Selasa, Mei 31, 2016

HBD Yuya!

HRC KL
Beberapa minggu yang lalu Yuya menyambut harijadinya yang ke 15. Wah...cepat sungguh masa berlalu. Aku masih ingat saat Yuya dilahirkan. Melalui pembedahan sama seperti abangnya. Entah kenapa kali ini aku teringin nak ke HRC pulak untuk makan malam tetapi oleh kerana Marina masih lagi kanak-kanak, aku terpaksa menalipon dulu untuk bertanya apakah syarat-syaratnya. Aku diberitahu bahawa 'live band' akan bermula pada pukul 10.30pm. Jadi sebelum itu, kami disyorkan keluar..takpa..aku faham. Memang tak sesuai untuk kanak-kanak. 

Lepas aku dah buat booking dan semuanya ok, aku menerima panggilan talipon daripada bos HRC pulak mengatakan bahawa pada hari yang aku dah booked tadi mereka ada kumpulan besar daripada negara jiran yang akan makan malam disitu dan mengesyorkan agar aku menukar makan malam aku ke hari lain. Hmmmm......janganlah macam tu bang......bukan aku tak tahu kerja tu....Ok beginilah....biasanya apabila dikatakan 'restoran penuh', selalunya masih ada beberapa meja kosong lagi yang boleh menampung tetamu VIP, last minute VIP dan sebagainya. Jika last minute tidak ada VIP ataupun regular VIP, meja tersebut akan diberikan kepada walk-in guests....hahahahahaha....dah lebih 25 tahun aku dalam business ni bang! So, dipendekkan cerita, aku diberikan meja booth untuk 5 orang! Hahahahaha...btw, ini semua merupakan pelbagai cara restaurant yang tak diketahui umum. Begitu juga dengan bilik.....

Ada satu acara persembahan kebudayaan pada malam itu. Bermula betul-betul saat aku nak mula makan. Bingitnya dari jam 8.30 malam. Hahahaha....kuatnya bunyi muzik mengingatkan aku pada tahun awal 90-an dulu sewaktu aku membuka Uncle Chilli's Fun Pub di PJ Hilton. Begitulah kuatnya. Waktu tu ada Alleycats, ada Headwind, ada Asia Beat Percussions dan banyak lagi band yang bermain disitu. Zaman muda....semuanya 'hentam saja'......balik pukul 2-3 pagi dan ada juga lepas subuh baru sampai rumah! Makanan juga tak jauh bezanya dengan apa yang ada di HRC. Burgers, steaks etc....nachos lah, tacos lah, quesadilla lah, Phew....that was a good 24 years ago when I was 24!

Anyway, dinner was great. Semuanya happy. Wah...aku masih tak sangka yang Yuya pun dah meningkat remaja. Dulu Yuyalah yang paling kuat buat muka kelakar. Banyak gambar-gambar Yuya yang akan aku abadikan didinding-dinding rumah nanti. Sungguh berbeza Yuya kini. Dulu putih, sekarang hitam. Hahahahahaha....Yuya juga seperti Azumi, dah hampir sama tinggi dengan aku. Lanky! Horeyy...best-best anak dah besar....10 tahun lagi aku akan merindui setiap anak-anak aku yang mula meninggalkan rumah untuk hidup sendiri. 

Pesan aku pada Azumi, Yuya dan Marina, Papa tak mahu duit kamu semua. Papa juga bukan nursery untuk anak-anak kamu semua nanti. 

