Jumaat, Januari 30, 2015

Arman Azumi dah 17 tahun!

Sungguh cepat masa berlalu. Abang dilahirkan pada tanggal 31hb Januari 1998. Aku bertugas di RKL waktu itu. Persiapan semuanya telah kami siapkan. Oleh kerana kami tinggal di Ampang, segala appointment dengan doktor aku lakukan di Hospital Ampang Puteri. Oleh kerana ini anak sulung kami, aku menjadi agak nervous menantikan kelahirannya. Siang dan malam aku berdoa agar semuanya selamat. Aunty dijadual melahirkan secara normal. Melihatkan keperitan aunty menahan sakit aku menjadi panic. Akhirnya pada malam tersebut, aunty dikejarkan ke bilik bersalin. Aku diminta masuk untuk menemani aunty. Cuba memberikan kata-kata semangat agar tabah, aku sendiri yang mula tenggelam punca. Aku pulak yang diberikan kata-kata semangat oleh para jururawat! Masuk keluar bilik beberapa kali untuk bertanyakan bilakah doktor akan sampai. Doktor mungkin dah tahu yang kelahiran sulung bakal mengambil masa yang lama tetapi aku tidak. Peluh membasahi dahi walaupun penghawa dingin dipasang dengan kuat. Aunty menahan sakit. Aku menahan panic! 

Setelah segala cubaan menemui kegagalan, jururawat menyerahkan surat untuk aku tandatangani. Surat untuk melakukan pembedahan setelah cubaan kelahiran normal dan menggunakan 'vacuum' menemui kegagalan. Aku bertambah panic walaupun doktor dan para petugas lain hanya tersenyum. Kali ini aku diarahkan keluar setelah aunty diusung masuk ke bilik pembedahan. Aku jalan pergi balik didalam bilik menunggu yang sempit. Mungkin jalan aku telah mencecah berkilometer jaraknya didalam cubicle yang sama! Resah menunggu sama seperti aku resah bila nak masuk ke dalam klinik untuk bersunat sewaktu aku kecil dulu. Mungkin 10 kali ganda lebih hebat resah menunggu kelahiran daripada keresahan diselinap tok mudin...

Bermacam-macam nama aku pikir. Beratus-ratus mukasurat aku selak. Sampai ada sesetengah malam tu mata aku berkelip tak mahu tutup. Kata sepakat diambil. Aku suka menonton sebuah filem lama yang bertajuk "The Mambo Kings" yang dilakonkan oleh Armand Assante, seorang pelakon kelahiran New York dan berdarah kacukan Italian dan Irish. Lagu Beautiful Maria sentiasa bermain didalam kepala otak aku sewaktu menunggang moto ke tempat kerja. Sedap jugak kalau aku letakkan nama Arman...tanpa huruf "d". Tetapi nama itu terlalu pendek lalu aunty sambungkan dengan perkataan Azumi yang didalam bahasa Jepun membawa maksud "selamat, tenang dan suci". Kami bersetuju. Dari situ lahirlah nama Arman Azumi. Dirumah kami panggil Azumi tetapi disekolah abang dipanggil Arman. Aku kadang-kadang pun confuse bila berada di sekolah..

Sangat comel sewaktu kecil dan apabila kami bawak abang dan yuya balik ke kampung halaman di jepun, abang dan yuya sangat teruja. Kali pertama naik kapalterbang. Kali pertama dinegara asing dan kali pertama juga bermain salji di Fuji. Kami sekeluarga bermalam di kaki pergunungan Fuji. Menginap disebuah hotel tradisional, tidur beralaskan futon diatas tatami. Tengah-tengah malam aunty membawa mereka berdua mandi air panas di onsen. Keesokan paginya salji turun dengan lebat. Aku tak kuasa nak keluar sebab salji terlalu lebat dan mula bertimbun diluar perkarangan hotel. Abang dan Yuya berlari ke bawah dan bermain "snow ball". Selang beberapa hari selepas itu kami membawa abang dan yuya menginap di salah sebuah national park yang ada disana. Tidur didalam "caravan". Aku masih ingat disitu ada ladang binatang. Ada kambing dan banyak lagi. Kami duduk diatas rumput menonton sepasukan pekerja ladang mengepung kambing dan mengarahkan kambing-kambing tersebut masuk ke kandang. Abang dan yuya mengekek ketawa...momen yang sangat comel!

Disekolah rendah, aku lihat abang seorang yang fokus dengan apa yang dilakukannya. Tekun kesekolah agama dan berjaya khatam Al Quran. Kelebihan beliau apabila disekolah ialah tidak malu berjumpa dan bertanya kepada guru jika ada apa-apa matapelajaran yang tidak difahaminya. Kelemahannya pula ialah tidak boleh menumpukan perhatian sewaktu kelas tuition jika ada ramai dikelas. Maka dengan itu aku lebih utamakan pengajaran secara "one to one".  Ini lebih memudahkan abang bertanya, berinteraksi dan tumpuannya tidak menerawang ke tempat lain. Selalu juga abang hilang tumpuan dan ini menjadikan aku hilang kesabaran. 

