Ahad, Mei 18, 2014

Pasar Ampang

Setiap hari minggu aku akan ke Pasar Ampang. Tidak ada apa yang specialnya disini. Sama seperti pasar-pasar yang lain. Tetapi setelah berbelas-belas tahun, aku masih juga ke pasar ini. Pasar Ampang sangat unik bagi aku. Setiap lorong yang ada dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Pasar Ampang bukanlah sebuah pasar yang bersih. Oleh kerana itulah ia mempunyai 'karektor' tersendiri. Hampir kesemua peniaga disini aku kenal. Dari aku rambut 'hitam' sampailah aku rambut 'putih'. Sampai kadangkala aku ditegur penjual ayam...Sam, penjual ayam yang aku kenal sejak dia masih lagi anak dara. Sekarang dah beranak-pinak dan masih disitu berniaga ayam bersama keluarga. Aku rasa ahli keluarga Sam semuanya perempuan sebab yang ada disitu semuanya perempuan. Pernah aku dah bayar, pergi ke gerai ikan dan terlupa nak ambil ayam. Sampai dirumah aku dapat panggilan dari Sam yang memberitahu, aku tertinggal ayam digerainya!

 
Ah Soh pula akan tersenyum bila aku sampai. Aku tak perlu bercakap atau meminta. Cukuplah dengan menudingkan 2 batang jari. Dalam sekelip mata, telur gred A sebanyak 20 biji siap dibungkusnya untuk aku.  Ah Soh melakukannya dengan sangat berhati-hati. Setiap 2 biji telur, Ah Soh akan lapikkan kertas surat khabar. Ini bermakna 10 kepingan suratkhabar kecil dilapiknya untuk telur sebanyak 20 biji yang aku pesan! Senyum sentiasa terukir dibibir. Umurnya kalau tak salah telahan aku mungkin didalam lingkungan 70-an. Mukanya yang lonjong dan tirus penuh dengan kedutan-kedutan didahi dan dagu. Tekun melaksanakan tugas dan tabah dengan kerenah pelbagai ragam manusia.
 
 
Makcik Esah pula akan duduk diatas sehelai tikar dan disebelahnya disusun beg-beg tangan buatan China. Bertahun aku perhatikan Makcik Esah ni berjual. Kebetulan pula gerai makan yang selalu aku singgah bersebelahan pula dengan tempat Makcik Esah ni berniaga. Aku perhatikan, setiap kali Makcik Esah nak mula berniaga, mula-mula sekali dia akan buka sebungkus nasi putih bergaulkan isi ikan dan diletakkan dibelakangnya. Banyak kucing-kucing tak ber'tuan' akan mengerumuni Makcik Esah dan makan makanan yang diletakkan dilantai itu. Setiap minggu tanpa jemu, itulah yang akan Makcik Esah lakukan. Seolah-olah itu sudah menjadi rutin setiap hari minggu bagi Makcik Esah. Alhamdulillah....banyak beg-beg Makcik Esah yang laku dijual. Mungkin keluhuran hati Makcik Esah menjamu kucing-kucing liar tadi makan telah membuka pintu rezekinya. Wallahuallam!
 
 
Sebelum aku keluar dari kawasan pasar, aku akan singgah di gerai Ah Khoon dan suaminya Ah Lai yang menjual suratkhabar. Setiap kali aku sampai, 2 suratkhabar melayu telahpun diikatnya untuk aku. Ah Khoon akan bertanya khabar aku dan kami akan berbual sebentar. Keakraban dan kerancakan kami berbual akan menyebabkan pengunjung-pengunjung lain kehairanan. Mereka tidak tahu yang kami telah berbelas tahun mengenali antara satu sama lain. Kekadang aku bergurau dengan Ah Khoon. Aku akan berkata, "Ah Khoon ahh, sudah banyak tahun saya beli suratkhabar sama you, tapi tak pernah sekalipun saya dapat diskaun!" Ah Khoon akan ketawa mengekek-ngekek sambil menutup mulut dengan sopan, menghindarkan aku daripada terlihat giginya yang rongak! Suratkhabar-suratkhabar ini akan aku baca sewaktu melepaskan lelah usai membeli-belah. Sambil menghirup teh tarik kurang manis, aku menyelak satu persatu helaian suratkhabar tadi mencari bahan berita yang  menarik. Karipap berinti ubi digerai makan itu juga aku suka. Rangup dan terasa margerine. Setiap kali aku sampai, karipapnya masih lagi panas dan itulah yang membuatkan tangan aku laju menyuap karipap ke mulut. Aku boleh duduk dikedai makan itu berjam-jam melihat kerenah penjual di gerai dan tingkah laku pengunjung pasar yang ligat tawar-menawar.
 
Barangan telah meningkat harga. Aku pernah membeli ikan kembong berharga RM8 sekilo dulu. Kini telah naik ke harga RM12-14 mengikut musim. Pekerja pasar masih lagi ligat berniaga. Pengunjung tak putus-putus tiba. Kerancakan perniagaan dan suasana santai dan harmoni masih dapat dilihat di pasar ini. Leka aku memerhatikan orang-ramai. Leka lagi aku menghirup teh tarik dan menyuapkan karipap ke mulut. Tiba-tiba Kak Kiah datang dengan bungkusan karipap yang aku pesan untuk anak-anak dirumah.....

 
 




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha interesting article! - ajip

Uncle berkata...

Thanks Ajip. Glad that you like it. Keep on reading as I have plenty more to write!

Ibu n Abah berkata...

Wow!
Bestlaaa uncle ceriter
Mcm akak ada sama kat pasar tu ngunyah karipap n teh tarik panas...

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Kadangkala kita tak perasan bahawa tempat yang selalu kita kunjungi mempunyai nilai cerita yang mampu menarik perhatian pembaca! Saya yang sering kesana mengambil peluang untuk mengenali lebih dekat lagi para peniaga disitu...semuanya menjadi bahan penceritaan saya!

dilabangiWORLD berkata...

uNCLE MEnarik citer pasal Pasar ampang ni (rare)
teringin nak gi suatu hari nanti

* Uncle, last week En Naz balik dilla dah citer kat En naz. terkejut dia...
En Naz kim salam kat uncle

Uncle berkata...

Salam Dila.
Uncle memang suka tempat2 yang crowded dan berselerak macam tu...that to me is the "colors of life". Banyak Uncle boleh bercerita....modal besar tuh...

En Naz sudah Uncle kenal dari tahun 1981 lagi. Kami disekolah yang sama selama 5 tahun. Makan tidur main dll di tempat yang sama. Sewaktu beliau menunaikan haji, Uncle berada di Mekah waktu tu. Tak sangka pulak yang Dia bekerja di company yang sama dengan Dila. What a small world indeed! Btw, wa'alaikumsalam!

norh berkata...

Bagus sangat uncle hargai persekitaran uncle... ;)
Pasar feveret saya;pekan ahad di penaga..hihi
Dulu2..saya beli ikan temenung rm2 sekilo..la ni dah rm10 sekg..
Banyak sangat dah yg berubah la ni...

Uncle berkata...

Salam Norh.
Uncle masih ingat bahawa ikan temenung suatu waktu dulu memang berharga RM2 sekilo. Masa tu Uncle beli di Pasar malam di Taman Intan waktu melawat makcik Uncle dulu. Taman Intan berdekatan dengan jabatan haiwan di alor setar...Rumah makcik Uncle pulak bersebelahan dengan rumah arwah Datuk Dr Wan di Taman Nilam (sebelah taman intan).

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...