Selasa, April 23, 2013

Arman Azumi

 
Seperti yang aku nyatakan didalam entry aku yang sebelum ini, apa saja minat dan kemahuan anak-anak akan cuba aku penuhi. Ternyata buat masa ini minat anak-anak aku sangat kuat kearah bolasepak. Entry yang lepas, aku sibuk dengan perlawanan bolasepak Yuya, kini aku menjadi sibuk dengan perlawanan bolasepak abang pulak. Kalau disekolah, abang lebih dikenali sebagai Arman ataupun Jepun tetapi dirumah kami lebih selesa memanggil abang dengan panggilan Azumi! Abang dah terbiasa dengan panggilan pelbagai nama. Masih menoleh kebelakang jika dipanggil dengan nama-nama tersebut walaupun bagi aku agak "confusing!" Oleh kerana pada minggu lalu aku tak berkesempatan untuk bercuti, maka aku menggantikannya dengan hari Isnin yakni semalam sebagai hari libur aku. Bersempena pulak dengan hari abang bermain bolasepak mewakili zon bangsar ke peringkat negeri. Kesempatan itu aku ambil untuk sama-sama memberi sokongan kepada abang pada pukul 11 pagi sewaktu menentang SMK Desa Petaling. Perlawanan sangat sengit dan berkesudahan dengan pasukan abang mengalahkan pasukan SMK Desa Petaling. Tahniah abang dan pasukannya!
 
 
Sewaktu aku nak masuk ke sekolah Vokasional Setapak, Aku ter masuk sekolah Vokasional Perempuan yang terletak betul-betul ditepi JPJ. Aku termalu sendiri bilamana kakak pengawal keselamatan memberitahu aku bahawa pelajar-pelajar disitu tak main bola sebab semuanya murid-murid Sains Rumahtangga! Kakak tu suruh aku menyusur ke jalan besar dan bila nampak CLTEX katanya, buat pusingan U dan masuk ke dalam. Aku ikut arahan beliau sebab dia pakai "uniform!" Terimakasih aku ucapkan. Sewaktu aku nak park motor disekolah Vokasional Setapak buat pelajar lelaki, aku ditegur oleh sorang lelaki bernama Vignesh yang juga satu tujuan dengan aku yakni menyaksikan perlawanan bolasepak. Dia perkenalkan diri sebagai pemberita sukan dari Malay Mail dan aku perkenalkan diri sebagai bapa kepada salah seorang pemain. Kami sempat minum teyy tarik dan makan karipap dikantin sekolah dan diwaktu itu banyak yang kami bualkan mengenai perkembangan sukan bolasepak di negara ini. Vignesh agak sependapat dengan aku mengatakan bahawa bolasepak Malaysia masih tidak kemana dan ranking tambah merudum! Panjang kami bual dan topik menjadi tambah hangat. Sedar tak sedar perlawanan dah pun nak bermula. Vignesh masih sibuk "interview" aku dan ibubapa lain serta jurulatih-jurulatih lain. Kami bertukar-tukar nombor talipon dan janji akan berhubung lagi untuk sama-sama membincangkan topik yang sama!
 

 
Malam tadi aku terima sms daripada Vignesh yang menyuruh aku membeli suratkhabar Malay Mail keesokan harinya yakni hari ini. Aku jadi semakin bersemangat untuk bangun pagi. Selesai solat subuh aku terus menghantar abang ke sekolah kerana abang ada latihan bolasepak sebagai persediaan untuk perlawanan seterusnya. Pukul 6.30 pagi aku dah sampai ke VI. Tinggalkan abang di asrama, aku memecut shirley davidson aku lagi membelah kepekatan subuh. Nyaman dan sungguh mengasyikkan memandu diwaktu pagi sebegini. Jangan hujan sudah...kuyup aku nanti! Aku terus menhala ke Celebrity Fitness di Bangsar. Tepat jam 7 aku dah mula bergerak diatas treadmill. Kali ni aku cuma berjogging perlahan selama 30 minit kerana badan aku masih sakit-sakit akibat ke gym 7 kali seminggu pada minggu lalu. Selesai treadmill aku beralih ke stretching. Hari ni cuma santai. Tak boleh nak buat "weight" setiap hari. Rabak dada, rabak lengan....tepat jam 8 aku dah mengatur langkah ke locker room untuk mandi dan bersiap ke tempat kerja pulak. Dalam perjalanan, aku berhenti di tepi jalan dan meninjau suratkhabar MM. Check terus ke belakang dan aku dapati ada satu article menarik disitu.....benar seperti yang dijanjikan oleh Vignesh, beberapa perkara yang beliau rasa penting telah dimasukkan ke dalam suratkhabar. Alhamdulillah ada juga berita anak-anak di VI. Hahahahahahaha, satu KL baca! So people, enjoy reading the article below!
 