Kini abang telahpun berumur 17 tahun. Harapan aku agar abang tahu apakah "priority" didalam kehidupan sehariannya. Abang harus fokus terhadap apa yang dia lakukan. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang pelajar. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang pengawas. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang abang sulung kepada dua orang adik. Harus tahu apakah tugasan sebagai seorang anak kepada kedua ibubapa. Hormat kepada orang yang lebih dewasa. Itu semua penting kerana suatu hari nanti abang akan melalui apa yang papa lalui sekarang......"Happy birthday abang...Papa love you so much!

                                                                                                                                                  

Ahad, Januari 25, 2015

Badang Orion




Aku masih lagi berada di dalam mood nak bercerita perihal kawan-kawan aku yang mempunyai latarbelakang yang sangat colourful! Badang ni aku kenal sejak hari pertama aku mendaftarkan diri di sekolah. Putih melepak budak ni. Kecik orangnya. Bercermin mata besar. Sangat pendiam dan juga pemalu. Tak banyak yang aku boleh bercerita mengenai Badang sewaktu 5 tahun kami bersama disekolah. Badang seorang pelajar yang cemerlang. Akan menjadi sesuatu yang menghairankan jika beliau tidak mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan. Aku tak ingat dimana dan dengan siapa Badang mengulangkaji pelajaran. Seingat aku Badang tidak bermain bola, sepaktakraw apatah lagi rugby. Sikap pendiamnya itu sering melepaskan beliau daripada sebarang masalah disiplin disekolah. Sewaktu kami dipanggil kerana berambut panjang, kelibat Badang tidak ada. Sewaktu seorang demi seorang mengusung "rokok agung" dari kelas ke kelas, Badang juga tidak kelihatan. Oleh kerana Badang seorang yang pendiam, tidak banyak yang aku ketahui tentang beliau pada waktu itu. Yang aku ingat, Badang budak Air Baloi, Johor. Tipu kalau aku katakan yang aku tak tahu langsung mengenai Badang. Of course aku tahu tetapi tidaklah searif kenalan nakal aku yang lain. Kalau nak disebutkan disini sampai ke esok pagi pun tak akan habis. Selepas tamat peperiksaan SPM pada tahun 1985, kami semua pulang ke kampung halaman masing-masing. Setelah keputusan peperiksaan diumumkan, Badang seperti yang dijangkakan mendapat pangkat 1 dan ditawarkan untuk menyambung pelajarannya ke Amerika. Ramai teman-teman aku mendapat tawaran ke sana dan ada juga yang terus menetap disana hingga kini setelah berkahwin dengan warga Amerika.
Badang dialam kanak-kanak duduk paling kanan

Dipenghujung tahun 80an dan awal 90an, rakan-rakan aku telah mula pulang ke Malaysia setelah tamat belajar selama 5 tahun. Badang merupakan salah seorang daripada mereka. Kepulangan Badang telah diwar-warkan oleh rakan-rakan lain yang pulang beberapa bulan lebih awal dan juga oleh rakan-rakan aku yang ramai juga berada di universiti tempatan. Ada yang telah mula bekerja dan ada juga yang masih mencari pekerjaan sesuai dan ada beberapa kerat yang menunggu tawaran daripada 'sponsor' mereka. Aku bekerja sebagai waiter di Paya Serai, PJ Hilton waktu itu, mendapat tahu yang Badang telahpun pulang dan bekerja di Dayabumi. Dimana, aku tak tahu. Aku sempat bertemu dengan rakan lain yang menyatakan bahawa Badang bekerja sementara waktu di Mc D Kompleks Dayabumi. Pertemuan diatur dan apabila aku berkesempatan, aku bergegas ke tempat Badang bekerja. Lama tak bertemu. Badang yang masih beruniform waktu itu melayan aku dengan baik. Kami makan burger sama-sama. Selang beberapa bulan kemudian Badang ada menghubungi aku dan menyatakan yang beliau telah ditukarkan ke Mc D Bangsar. Sekali lagi kami bertemu. Sambil mengunyah french fries, banyak cerita-cerita diperdengarkan. Kami ketawa dan terus menyedut coca-cola ditangan. Selepas pertemuan itu dan dek kerana kesibukan aku dan juga beliau pastinya, kami sekali lagi seperti terputus hubungan. Aku mula berkelana setelah kesemua rakan-rakan aku pulang ke tanahair. Aku seperti "lambat kembang!" Cerita Badang tiba-tiba terputus disitu!

Badang dialam dewasa!

Fast forward.....pertemuan demi pertemuan diatur tetapi Badang masih jarang aku temui. Tiba-tiba satu berita memeranjatkan telah aku dengar yang menyatakan bahawa Badang kini sedang giat memenuhi undangan-undangan persembahan muzik rancak diseluruh negara. Dari satu gig ke satu gig hinggalah kumpulannya yang bernama ORION mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di Maldives. Nama Badang terus meniti dari bibir ke bibir peminat muzik sebegini. Petikan gitarnya memukau. Mainan keyboardnya amat menusuk kalbu. Yang paling memeranjatkan kami ialah Badang juga merupakan penyanyi utama kumpulannya. Badang yang kami kenali dulu sebagai seorang pelajar pintar dan pendiam kini telah menjadi seorang vocalist, guitarist dan juga keyboardist yang hebat. Rakan-rakan teruja. Ramai yang mengikuti Badang dan kumpulan ORIONnya menjelajah ke semua gig beliau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Selalunya jika ada event yang membabitkan big bikers (aku terkecuali) kumpulan ORION akan dijemput bersama. Sungguh tidak disangka.
 