  • Yang Papa mahu ialah doa daripada kamu bertiga. 
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga tak bergaduh. 
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga mesti pertahankan ikatan adik-beradik walau macamana keadaan sekalipun.
  • Yang Papa mahu ialah kamu semua mesti bantu-membantu jika ada salah seorang yang kesusahan.
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu dan tidak meminta-minta. 
  • Yang Papa mahu kamu bertiga tidak menipu adik beradik, tidak menipu rakan-rakan, tidak menipu ibubapa, tidak menipu di tempat kerja dan tidak menipu pasangan masing-masing nanti!
  • Yang Papa mahu ialah kamu sering bertanyakan khabar Papa nanti.
  • Yang Papa mahu ialah kamu mesti balik raya di rumah kecik kita. Itulah rumah kamu bertiga membesar!
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga tidak sombong dan menunjuk-nunjuk.
  • Yang Papa mahu ialah kamu semua ada sifat 'empathy' dan selalulah membantu orang yang memerlukan. 
  • Yang Papa mahu ialah kamu bertiga tidak terlalu mengikut orang lain dalam berbelanja. Maksudnya, berbelanja mengikut kemampuan sendiri.
  • Yang Papa mahu kamu semua tidak lupa perintahNya.
  • Yang Papa mahu ialah, bila kamu bertiga nak kahwin nanti, carilah duit sendiri! Papa dulu kahwin satu sen pun tak pinjam duit orang! Hahahahahahahaha.......
Ok selamat bercuti sekolah ya!

Jumaat, Mei 13, 2016

Sedekah

Topik kali ini membuatkan aku amat serba salah nak bercerita. Kenapa aku serba salah? Aku serba salah kerana aku takut disalah anggap. Aku takut bakal ditegur kerana riak walaupun niat aku bukan begitu. Aku takut dianggap sombong walaupun tak terniat sekelumitpun dihati aku. Lama aku pikirkan perkara ini. Makan masa berbulan. Bahkan bertahun. Aku pernah bercerita mengenai perkara ini kepada salah seorang rakan aku bagi bertanyakan pendapat beliau. Lama aku dan LH bercerita. Secara asasnya kami mempunyai kesamaan didalam topik ini. 

Aku amat bernasib baik kerana beberapa hari yang lalu aku berkesempatan bertemu dengan rakan lama aku sewaktu kami berada di Mekah. Lotfi Lokman merupakan pelajar di Umm Qura waktu itu manakala aku bertugas di Al Safwah. Jika ada masa terluang, kami akan mencari waktu untuk bertemu minum kopi dan pada waktu yang sama bersoal-jawab beberapa topik relevan. 

Lotfi telahpun melancarkan buku karyanya. Memang dah lama aku tunggu. Gaya penulisan beliau amat santai dan berjaya meresap ke jiwa aku. Aku pasti pembaca lain juga begitu. Lotfi bukan seperti orang lain dari pelbagai segi. Yang mengenali beliau akan tahu maksud aku. Baik, didalam buku penulisan beliau ada satu topik yang amat menyentuh perasaan aku. Amat dekat dengan jiwa aku. Ianya menjawab pelbagai persoalan yang bersarang dalam fikiran dan jiwa aku selama ini. Lotfi menyentuh mengenai "sedekah" dan kisah-kisah benar yang berlaku keatas diri beliau lanjutan daripada sedekah secara ikhlas tadi.

Kelmarin aku berwhatsapp dengan Lotfi bertanyakan kepada beliau apakah ok jika aku bercerita sedikit tentang sedekah. Katanya, ia tergantung kepada niat. Jika niat kita untuk dijadikan panduan kearah yang baik, teruskanlah...maka dengan itu, berlandaskan kepada nasihat beliau, aku teruskan juga. Agar cerita-cerita aku ini dijadikan panduan. 


Kisah 1

Setiap kali aku ke Masjidil Haram, aku akan sentiasa sediakan duit satu riyal sebanyak 5 keping. Jika aku sempat prepare lebih, aku prepare lebih. Setiap kali aku melangkah menuju ke Kaabah, aku akan terserempak dengan para petugas berpakaian oren yang dibaju mereka tertulis pekerja Ben L. Apabila bertemu, aku serahkan sekeping. Tak banyak manapun...Begitu juga apabila aku kembali ke Masjidil Haram diwaktu lain..selesai cerita...