Rabu, April 17, 2013

Yuya

U12 Sek Taman Nirwana

2 minggu sudah Yuya memberitahu aku yang pertandingan bolasepak peringkat daerah akan berlangsung tak lama lagi. Aku anggukkan kepala dan memberitahu Yuya bahawa aku akan bersama-sama pergi ke padang sebagai tanda sokongan tak berbelah bagi aku kepada kegiatan sukan anak-anak. Yuya tampak ceria setelah aku berjanji bersungguh-sungguh. Lalu malam itu aku catatkan nota kecil berwarna merah agar aku tidak terlepas pandang. Yuya menjalani latihan setiap hari seperti biasa dan pulang ke rumah hanya diwaktu Maghrib. Didalam keletihan menjalani latihan bolasepak, Yuya masih duduk bersama-sama aku setiap malam tepat jam 8 untuk mengulangkaji pelajaran agar tidak terlepas memandangkan peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku risau dengan pencapaian akademik Yuya yang agak turun-naik. Turun jika aku tidak betul-betul mengikuti pelajarannya manakala naik apabila aku setiap hari bersengkang mata mengulangkaji pelajaran Yuya bersama-sama....Nah...ini lah yang merisaukan aku kerana aku tidak mampu untuk bersama Yuya setiap malam. Walaubagaimanapun, untuk 1-2 bulan ini, aku benarkan Yuya main bola sepuas-puasnya setelah berehat agak panjang selepas patah tangan tempohari!

Cikgu Mat memberi tips..

Yuya mendapat tempat didalam kesebelasan utama pasukan sekolahnya. Sekolah Taman Nirwana merupakan sekolah yang digeruni dikawasan Ampang. Ini semua adalah hasil tunjuk ajar Cikgu Mat, Cikgu Fauzi dan Cikgu Kamarul yang melatih anak-anak ini walaupun sewaktu musim cuti sekolah. Komitmen mereka amat aku kagumi. Mereka sanggup tidak pulang ke kampung semata-mata mahu melatih anak-anak ini bagi menghadapi kejohanan. Alhamdulillah....komitmen yang sangat tinggi daripada guru-guru sukan Taman Nirwana. Mereka juga lah yang menjadi jurulatih kepada abang dulu sewaktu abang dibangku sekolah rendah sehingga abang terpilih mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Aku sangat-sangat berbangga dengan kejayaan anak-anak aku didalam bidang bolasepak setakat ini. Tidak mengapa kalau harus berhabis wang ringgit semata-mata minat anak-anak. Aku rasa berbaloi daripada berhabis tak tentu hala dengan perkara-perkara yang tak senonoh. Aktiviti bolasepak ini juga menghadkan mereka daripada keluar merayap malam-malam. Yuya akan tidur sekitar pukul 10 malam dan abang akan tidur jam 12 apabila berada di rumah. Weekend juga ada latihan bolasepak. Jadi jadual mereka sangatlah padat......

Bakal menggegar dunia bolasepak negara!