Selepas daripada itu kami ada juga bertemu beberapa kali di Ampang. Lama kami berbual. Kebanyakkannya berkisar kepada minat beliau didalam muzik bergenre keras dan bagaimana beliau bermula. Menurut kata beliau, muzik begitu dekat dengan hatinya sejak dari dulu lagi.....Sebagai seorang rakan yang 5 tahun hidup bersama diasrama sekolah, aku sangat berbangga dengan apa yang telah Badang kecapi. Mempunyai anak-anak yang telahpun mula memasuki universiti, karier yang mantap dan dalam waktu yang sama masih mampu meneruskan minat... Aku ingin mengambil kesempatan ini mendoakan agar Badang akan terus berjaya didalam kerjaya dan juga minatnya terhadap bidang muzik.
 
Baju merah ang-ang si Ketat dan hitam si Badang!

"Friends... My friend, Badang aka Noor Faizal Faizal and his band mate, the Orion had released their studio album 'voyage to the promised land' a while back. Staying true to their power metal root, expect a melodious heavy yet tight riffs and soothing infusion of keyboard play. Exhibiting a wide range of 'moods' throughout the album...serious, nationalistic, anger, comical etc with a deep well thought lyrics.. Orion current offering is worth my long, 34 years long to be exact..., wait. Recording is not really an Abbey Road quality but the sound staging is nothing to be ashamed of.  If one has a craving for a local power metal produce, do get in touch with me or uncle Mohd Shahrir Ali, as he's one of-the appointed distributors.  Think Halloween and other Scandinavian power metal outfit, you'll get an idea of what to expect.  An easy 4 out of 5 star hence would I recommend it? Hell an absolute 110% YESSSSS!" (written by Jawer 81-85)


Ahad, Januari 18, 2015

Nilai persahabatan

Yang datang on time..

Dah banyak kali aku bercerita pasal budak-budak ni dan aku tak pernahnya jemu untuk bercerita lagi dan lagi. Ini lah kawan-kawan nasi kawah aku. Inilah kawan susah-senang aku selama 5 tahun tinggal diasrama dulu. Kalau sakit demam tengah-tengah malam, budak-budak ni jugaklah yang akan menyelongkar locker masing-masing mencari panadol dan minyak kapak.  Bila dah dekat waktu peperiksaan, budak-budak inilah yang akan membuat kumpulan-kumpulan kecil untuk sama-sama belajar dengan niat sama-sama mendapat keputusan cemerlang. Semasa pendaftaran dulu apabila ada yang bersedih kerana teringatkan keluarga, budak-budak inilah yang datang memujuk. Mana boleh aku melupakan mereka? Kemana-mana tempat aku pergi didalam negara, perkara pertama yang aku lakukan sebelum kedestinasi tersebut ialah memberitahu "old boys group" yang aku akan ke sana. InsyAllah dalam masa beberapa minit akan ada yang menjawab. Kebiasaannya aku sendiri tak kenal. Mereka mungkin junior aku mahupun senior aku disekolah yang sama. Beritahu sahaja. Pasti ada yang tampil. Sebagai contohnya sewaktu aku ke Sintok dulu. Aku nyatakan didalam group yang aku akan kesana. Tiba-tiba ada beberapa rakan sekolah yang menyahut. Ada yang aku kenal, ada yang aku tak ingat rupa dan nama dan ada juga yang aku tak pernah jumpa langsung. Alhamdulillah semuanya menjadi akrab dan terus berhubung selepas itu. Begitu juga apabila aku ke luar negara, perkara pertama yang aku akan lakukan ialah announcekan pemergian aku dengan harapan adalah nanti yang  menjawab dan akan bertemulah kami nanti didestinasi yang akan aku tuju! Setakat ini alhamdulillah. Begitu juga apabila aku bertugas diluar negara dulu. Ramai yang aku sempat jumpa. Begitulah akrabnya kami..

Anak-anak juga turut serta..

Apabila semuanya balik dari belajar dulu, kami sekali lagi berkumpul. Mendapatkan maklumat mengenai siapa yang masih belum habis belajar dan siapa yang dah memulakan pekerjaan. Diawal usia 20-an, ada yang telah bertemu jodoh diluar negara dan ada juga yang menjadi sibuk memulakan alam pekerjaan sekembalinya mereka ke tanahair. Walau sesibuk mana sekalipun, perhubungan masih lagi diteruskan. Pertemuan masih lagi diatur walaupun kesemuanya telah mula sibuk. Mula mendapat undangan perkahwinan seorang demi seorang. Ramai-ramai kami berkumpul. Bila satu per satu mula menjadi bapa, ucapan tahniah daripada budak-budak inilah antara yang paling awal akan diterima. Walaupun sibuk menjadi bapak, budak-budak ini masih lagi berjaya meloloskan diri dimalam hari semata-mata untuk memenuhi tuntutan "sessi tt" bersama rakan-rakan. Selalunya kami akan berkumpul dari lepas Isyak pada hujung minggu dan akan terus bersembang sampailah ke tengah malam..kadang-kadang terbabas juga hingga ke pukul 1 pagi. Tapi ini bukan selalu. Tetapi ada juga yang pulang ke rumah sebelum pukul 10 malam. Kata mereka, "tak dapat lesen penuh lah...". Kami paham......Hubungan tetap diteruskan. Kadang-kadang budak-budak ini akan bertemu sewaktu makan tengahari dimana-mana saja tempat yang ditetapkan. Pantang diajak...boleh saja bertemu. 