Ada sekali aku mendapat sms (takada whatsapp lagi waktu tu) yang keluarga memerlukan lebih wang pada bulan tersebut. Tanpa berlengah aku transferkan terus baki wang yang aku ada...lega! Bila aku balik ke bilik malamnya dan bila nak tidur, aku teringat yang duit aku hanyalah berbaki SR25 untuk menyambung selama 3 minggu lagi untuk sampai ke hujung bulan! Laa....tak lelap aku malam tu. sambil duduk minum kopi, selak langsir dan memandang ke kaabah, aku berdoa agar semuanya dipermudahkan. 

Esoknya, ada VVIP kita nak check out. Aku macam biasa jumpa tetamu berkenaan, iringi beliau ke kereta yang sedia menunggu, membuka pintu, bersalam dan mengucapkan selamat tinggal. Pintu kereta, aku tutup. Tiba-tiba pintu kereta dibuka kembali dari dalam. Beliau kembali keluar kereta, bersalam dengan aku. Kami berpeluk dan kemudian aku ulangi perkara sama yakni buka pintu kereta, mengucapkan selamat tinggal, menutup pintu kereta dan melambai (bid farewell). Aku berjalan ke lif. Dalam genggaman aku, ada sekeping envelop. Perlahan-lahan aku bukak. Ada 3 keping SR500! Alhamdulillah...rezeki dari Allah...

Kisah 2

Beberapa tahun yang lalu, tiap kali aku ke Maybank di Jalan Telawi akan ada seorang wanita yang akan menunggu ditepi tangga. Beliau sentiasa tersenyum. Bertudung litup dan disisinya ada resit-resit pembayaran dan beliau katanya mewakili sebuah penempatan anak-anak yatim disebuah tempat di negeri selangor. Banyak kali aku terserempak beliau. Dari tidak bersedekah, aku terpanggil untuk mula bersedekah. Tak banyak manapun...Kemana perginya duit tersebut, aku tak nak ambil tahu. Doa aku agar ia disalurkan ke jalan yang betul....selesai cerita...

Beberapa tahun yang lalu, ada perkara yang memerlukan perhatian segera dan juga wang yang segera. Besar juga jumlahnya tapi bagi orang lain jumlah tersebut mungkin kecil. Aku termenung tanpa berhenti berdoa agar diberikan aku kesempatan untuk bekerja lebih untuk mendapatkan wang lebih untuk membayar apa yang perlu aku bayar. Beberapa hari selepas itu semuanya bagaikan "magic" apabila aku dipanggil oleh sebuah agensi kerajaan dibawah sebuah kementerian. Mereka mahukan aku menyampaikan ceramah. Hanya beberapa jam sahaja setiap sesi manakala bayarannya tidaklah sebanyak Dato Fadzilah. Aku dibayar RM400 sejam. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah...

Kisah 3

Setiap hujung minggu yakni di pagi Ahad, jika aku tidak mempunyai rancangan apa-apa, aku akan sekerap mungkin cuba menghadirkan diri di Masjid Jamek. Membantu rakan-rakan UNGGAS memberi makan kepada rakan-rakan jalanan. Ia bagaikan "terapi jiwa" untuk aku. Berasa sungguh puas walaupun kehadiran aku mungkin tidak memberikan sebarang impak. Maksud aku, jika aku tak ada pun, kerja-kerja tersebut masih berjalan seperti biasa atau mungkin lebih baik . Adik-adik UNGGAS memang hebat. Aku 'tabik' kepada kesungguhan mereka melaksanakan tugas diwaktu orang lain sedap berselimut dirumah! Selesai cerita...

Abang telahpun tamat menduduki peperiksaan SPM. Keputusannya, alhamdulillah. Lebih baik dari aku dulu tahun 85! Hahahahaha...Selepas saja tamat peperiksaan, perkara pertama yang bermain difikiran aku ialah perihal kewangan. Berapakah jumlah yang aku perlu siapkan untuk pembelajaran beliau nanti? Rasa aku pasti puluhan ribu atau mungkin bakal mencecah RM100,000. Aku jadi bingung. Dalam aku duduk termenung, datang kakak aku memberitahu bahawa dalam penjualan sebuah rumah, ada bahagian aku disitu. Itu merupakan rumah yang aku beli sewaktu bertugas sebagai 'bussboy/waiter' di PJ Hilton dulu. Aku tak mahu ceritakan berapakah jumlahnya tetapi alhamdulillah aku mampu salurkan kepada yuran Universiti nanti. Aku terduduk. Bersyukur. Rezeki dari Allah...

