan memasuki pertandingan alumni di Balik Pulau pada 6 dan 7 hb Ogos nanti.....

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Dah lama saya nak join. Sebenarnya alumni saya ada 2 team. Satu yang baru lepas sekolah tapi dibawah 35 tahun. Yang tu laju sangat. Muntah saya....Team satu lagi tu Lions-Veteran 35 tahun keatas. Tapi semuanya dibawah saya! Hahahahahahaha. Saya yang paling Veteran. Walaubagaimanapun, saya cuma nak beriadah saja. Easily 500 calories dapat dibakar! Insyallah ahad nanti saya akan pergi lagi lepas Masjid Jamek.

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Azian Elias.

Terimakasih kerana membaca dan meninggalkan komen. Rugby tu memang daripada sekolah lagi dah macam tu. Tidur pon peluk bola rugby. In fact sekarang sebelah katil pon ada bola rugby!

Tak boleh manjakan badan. Saya baru 48....masih muda untuk segala macam aktiviti! Hahahahahaha....mind over matter!

NEKCIK berkata...

asalam Uncle..baru boleh tinggal komen kat blog kengkawan..ha..ha baru haritu uncle kat 57 tak tua..dan dan terus lupa password ..x boleh nak sign in..haa..haa

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.

Hahahaha...yang ni betul-betul lawak! Maksudnya saya tak boleh kata lagu tu selalu! Hahahahahaha but anyway....semuanya hanya didalam fikiran kita sahaja. Of course kuderat dah tak seperti dulu...tetapi minda masih aktif. Stay positif Nekcik!!! Lain daripada tu saya tak berani nak kata apa, takut nanti lupa password lagi sekali! Hahahahahahahaha....

Ibu n Abah berkata...

Uncle
Akak mmg dah terasa sangat tua
Walau fikiran nak kata akak muda tp dengan sakit segala urat dlm badan.. Nak jalan pun susah.. Selalu2 lupa pulak.. Mmglah dah kena terima bahawa diri ini mmg dah tua.

Uncle berkata...

Ibu n Abah.

Kemonn Kak....start lah dengan berkebun kat depan rumah... Tanam kangkung ka, tanam daun pudina pun bagus jugak sebab nanti boleh campur dengan teh dan minum ataupun digunakan untuk masak nasi beriani...best tu kak.....Pak/mak mertua saya umur 80 lebih tapi masih bekerja.

Dulu masa saya di tokyo, saya menginap di sebuah hotel.Setiap hari ada pekerja housekeeping yang akan membersihkan bilik. Kali pertama saya tengok pekerjanya dah melebihi umur 60 tahun. Saya jadi kesian dan akhirnya saya pulak yang bersihkan bilik! Lama-kelamaan baru saya sedar yang mereka masih kuat bertenaga, tidak mahu mengharapkan duit pencen yang tak seberapa dan juga tidak mahu menyusahkan anak-menantu kerana sering memerlukan wang. Hahahahahaha....

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

saya rasakan uncle semua orang mengalami situasi yg sama mcm uncle.. tak sedar umur dah meningkat, sentiasa rasa sweet seventeen.. hahahahaha.

Uncle berkata...

Terimakasih SKTJ kerana bersetuju (in a way) dengan saya...hahahahahaha saya sentiasa didalam 'state of denial' bila sampai ke umur!

Lady Windsor berkata...

Assalam Uncle,

Wahhh Lilian gitewww..sila buat entry Lilian...nak baca hahaha.

Perghhh dok p main rugby lagi ka? Sekitar tahun 93/94 saya tak miss p skodeng para giant dok berlatih rugby situ. kannya apa, rasa puas hati bila tengok depa dok bergasak rebut bola..kira macam bila sakit hati, boleh lanyak puas-puas orang yg buat kita sakit hati tu kan..gitu!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Lady Windsor.

1) Lilian tu memang legend. Dalam garang ada kelembutannya....(Rashid mesti gelak mengekek kalau tau ni..)Tapi dia tak boleh nak marah kami sebab kami 2 paling rajin kat situ....OT lah segala macam. Kami jugak yang dok cuci toilet dan buang sampah! Yang dok 'load' aiskrim kedalam van abang Jo pon kami jugak sebelum dihantar ke Federal Bowl, KL! Kalau Bob atau Sulaiman mc, kami lah yang naik ke tingkat 2 dan buat aiskrim! Masa tu semua aiskrim Swensens di buat di Damansara Jaya!

2) Hamboihh dok pi tengok 'bopren' ka? Yes...macam yang Uncle dok kata, Uncle memang minat gila kat rugby. Takraw, lumba lari, bola semua Uncle buleh tinggai. Ni semua pasai rugby! FYI, rugby bukan dipanggil sebagai 'gentleman's' tanpa sebab. Jika kita lihat perlawanan rugby, para pemain tidak akan melawan cakap/keputusan referee. Referee kebiasaannya tidak campur tangan bila berlaku pergaduhan diantara pemain didalam padang kerana mereka akan dileraikan sesama sendiri. Selesai perlawanan, pemain akan berbaris di tepi padang menunggu pemain lawan keluar padang untuk bersalam. Therefore, this game katanya, "a hooligan's game played by gentlemen!' Hahahahahahahahaha.....

Hazlan Zakaria berkata...

salam pak cik

steadylah masih main rugby lagi tu... kuat lagi la tuuu...
buat n3 lilian pula laa... hahahaha gelak penyamun

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Hazlan Zakaria.

Hamboihh cheq pon nak dengaq cerita Lilian jugak ka? Tak pa nanti bila-bila pakcik cerita....Tunggu lepaih cheq balik Haji nanti naa.....hahahahahaha.....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...