Apa punya stail lah!

Kini masing-masing sudah berumur 47 tahun. Ada yang anak-anak dah masuk universiti. Ada juga yang anak dara mereka telahpun dirisik. Bila aku dapat tahu yang ada anak rakan telahpun dirisik, aku tersandar sebentar. Ishh, biar betul! Terasa yang umur dah pun meningkat. Tapi yang menghairankan aku ialah bilamana kami berkumpul hati dan perasaan masih lagi berusia 17 tahun. Cuma fizikal sahaja yang banyak berubah. Terutamanya rambut aku. Tapi ternyata aku bukan bersendirian. Rakan-rakan lain juga sama. Oleh kerana kami dah lama kenal dan tahu hati budi masing-masing, sudah pastilah rakan-rakan aku tak mahu aku bersendirian berambut putih. Pengorbanan budak-budak ni semua amat aku sanjungi...hahahahahaha...baru-baru ini berlaku banjir besar di Pantai Timur. Kami mula mengumpulkan wang untuk rakan-rakan yang terjejas teruk. Wang dikumpulkan dan alhamdulillah telahpun disalurkan. Semalam sekali lagi kami berkumpul untuk beriadah bermain futsal. Aku terkejut bila mendapat tahu ada rakan dari Johor, Seremban dan Rawang sanggup bersusah-payah datang untuk sama-sama bertemu walaupun hanya selama 2 jam. Ada rakan-rakan aku yang datang dengan keretapi dari Seremban. Waktu kami mula bermain, mereka masih berada didalam keretapi di Nilai! Bila kami hanya tinggal 30 minit saja lagi untuk bermain, mereka baru sampai di komuter Subang Jaya....tinggal 10 minit lagi nak habis baru nampak muka budak-budak ni yang nampak ceria melihat rakan-rakan lain menunggu. Aku bayar dan tambah lagi waktu agar mereka berdua juga dapat bermain. 10 minit bermain sorang dah mengah dan tersandar kat tepi court. Hahahahahaha....itu baru 10 minit main! Budak-budak ini lah dulu yang bermain rugby bersama-sama aku. Budak-budak inilah yang main bola, hoki, takraw dll dengan aku masa disekolah lebih dari 30 tahun yang lalu. Budak-budak ni lah juga yang kena denda bersama-sama aku kerana melanggar peraturan sekolah dulu. Masyallah, aku mendoakan agar kesihatan kesemua kami bertambah baik dari sehari ke sehari agar kami dapat bertemu lagi meraikan kejayaan anak-anak kami pula selepas ini bersama-sama. Persahabatan kami sejak tahun 1981 telah genap 35 tahun kini. 30 tahun kami meninggalkan bangku sekolah. Insyallah setiap bulan kami akan bertemu sambil berfutsal bersama-sama dan perancangan besar tahun ini sudah tentulah bagi meraikan ulangtahun ke 30 kami meninggalkan bangku sekolah dengan acara menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke JB bagi memperingati sejarah kami menaiki keretapi kelas 3 dari Seremban kedestinasi masing-masing sewaktu bersekolah dulu!

Ahad, Januari 11, 2015

Hari pendaftaran

 
2015
 
Hari ini ibubapa pelajar-pelajar yang telah diterima untuk masuk ke asrama sekolah Victoria Institution kembali sibuk. Pelajar-pelajar tingkatan satu menjadi teruja kerana ini mungkin kali pertama mereka berjauhan dengan keluarga. Ibubapa pelajar lebih lagi teruja kerana khuatir mengenai kebajikan anak-anak mereka. Apakah mereka cukup makan diasrama, apakah mereka mampu tinggal 24 jam selama sessi persekolahan bersama rakan-rakan tanpa pemantauan daripada ibubapa, apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan sistem pembelajaran baru dan lain-lain lagi, apakah mereka akan menghadapi masalah apabila hanya dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya dan para pelajar senior?
 