Selang beberapa hari selepas itu, satu syarikat insurance telah menalipon aku memberitahu salah satu polisi yang aku beli untuk abang telahpun matang. Hasilnya akan dimasukkan kedalam akaun aku pada suatu tarikh nanti. Sekali lagi aku bersyukur...Rezeki dari Allah...

Kisah 4

Aku sentiasa terpanggil untuk memberikan sedikit makanan mahupun minuman dimana saja aku makan dan minum jika aku terserempak dengan yang memerlukan. Ada sekali sewaktu aku di Penang, aku ternampak seorang pakcik yang masuk kekedai nasi kandar, duduk dibelakang aku dan makan makanan yang hanya basic sahaja. Aku bangun berdiri di luar kedai sambil memerhatikan pakcik ni makan. Aku ke cashier dan bertanya berapakah jumlahnya. Aku bayarkan terus. Cashier ni pergi ke pakcik tu dan beritahu. Sewaktu aku nak melangkah keluar, pakcik tadi memanggil aku dan mengucapkan terimakasih sambil menulis nama aku didalam tulisan jawi diatas sebuah kad dan disedekahkan kepada aku. Selesai cerita..

Abang yang akan memasuki Universiti dihujung bulan ini pasti memerlukan belanja bulanan yang besar. Makan, minum dll dengan duit sendiri. Di penghujung bulan lepas, aku terpanggil untuk menalipon kedai kereta untuk bertanyakan bilakah bayaran ansuran aku akan berakhir? Jawapan yang aku terima amat mengejutkan. Bayaran ansuran kereta aku bakal berakhir dipenghujung bulan April 2016 manakala duit poket Abang akan bermula pada bulan Mei 2016! Rezeki dari Allah...

Kisah 5

Oleh kerana kereta aku lebih kurang seusia Marina, maka oleh itu, adalah juga kadang-kadang ia meragam. Kesemuanya memerlukan belanja yang agar besar. Aku garu kepala yang tak gatal ni. 5-6 hari aku dok garu kepala yang tak gatal. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah bertanya apakah aku boleh memberikan ceramah mengenai hospitaliti? Hamba Allah ini mendapat tahu tentang aku dari seorang Hamba Allah yang lain. Aku tergamam dan bersyukur. Rezeki dari Allah...

Banyak lagi sebenarnya yang nak aku tulis. Sekali lagi aku nak tegaskan disini bahawa tujuan aku menulis cerita-cerita ini ialah untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Bukan niat aku untuk riak ataupun angkuh. Tidak sekali-kali. Aku pon cuma menunggang moto kapcai yang burok. Apa yang nak riaknya lainlah kalau naik HD! Hahahahahaha....have a great week people!




Isnin, Mei 09, 2016

Pi...terr!

Aku ada sorang kawan ni. Baik orangnya. Sopan santun lagi. Budak kelantan. Namanya Saufi tapi oleh kerana nama Saufi tu terlalu panjang...ada 2 syllables dalam tu...jadi kami panggil dengan nama yang lebih pendek lagi. "Pi". Setiap kali "Pi" bercakap atau menghantar whatsapp messages pasti ada perkataan "terr" kat belakangnya. Oleh sebab itu, nama "Pi' telah bertukar menjadi "Piterr". Ala-ala hollywood sikit!

Kumpulan kami sangat aktif. Saban waktu hingga 20 jam setiap hari pasti akan ada messages yang masuk. Baru 3-4 hari ni pun aku baru clearkan 3000-4000 messages dari group aku. Hahahahaha....seronok bercerita. Perihal dulu, kini dan masa depan hinggalah kepada topik kesihatan. Oleh kerana group aku ada beberapa orang doktor, topik-topik kesihatan akan menjurus kepada mereka. Tapi dalam pada tu ada juga 'pakar kesihatan' yang tak berapa pakar, juga membuat komen-komen hebat mengalahkan doktor pakar. Dulu Bio F9! Kikikikiki......

