Ahad, Februari 08, 2015

Apa dah jadi nih?

Mungkin sebab aku selalu pergi dan balik menunggang moto dan ditambah pulak dengan cuaca yang sangat panas sekarang, aku rasa seperti hilang tenaga. Tengahari saja aku dah jadi lesu. Berbotol-botol air aku minum tetapi cuma sedikit sangat rasa perubahannya. Nak kata aku demam sampai menggigil, tak pulak. Temperature masih lagi diparas 37C which is still normal. Tapi panas ni memang membuatkan aku lesu. Nak minum 100+ aku takut terlebih gula dibadan...hmmm, satu perasaan yang sungguh-sungguh tak selesa! Rasanya aku terpaksa jugak ke klinik petang nanti untuk memastikan yang semuanya ok. Pagi ni aku tak ke pasar. Berat sungguh...tapi aku gagahkan jugak ke tempat kerja kerana kesemua bilik akan mendaftar keluar pada tengahari dan petangnya pula ada beberapa bilik yang akan masuk. Pembersihan bilik harus dipantau.
 
Lepas kerja aku harus bergegas ke asrama anak-anak pulak sebab nak tinggalkan duit belanja untuk minggu depan. Tadi aku dah text anak-anak bagitahu sebelum pukul 6 petang aku akan ke sekolah. Tak sampai beberapa minit aku dapat reply dari Abang dan Yuya. Ada pesan maxis top-up...ada pesan makanan...ada pesan minuman...pergh...macam nilah setiap minggu. Abang dan Yuya tak balik minggu ni kerana ada aktiviti diasrama kelolaan bekas pelajar VI dan ITM Shah Alam. Kolaborasi ini aku rasa sangat berfaedah kerana mereka menceritakan perihal kehidupan di asrama kepada pelajar-pelajar sekarang, bagaimana nak bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar hujung tahun nanti, bagaimana nak menghabiskan masa terluang selepas peperiksaan dengan aktiviti-aktiviti yang positif serta bagaimana mahu membuat permohonan untuk menyambungkan pelajaran. Inisiatif ini semua adalah datangnya daripada bekas-bekas pelajar yang sedang berada di Universiti-universiti tempatan dan juga yang telah berjaya didalam karier mereka. Aku sangat berterima kasih kepada kesemua mereka.
 
Alhamdulillah tetamu semuanya telahpun checked out. Aku sempat berbual dengan 'organiser' sebentar tadi dan beliau menyatakan rasa puashatinya menginap disini. Aku kata, jika tetamu aku pulang dengan perasaan suka aku juga turut suka. Jika tetamu aku pulang dengan muka masam, aku pasti ada sesuatu yang tidak kena dan inilah yang aku perlu tahu dan perbaiki. Setakat ini alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar. In fact petang ini tetamu yang akan menginap nanti adalah merupakan tetamu yang baru menginap disini minggu lalu. Datang dari Singapura. Manakala satu lagi ialah tetamu dari Indonesia yang menalipon aku minggu lalu untuk menginap disini hari ini kerana ada appointment mustahak disekitar Bangsar, esok pagi.
 
Ini kerja aku yang dah aku lakukan selama 28 tahun. Bermula dari aku bekerja sebagai 'cleaner' di Shangri-La Hotel sehinggalah aku 'khatam' semua posisi di hotel pada umur aku 42 dan merupakan salah seorang yang paling muda di sebuah pulau beberapa tahun lalu. Sewaktu aku memulakan karier aku dulu, aku pernah katakan pada diri sendiri bahawa setelah aku mendapat posisi yang tertinggi, aku akan resign dalam tempoh setahun. Benar. Itulah yang aku lakukan. Tapi apa yang aku nak buat selepas itu? Umur masih 40-an. Tenaga masih ada. Alhamdulillah aku kini melakukan perkara yang dekat dihati aku. Melaksanakan amanah dan tanggungjawab sepertimana yang pernah aku lakukan dulu. Jika aku ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang tidak berkaitan dengan hotel ataupun restaurant, aku rasa aku boleh pengsan! Insyallah aku boleh buat untuk tempoh 15-20 tahun lagi....provided, kesihatan aku baik. Oleh kerana aku nak bekerja hingga aku berumur 60-65, makanya kesihatan harus aku titik beratkan dari sekarang. Makanan dan minuman harus aku jaga walaupun hujung minggu aku selalu terbabas. Hahahahahaha.....
 