1981
 
Kenangan seperti ini membuatkan aku kembali terkenangkan pengalaman pendaftaran aku sebagai pelajar asrama di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban pada tahun 1981 dulu. Pengalaman yang menyeronokkan dan seterusnya menjadi pengalaman yang banyak mengajar aku untuk hidup berdikari sejak daripada dulu hingga kini. Pengalaman-pengalaman ini tidak dapat aku ceritakan kepada anak-anak sebagai panduan kecualilah mereka sendiri yang melaluinya. Untuk mendaftar masuk ke sekolah aku di Seremban dulu, aku diiringi oleh hampir kesemua ahli keluarga. Untuk seorang pelajar, average rombongan menghantar ialah seramai 5 orang. Ada yang diiringi 2 generasi dan ada juga yang 3! Memang meriah. Ibaratkan menghadiri kenduri kahwin. Setiap pelajar datang dengan kelengkapan yang kalau dilihat seperti tidak akan pulang ke kampung halaman selama 10 tahun. Baldi pelbagai warna, beg sandang, beg sorong, beg tarik, semuanya ada! Bekalan makanan juga sudah cukup menunjukkan betapa meriahnya pemergian seorang anak untuk memulakan hidup diasrama.

 
2015
 
Disini semuanya dilakukan sendiri. Ibubapa dan anak-anak akan masuk ke dewan makan yang telah dikosongkan khas untuk hari pendaftaran. Ia dilaksanakan didewan makan kerana bersebelahan dengan blok asrama. Makanya, sebaik sahaja selesai sessi pendaftaran dan pembahagian bilik asrama, ibubapa dan anak masing-masing akan terus mengusung beg untuk terus ke asrama, terus ke bilik masing-masing dan menetapkan katil dan loker masing-masing sebelum kembali ke dewan makan untuk sessi taklimat. Didalam sessi taklimat pelbagai perkara dibincangkan. Pelekat nama untuk katil dan asrama disediakan oleh pihak asrama untuk pelajar-pelajar ini lekatkan dikatil dan loker yang mereka sendiri pilih didalam bilik masing-masing. Kesemua pelajar asrama mendapat satu single bed beserta tilam dan sebiji bantal serta sebuah loker. Yang menariknya ialah kerana setiap bilik hanya menempatkan 8 orang pelajar dan kemudahan bilik air disediakan didalam bilik. Tidak sama dengan aku dulu yang terpaksa berjalan melalui koridor untuk ke bilik air! Janganlah nak mengandaikan bahawa bilik ini sama dengan bilik dirumah masing-masing. Banyak keluh kesah para ibubapa apabila sampai ke bilik dan melihat sendiri keadaan asrama yang bakal diduduki anak-anak mereka.
 
1981
 
Pendaftaran dilakukan di dewan besar sekolah. Selain daripada kesemua guru dan pengetua, kami juga disambut oleh pengawas sekolah, ahli Persatuan Islam Pelajar dan beberapa persatuan lain untuk memudahkan sessi pendaftaran kelas dan untuk melancarkan proses masuk keasrama. Selesai sahaja pendaftaran didewan besar, kami akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diberikan penerangan serta pengenalan mengenai tempat baru kami. Kami dibawa keasrama masing-masing yang menempatkan sekitar 20-30 pelajar setiap dormitory, ditunjukkan dimana tandas sekolah, blok pentadbiran, bilik sakit yang juga dikenali sebagai "sick bay", dewan makan dan sebagainya. Amboi terasa seperti kami begitu dihargai! Hahahahaha...Kesemua penerangan dan lawatan tersebut membuatkan para ibubapa berasa lega dan selamat untuk meninggalkan anak-anak diasrama. Janganlah dibandingkan dulu dan sekarang kerana dulu tidak banyak kemudahan seperti sekarang. Yang ada dulu hanyalah kemudahan sebuah pondok talipon untuk kegunaan hampir 600 pelajar pada satu-satu masa. Beratur kami nak menggunakan talipon. Kalau pelajar senior bergayut dengan girlfriend maka terpaksalah kami batalkan saja niat nak menggunakan talipon! Kini semuanya lebih canggih dengan penggunaan talipon bimbit yang membuatkan anak-anak terasa seperti dikelilingi keluarga dirumah! 
 

 
 
2015
 
Para pelajar tingkatan satu ditempatkan di blok yang sama dengan tingkatan dua. Tingkatan satu bersama-sama tingkatan satu dibilik tingkat atas manakala tingkatan dua pula sesama sendiri di tingkat bawah. Kemudahan bilik rekreasi dan surau juga disediakan dan ini berasingan dengan pelajar-pelajar senior. Disitu ada seorang warden yang paling digeruni oleh pelajar-pelajar asrama. Digeruni oleh para pelajar tetapi disukai oleh para ibubapa kerana dengan adanya warden yang mementingkan disiplin ini, ibubapa dapat tidur lena. Walaupun begitu, masih terdengar cerita-cerita yang kurang sedap didengar apabila aku berkesempatan berbual dengan Pengetua pagi tadi. Bagi aku, itu merupakan asam-garam kehidupan diasrama. Aku tak nak bercerita panjang mengenai masalah disiplin diasrama. Biarlah pihak yang lebih arif melaksanakannya. Aku ada berpesan kepada anak-anak aku agar menjaga disiplin dan jangan sampai aku dipanggil oleh pihak sekolah. Hormati adik-adik junior dan bantulah mereka dari apa segi sekalipun. Mungkin adik-adik ini memerlukan bantuan seperti sokongan moral, penyesuaian diri diasrama dan juga bantulah juga mereka dari segi pelajaran. Bimbing mereka agar mematuhi disiplin. Kalau dapat laksanakan tugas-tugas tersebut, aku lega....
 