Berbalik kepada rakan aku si Piterr ni. Rajin dia menulis sajak/pantun sejak dari zaman sekolah lagi. Saban tahun ada saja hasil nukilan si Piterr dalam majalah sekolah. Kat dinding sekolah dan belakang kelas dulu pun aku perasan jugak...tapi tak ada bukti sahih! Yang aku suka tu sebab endingnya rhyme dan sangat 'kena'. Diam tak diam beberapa hari yang lepas dek kerana akrabnya persahabatan kami, Piterr dengan sekelip mata telah mengarang dan mengirimkan sebuah sajak/pantun ke whatsapp group kami. Aku pun di'rembatnya' jugak. Begini bunyinya...

Nnatu tuk nggulu
jual manisan leboh
maso terus berlalu
kito pung banyok beghuboh

Mok beli bedok
Nok bui ko angso
Dulu kito ni budok
lo ni doh dewaso

Ssahur dekat fajar
make nasi dajo
dulu kito pelajar
hari ni kito pekerjo

Anta ko ana
maksudnya kito sorang
dulu kito teruno
lo ni jadi pok orang (kena tinggal dok sorang)

Nok ko tak nok
saing denge Mek Yoh
dulu kito anok
lo ni kito ayoh

Lamo tak jjupo Zul Anje
KuSha pulok rajing bergateh
dulu kito rambut panje
lo ni Uncle rambut puteh

Mulo kereto kancil
sbb gaji tak besar
dulu kito pangkat kecil
loni demang, aini atan, dr min, lan hassan
ley gilos, iq, jr, judd n bradas semuo terr pangkat besar

Teringat ko Ghani Minhat
Lagenda bola jange diungkit
Dulu kito tuboh sihat
loni gak dok sakit-sakit

Minum air batu
kenye gak dok sendawo
dulu kito jadi menantu
loni azihe, tuk raden, ir fuad, loyar nazri
dah jadi pak mentuo

Seluruh badan basah
terjun kolam renang
dahulu sangat susah
sekarang sudah senang

Sedapnya ccolek kerang
make pulok peghut lembu
dulu kito mato terang
lo ni mato pung kelabu

Selamat meniti hari 'dewasa'

kiriman ; Pi terr

Pi  terr, mu meme hebakk terr...daghi dulu sapa sekare hebakk terr....tak retti aku nak buakk hok lagu ni terr....


Selasa, Mei 03, 2016

Balik kampong jap..

Pandangan dari balcony rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Last weekend yakni pada hari Jumaat, aku bercadang untuk memandu balik ke Pulau Pinang. Keputusan last minute dibuat kerana beberapa perkara. Pertamanya disebabkan Isnin ialah cuti gantian untuk Hari Pekerja. Keduanya kerana kami (adik-beradik) nak bertemu dengan contractor untuk menilai kerja-kerja yang perlu dilakukan dirumah peninggalan arwah bapak dan mama yang dibeli pada tahun 1972 dulu. Ketiganya ialah, aunty nak jumpa makcik aku untuk menunjukkan hasil tangannya membuat bedak sejuk dan untuk mendapat kelulusan piawaian daripada makcik aku. Hahahahaha...


Jumaat 29/4

Kami keluar dari rumah pukul 7.45 malam untuk mengisi minyak dan top-up touch and go. Pukul 8 malam kami dah mula bergerak. Agak selesa pada awalnya sehinggalah kami keluar dari tol Damansara. Mak aii...macam cuti Raya! Merangkak perlahan-lahan dan setelah hampir 2 jam kami baru berada di Rawang. Hujan lebat memburukkan lagi keadaan. Terkebil-kebil aku cuba mencelikkan mata. 