Aku percaya, setiap tugas haruslah dilakukan dengan tekun dan amanah. Begitu juga dengan belajar. Aku sering berpesan kepada anak-anak agar sentiasa mematuhi arahan. Apatah lagi abang dan Yuya kini tinggal diasrama. Warden-warden garang sekarang ini akan menjadikan kita lebih berdisiplin dan suatu hari nanti kita akan berterimakasih kepada mereka. Marah mereka pada kita adalah kerana mereka sayangkan masa depan kita. Abang dan Yuya masih tak faham. Aku sering relatekan cerita aku dengan Ustad Dollah sewaktu disekolah dulu. Apa saja yang aku lakukan mesti salah dimata Ustad Dollah. Rambut panjang salah....pakai seluar senteng salah...pakai stokin putih salah...lambat sembahyang maghrib berjemaah salah...tak pergi prep petang dan prep malam salah...pakai jeans dihujung minggu pun salah...hissh...pokoknya, aku memang 'bencikan' Ustad Dollah. Nama Ustad Dollah penuh didinding-dinding asrama dan belakang kelas. Kalau tak ditulis dengan huruf besar, cukuplah dengan huruf kecil. Menunjukkan hati dan perasaan anak remaja yang tak puas hati dengan Ustad Dollah. Selang beberapa tahun lepas, aku menghadiri jamuan makan malam bekas pelajar-pelajar yang diadakan di Putrajaya. Aku tak sangka yang aku akan bertemu dengan Ustad Dollah. Terlihat kelibat Ustad Dollah menghampiri meja aku, aku bingkas bangun, memperkenalkan diri, mencapai tangan Ustad Dollah lantas memohon maaf diatas segala kesalahan aku kepada beliau selama beberapa tahun beliau mengajar disana dan bertugas sebagai warden. Perbualan akhir kami sangat ringkas....
 
Ustad Dollah : "Kamu dimana sekarang Uncle?'
Aku : "Saya sekarang bertugas di Mekah, Ustad..."
Ustad Dollah : "MasyAllah......saya bangga dengan kamu Uncle, rupa-rupanya jadi orang jugak kamu ni..."
 
Kami bergelak sakan......beberapa tahun selepas itu Ustad Dollah telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua sebuah sekolah berasrama penuh agama di Kelang dan kini mungkin telahpun pencen.....
 

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Ustaz Dollah pun panggil 'Uncle'? :)

Anak2 selalu tidak sedar bahawa ketegasan itu adalah semata2 untuk membentuk mereka menjadi 'orang'. Tapi iayalah, naluri anak2 manakan sama dengan naluri orang dewasa...

Kita sudah melalui pelbagai peringkat kehidupan dan itu adalah universiti sebenar buat kita.

p/s : Kalau buat kenduri nanti, jangan lupa letak ranting pokok limau atas meja. Bukan untuk menghukum, tapi untuk mencungkil gigi...hehehe (sebenarnya, kakcik pun tak pernah bertemu sesuatu sepeti itu)

iryantyismail berkata...

zaman sekolah memang ada cikgu yang tak berkenan dihati..lebih2 lagi guru displin dan guru agama..ada je tak kena...

bila dah dewasa..apa yang guru2 kata ada benarnya..bak kata pepatah..guru ibarat lilin menerangi kegelapan..

Uncle berkata...

Salam Kakcik Nur.
Sejak kami berumur 13 tahun dan ada nickname tersendiri, kami dikenali dengan nama-nama tersebut. Tambah Ustad Dollah ingat ialah apabila budak-budak tu "terlampau baik". Lagilah senang Ustad Dollah ingat. Kereta Ustad Dollah pernah disimbah "gam kayu dan cat" bertong-tong jumlahnya dan itu menjadi kes paling besar sekolah-sekolah di seremban. Van polis semuanya berkejar ke sekolah. Saya juga disyaki walaupun saya tak terlibat...

Betul Kakcik...saya telah melalui "university of life" dengan jayanya...oleh itu, jangan nak "kelentong" saya...hahahahahaha...

Ang yes, ranting limau purut atas meja buffet...brilliant idea. Saya cuma jumpa di merbuk. Sayang tak sempat nak ambik gambar...

Uncle berkata...

Salam Iryanty.
Memang benar. Waktu itu, kelibat-kelibat inilah yang menghantui perasaan dan jiwa raga pelajar-pelajar asrama.....selang berpuluh tahun baru tersedar dari lamunan...rupanya ustad-ustad ini semualah yang membantu membentuk diri anak-anak remaja yang berada jauh dari ibubapa...

Ibu n Abah berkata...

Ha ah laaa
Akak pun nak tanya sama dgn kakcik
Ustad Dollah pun panggil uncle....
Alhamdulillah....
Uncle berjaya dlm hidup dan berjaya mendidik Along dan Yuya dgn baik sekali...
Alhamdulillah

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.
kebiasaannya begitulah apabila kami bertemu guru-guru mahupun guru-guru bertemu kami. Nama panggilan lebih melekat dihati dan sentiasa diingati...apalagi kepada guru yang mempunyai beribu-ribu murid! Ada beberapa lagi bekas guru-guru saya yang memnggil saya dengan nama samaran yakni Cikgu Mat Hashim yg kini di USM Penang dan cikgu Latip yg kini di Johor. Lebih mesra!

Al-Manar berkata...

Lagi sukar jidup kita dimasa muda lagi banyak yang kita telah belajar. Senag susah menjadi pengajar.

Uncle berkata...

Salam Pakcik Al Manar.
Memang benar kata-kata Pakcik. Tetapi pengalaman saya hanya sekelumit jika nak dibandingkan dengan Pakcik! Saya sentiasa tertunggu-tunggu "entry" baru Pakcik! Keep on blogging Pakcik..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...