1981
 
Aku juga ditempatkan didalam bilik yang kesemuanya pelajar tingkatan satu. Bezanya ialah setiap bilik akan dihuni oleh seorang pengawas yang juga menjadi abang kepada kami sepanjang tahun. Apa saja masalah yang tiba akan kami salurkan kepada abang pengawas dibilik masing-masing. Prep malam juga dipantau oleh abang pengawas disetiap kelas dan ini untuk memastikan yang kami benar-benar mengambil kesempatan prep malam itu tadi untuk mengulangkaji pelajaran setelah prep petang digunakan untuk menghabiskan homework yang diberikan. Kami kecut perut bila pengawas garang ditugaskan berada dikelas prep malam kami. Sebabnya ialah, kami tak boleh tidur! Selalunya kesempatan ini abang pengawas akan berkumpul dengan rakan dimeja guru didepan kelas untuk mengulangkaji pelajaran dengan study group yang kecil sebagai persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan SPM di penghujung tahun.


 
2015
 
Tempat kereta penuh dengan kereta ibubapa. Pelbagai jenis kereta ada. Alhamdulillah. Semuanya telah bertambah maju dan persekitaran bertambah baik. Ini banyak menunjukkan kepada aku kepelbagaian latarbelakang keluarga. Sungguh menarik! Aku meletakkan kereta jauh daripada kawasan asrama untuk mengelakkan kesesakan sewaktu hendak keluar nanti. Selain daripada itu, aku juga boleh berjalan lebih jauh. Ramai juga ibubapa yang mengambil kesempatan melawat bilik anak-anak diasrama. Bagi ibubapa pelajar tingkatan satu, mereka mungkin menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat prasarana yang disediakan. Tetapi bagi aku yang pernah melalui keadaan yang lebih daif, anak-anak ini lebih mewah. Kebanyakkan pelajar-pelajar yang ditempatkan diasrama adalah merupakan pelajar-pelajar cemerlang yang ibubapa mereka tinggal jauh. Selain daripada itu pelajar-pelajar asrama ini juga adalah merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang didalam permainan bolasepak, kriket, rugby dan juga pancaragam. Azumi dan Yuya berada didalam kelompok yang terpilih untuk latihan pusat bolasepak. Oleh kerana itu petang mereka terisi dengan latihan-latihan intensif bolasepak yang menjurus kepada pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. Selesai pulang dari kelas, mereka akan makan tengahari dan bersolat jemaah. Pukul 3 petang latihan bolasepak akan dimulakan dengan pemain-pemain bagi peringkat umur 15 tahun manakala pada pukul 4.30 petang para pemain bawah 17 tahun akan turun menjalani latihan. Latihan yang dijalankan oleh jurulatih yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan ini sangat sistematik. Perlawanan persahabatan sebagai pemanas badan dirancang dengan teliti. Jenis latihan juga dirangka dengan baik supaya para pemain bolasepak ini akan mencapai kemuncak prestasi bila diperlukan. Aku kagum dengan komitmen yang ditunjukkan oleh jurulatih bolasepak VI yakni cikgu Azlan Husin yang setiap hari tanpa mengenal penat berada ditengah padang memberikan arahan-arahan keras kepada barisan pemainnya yang berjumlah hampir 70 orang ini. Terimakasih cikgu!
 
1981
 
Tidak banyak kereta yang kelihatan sewaktu hari pendaftaran. Ramai yang datang dengan teksi atau sekurang-kurangnya dengan bas apabila tiba di stesyen keretapi Seremban. Latarbelakang kami juga sangat berbeza. Pada waktu itu pelajar-pelajar yang terpilih ke sekolah aku adalah merupakan anak-anak cemerlang yang ibubapa tidak mampu untuk menghantar ke sekolah yang baik. Itu jugalah yang merupakan matlamat kerajaan pada waktu itu. Aku tidak terkecuali. Walaubagaimanapun, kehidupan kami selama 5 tahun diasrama telah berjaya membentuk kami menjadi seorang yang amat prihatin, berdaya saing dan sentiasa ingin memajukan diri masing-masing. Bayangkan sehingga kini walaupun tahun ini merupakan tahun ke 30 kami meninggalkan bangku sekolah tetapi pertemuan demi pertemuan tetap kami adakan. Sebagai contohnya, malam tadi ada perhimpunan di Bangi. Jadi sesiapa saja yang berada dikawasan tersebut akan berkumpul. Minggu ini mungkin di Ampang sebelum sebulan sekali kami berkumpul beramai-ramai. Tanggal 17 haribulan kami tetapkan untuk bermain futal dan selepas itu kami akan ramai-ramai minum diwarung berdekatan dan merangka program seterusnya.
 