Pukul 3.30 pagi baru kami sampai di rumah kakak ipar/abang aku di Jalan Sultan Ahmad Shah. Wah....nak patah pinggang aku! Abang dah hantar message yang pintu tak dikunci. Sampai diluar pintu, perlahan-lahan aku tolak. Memang tak berselak. Lega...aku nampak kaki abang terlunjur diatas kerusi sebelah sini. Hahahaha...mungkin letih tunggu aku dari semalam! Tapi bila abang terjaga, abang masih mampu bersembang sampai pukul 4 pagi...Mak aii...

Sabtu 30/5

Tepat jam 10.30 pagi aku dah terpacak tunggu didepan rumah pusaka. Contraktor pun sampai. Masuk ke dalam, melihat dan bercerita apa yang patut dengan contractor..sementara itu diluar rumah, aku ambil kesempatan untuk berbual dengan beberapa jiran tetangga yang dah lama aku tak jumpa. 2 jam jugaklah kami disitu. Berbincang dan kini menunggu quotation dari contractor. Hah...part tu aku ngeri nak tunggu! 

Lepas di Brown Garden, kami pergi ke rumah makcik aku pulak di Georgetown. Aunty menunjukkan hasil kerja tangannya mengikut resipi makcik aku. Bedak sejuk dah siap. Cuma nak dititikkan dan dikeringkan kemudian di kasi wangi sikit. Tu pon ada tekniknya. Bukan senang..

Malam tu aku keluar ke Gurney Paragon. Dari rumah abang aku tak lah jauh mana. Kalau tak traffic jam, aku boleh sampai dalam masa 5 minit. Tapi oleh kerana ianya jatuh pada hari Sabtu, maka aku tersangkut selama sejam! Mak aii....Nak tengok wayang cerita dah habis...nak shopping, sama saja macam di KL. So, kami lajak mencari tempat makan..Tiba-tiba dalam sekelip mata, aku teringin nak makan pasta pulak! Nasib baik ITALIENNES ada disitu...aku pun terus duduk dimeja luar sambil dengar live music. 3 orang pompuan dok nyanyi! Hahahahahaha..gambar kat bawah tu merupakan pasta yang aku order untuk 4 orang makan..lega...bukan aku sorang ya!


Ahad 1/5/2016


Ahadnya aku agak liat nak bangun. Pemandangan dari balcony yang mengadap laut sangatlah cantik. Tak mampu aku nak ungkapkan dengan kata-kata..hahahaha...Kami berkumpul adik-beradik sambil bersarapan. Kak Anne buat cucoq jagung/bawang manakala abang aku pulak buat meehoon goreng. Lama aku tak makan masakan depa. Alamak, sedap la pulak. Kakak ipar aku keluar sebentar dan balik dengan pasemborr. Parah kali ni...tergolek makan aku di Penang!

Bila dah siap nak gerak balik ke KL, Marina tiba-tiba datang bisik kat aku yang dia teringin nak pergi ke "Snake Temple". Aku pon terus pecut. Aku dan Yuya tak masuk. Kami duduk di luar sambil minum. Lepas 30 minit Marina dan aunty pun keluar dengan gambar 2 keping ditangan. Hahahahahaha...apalagi...posing dengan ular lah!

Aku terus menuju ke jambatan baru kali ni untuk pulang ke KL. Alhamdulillah perjalanan sangat smooth walaupun sepanjang perjalanan hujan turun dengan renyai. At least tak lah panas sangat. Panas pon susah...hujan pon susah...

Dinner aku dah tak boleh nak makan. Sendat semacam rasanya...kami keluar menonton Jungle Book. Aku enjoy menonton cerita ni kerana dari dulu lagi dah disajikan dengan cerita-cerita Jungle Book melalui pembacaan mahupun buku/komik yang dibeli. Penat sungguh rasanya sebab semuanya berlangsung didalam jangkamasa yang amat pendek. 3 hari 2 malam. Tapi as long as activity berlangsung dengan ahli keluarga, seronok pulak jadinya! Hahahahahaha....have a pleasant week ahead people!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...