Oleh kerana sekolah aku terkenal dengan permainan rugby, ramai pelajar-pelajar akan berlumba-lumba untuk menjalani latihan untuk diserapkan kepasukan rugby sekolah kerana jika kami mewakili sekolah, peluang amat cerah untuk mewakili negeri untuk ke peringkat kebangsaan! Aku tidak terkecuali...Prep petang aku banyak dihabiskan dengan berkhayal mengenai rugby. Bagaimana nak mengambil tendangan yang baik, bagaimana nak menguatkan larian, bagaimana nak memahirkan "dummy" untuk mengelirukan pihak lawan dan lain-lain lagi. Aku akan terus berada dipadang setelah selesai solat Asar dan akan memulakan latihan tendangan ke arah tiang gol. Berpuluh-puluh tendangan akan aku ambil untuk memahirkan agar "bola dapat mengikut kaki dan fikiran aku yang fokus". Masyallah, 30 tahun telah berlalu tetapi kenangan aku dihari pendaftaran, kehidupan selama 5 tahun bersama rakan-rakan dan latihan serta pertandingan rugby tidak pernah aku lupa. Terasa seperti baru semalam semuanya berakhir...
 
Kini anak-anak aku sedang melayari dan menjalani perkara yang sama seperti aku lalui 30 tahun dulu. Mereka akan merasai apa yang aku rasai selama 5 tahun berada diasrama. Mereka akan merasai dan melalui apa yang aku nikmati bersama rakan-rakan diasrama. Hubungan aku dan junior serta senior bertambah kukuh kini. Harapan aku agar biarlah anak-anak aku juga merasai apa yang aku rasai dulu...insyAllah!

Ahad, Januari 04, 2015

Selamat Hari Raya

 
Tajuknya sengaja diletakkan begitu kerana tahun baru setiap tahun merupakan Hari Raya bagi masyarakat Jepun diseluruh dunia. Inilah waktunya mereka akan bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi mereka yang bermastautin diluar negara seperti para pekerja misalnya, mereka juga akan menjadi sibuk untuk pulang ke tempat asal. Kami tidak terkecuali. Walaupun kami hanya menyambutnya dengan sederhana, aunty masih juga meluangkan waktu untuk memasak sedikit makanan yang kebiasaannya dimakan pada malam Hari Raya yakni soba. Soba ialah sejenis mee yang diperbuat daripada "buck wheat". Sangat sihat dan rendah kalori. Direndamkan didalam campuran syoyu berkuah nipis dan ditaburkan daun bawang diatasnya. Jika mahu pedas sedikit bolehlah ditambahkan "chichimi" yang merupakan serbuk cili. Tapi bagi aku rasanya tak pedas langsung. Oleh kerana itu, aku siapkan cili potong ditepinya. Aku juga sukakan tempura. Jadi, kami pergi ke pasar malam, beli udang segar dan sayur-sayuran untuk dibuat tempura dan dimakan dengan soba tadi. Soba ini dimakan pada malam tahun baru seperti mana kaum cina mengambil "longevity noodle". Kalau di Tokyo, beribu-ribu masyarakat Jepun akan menuju ke temple-temple mereka untuk bersembahyang dan berdoa agar tahun baru memberikan rezeki dan kesihatan yang bertambah baik. Sewaktu aku disana dulu, aku pernah mengikuti dan melihat sendiri upacara ini dilakukan. Ia memberi banyak pengajaran kepada aku untuk mengetahui lebih lanjut lagi budaya masyarakat Jepun.
 

 
Tempura soba yang kami makan pada malam tahun baru itu banyak mengingatkan aku kepada waktu-waktu aku disana dulu. Aku bekerja di Tokyo Bay Hilton. Selalunya aku akan bekerja lebih masa semata-mata untuk belajar sebanyak mungkin. Aku mula bertugas pada awal pagi dan habis bertugas selalunya pada jam 8 atau 9 dan kadang-kadang 10 malam. Boleh dikatakan setiap hari aku akan bekerja selama 12-14 jam sehari. Kesempatan bekerja selama itu membuatkan aku menjadi akrab dengan mereka. Apabila hubungan kami menjadi akrab, aku banyak menghabiskan waktu terluang bersama-sama dengan rakan setugas. Kesempatan ini aku pergunakan sebaik mungkin untuk mempelajari budaya, kepercayaan dan paling penting sekali bahasa mereka. Oleh kerana aku sangat akrab dengan mereka, aku sering diajak untuk santai bersama-sama selepas waktu kerja. Kami akan keluar minum bersama dan ini mengeratkan lagi perhubungan kami dan hubungan erat ini terbawa-bawa hingga ke dalam kerja. Apabila pulang ke tempat penginapan aku, jam selalunya menunjukkan hampir pukul 12 malam. Nak ke 7-11 membeli makanan, aku dah malas. Yang paling senang ialah makan berdiri dihadapan tempat penginapan aku dan makanan ringkas pada waktu itu sudah semestinya tempura soba. Oleh itu, apabila aku makan tempura soba yang aunty sendiri siapkan, kenangan lama aku sewaktu di Tokyo kembali menerjah ke kotak fikiran. Aku ingat lagi yang aku terpaksa beratur di vending machine untuk membeli tiket makanan dan minuman. Beratur untuk masuk kedalam manakala cuaca diluar sangat sejuk. Apabila masuk ke dalam, kami semua berdiri bersebelahan antara satu sama lain, menghulurkan tiket yang dibeli dan dihidangkan dengan semangkuk soba yang masih berasap dan segelas teh jepun panas. Selesai makan kita harus bergegas keluar kerana ada orang lain pula yang akan masuk ke kaunter. Aku lintas jalan dan masuk ke hotel penginapan aku. Bersalin pakaian, mandi dan terus tidur. Itulah aktiviti aku sepanjang masa...

 
 
Dihari tahun baru pula, kami bercadang untuk makan diluar saja. Nama pun Hari Raya kan.....aku cadangkan agar kami pergi ke 1 Mont Kiara. Masih baru dan tak banyak kedai yang dibuka. Tujuan aku kesana ialah untuk ke kedai sukan yang bernama Sports Direct. Aku sukakan produk LONSDALE. Banyak ada disitu dan harganya sangat berpatutan. Aku tengok saja. Yuya beli glove dan seluar bolanya. Tiba-tiba saja Marina merengek lapar. Aku tanya nak makan dimana dan semua jawab NANDO's....hmmm....kami berlima pun terus jalan ke sana dan order. Food was good and chicken was grilled to perfection. Just nice untuk aku. Aku tak makan banyak sebab nak simpan perut untuk makan malam nanti. Aunty janji nak masak. Walaupun menu malamnya simple tetapi bagi aku sangat special.....Lepas makan tengahari kami bergegas pulang kerana pada pukul 3 pulak persatuan ibubapa para pemain bolasepak bawah 17 tahun Victoria Institution mengadakan pertemuan tak rasmi di Sports Planet Ampang. Oleh kerana lokasi pertemuan ialah di Sports Planet, makanya aku pun terpaksalah berhempas pulas selama 20 minit bermain futsal. 20 minit bagi aku seperti bermain selama 2 jam. Walaupun hanya goalkeeper, aku letih macam berlari naik-turun bukit! Hahahahahaha.....


Setelah selesai perlawanan futsal dan habis segala perbincangan mengenai perangkaan jangka panjang untuk anak-anak kami bagi tahun 2015, aku dan Azumi bergegas pulang. Aunty dah pon sibuk didapur menyediakan makan malam. Malam tu kami makan lambat sikit. Selalunya jadual makan malam kami ialah pada pukul 7.00 tetapi pada malam itu, makan malam kami dianjakkan ke pukul 7.30 malam. Makanannya tetap simple. Kami cuma makan hambagu, mashed potato salad dan juga sayuran yang di celur bersoskan "goma" dan minum teh Jepun. Simple tetapi menyelerakan untuk aku. Hambagu itu asalnya daripada daging yang dicincang lumat. Seterusnya ia diuli dengan beberapa perisa Jepun yang menjadi kebiasaan mereka disana. Kerja menguli dilakukan oleh Marina. Itu yang menambahkan perisa kepada hambagu itu tadi. Hambagu ialah merupakan "beef patty". Setelah diuli secukupnya, ia akan diperap selama beberapa jam dan hanya akan digoreng apabila tiba waktu makan. Tastenya masyAllah...wonderful....
 
Kami makan dengan berselera sekali. Masakan yang dimasak dirumahlah yang merupakan makanan yang paling aku sukai. Especially when it's cooked with tender loving care....memang out of this world! 2 hari tersebut merupakan hari-hari yang sangat bermakna bagi aku kerana kami meraikannya dengan keluarga kami yang kecil ini. Tidak ada yang lavish (kerana aku sendiri bukan seorang yang lavish..), tidak perlu berbelanja besar dan tidak perlu berlebih-lebih (juga bukan "aku" untuk berlebih-lebih). Cukuplah dengan bersederhana didalam segala segi. Sekali lagi perkara yang sama cuba aku terapkan kepada anak-anak. Celebration sebegini sangat penting untuk keluarga aku. Anak-anak perlu tahu kebudayaan nenek-moyang mereka. Mereka harus kenal kesemua itu untuk membina sahsiah dan jati diri. Sesekali jika ada rezeki lebih mereka akan pulang ke kampung halaman aunty untuk bertemu datuk dan nenek sebelah aunty serta pakcik Masato mereka. Hubungan mereka sangat akrab. Bahasa juga sangat penting untuk mereka pelajari agar mereka tahu asal-usul mereka selain memudahkan mereka dialam dewasa kelak. Seminggu sekali anak-anak akan duduk dimeja mengulangkaji bahasa Jepun. Dari tulisan hinggalah kepada pertuturan diajar sedikit demi sedikit agar mereka tak lupa. Aku senang melihat keletah mereka. Ada yang malas dan ada yang rajin...mungkin mereka tidak tahu akan kepentingannya sekarang tetapi setelah mereka tamat sekolah nanti, apa yang mereka pelajari sekarang akan menjadi "handy", satu persatu. Adat dan budaya kita jika disulam dengan perkara positif lain yang kita pelajari disepanjang perjalanan hidup kita, akan membuatkan kita lebih bersiap-sedia didalam menghadapi apa juga cabaran yang mendatang! Itu pandangan peribadi aku. Lebih mengasyikkan ialah pada malamnya pulak mereka menalipon datuk dan nenek dikampung sambil mengucapkan "Akemashite Omedetou Gozaimasu...!". Didalam hati, aku bersyukur....
 
 
 

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...