Yuya bermain didalam hampir kesemua perlawanan. In fact cuma satu game yang beliau tak main. Ini untuk memberi laluan kepada penjaga gol lain untuk menunjukkan ketangkasan mereka. Didalam kesemua perlawanan, aku kaget melihat ketangkasan Yuya memberi arahan kepada barisan pertahanan dan juga bagaimana Yuya mematahkan serangan dengan melambungkan badan, ke kiri dan ke kanan, menangkap kemas sepakan pihak lawan dan juga menendang bola yang dari dakapannya ke tengah padang. Aku bangga! Bangga seorang ayah melihat anak-anak juga berminat bermain bolasepak sama seperti aku berpuluh tahun dulu. Sekarang, keperluan bolasepak semuanya lengkap. Pada waktu aku dulu, kasut bola tidak digunakan. Para pemain bawah umur 12 tahun yang mempunyai "ankle guard" sudah dikira sangat hebat dan akan menendang dengan kuat. Ankle guard saja sudah menggerunkan pasukan lawan! Hahahahahahaha.....betis dan peha disapu minyak kuda dengan harapan akan berlari macam kuda.......hahahahahaha.....bau minyak kuda juga amat menggerunkan pasukan lawan! Sungguh meriah waktu itu. Sewaktu aku di Melaka, selepas sekolah, aku hanya bermain di belakang rumah. Tiang gol hanyalah daripada batang buluh yang dipotong dan jaring pula dari jala ikan yang kami curi! Berlubang-lubang jaring gol kami. Jika tendang ter kuat, bola akan sangkut kat atas pokok cheri ataupun pokok karapoley aku yang besar di belakang rumah! Oleh kerana padang bola sekangkang kera itu terletak di belakang rumah yang levelnya agak rendah dari rumah aku, bola akan sentiasa naik ke tebing dan sampai ke belakang dapur rumah. Kami tak ada "off side" ataupun "out". Selagi bola boleh ditendang, selagi itu lah kami berebut bola, sampai sekali kami berhenti kat atas jalan raya dan jerit, "woi...gol kat sana lah...". Bobok tendang dan kami ramai-ramai mengejar bola tu balik! Hahahahahaha....that was fun!

Aku bersama para pemain negara!

Sebenarnya Yuya agak kurang menonjol didalam permainan bolasepak. Tapi apabila beliau bersungguh-sungguh menjalani latihan dan teruja nak main walaupun suatu waktu dulu, tangan Yuya berbalut dan bersimen, aku mula sedar yang Yuya "means business". Aku mengikuti perkembangan bolasepak Yuya. Aku berjumpa guru-guru dan jurulatih-jurulatih Yuya. Mereka kagum dengan semangat waja Yuya yang terus mahu berlatih. Didalam kesempatan yang singkat sewaktu Yuya membonceng motor selepas aku ambil Yuya disekolah usai latihan bolasepak, didalam hujan lebat dan sewaktu menunggu lampu isyarat jalan bertukar dari merah ke hijau, aku sempat bertanya Yuya apakah ini yang dia mahu. Aku tak dengar jawapan Yuya sebab bunyi engine dari moto sebelah terlalu kuat. Tapi aku percaya yang Yuya mengangguk-anggukkan kepala di belakang aku! Aku tak kisah apa yang anak-anak aku nak, dengan syarat, depa mesti belajar bersungguh-sungguh.

Aku geram sangat2 dgn budak kecik nih!

Minggu sudah Yuya memberikan aku satu surat dari sekolah berkenaan dengan yuran-yuran dan buku-buku sekolah yang perlu dibeli. Memang besar jumlahnya. Beratus-ratus jugaklah kesemuanya sekali. Maklumlah nak UPSR tahun ni. Mana dengan kem motivasi sekolah, kelas tambahan sekolah, buku-buku tambahan sekolah dan pelbagai lagi. Tersandar aku dibuatnya! Kerana keletihan, aku tertidur dan tak sempat nak beritahu apa-apa pada Yuya. 2 hari berlalu dan Yuya masih diam manakala aku pulak terlupa terus! Pada hari ke-3, aku teringat dan mencongak semula jumlah yang dinyatakan. Pening jugak aku nak "kona" duit aku yang sejemput tuh. Tapi demi masa depan anak-anak, aku berjanji yang aku tak akan hampakan permintaan mereka. Pada tengah malam itu, aunty ada memberikan aku sekeping nota yang ditulis Yuya. Didalam nota tersebut, Yuya nyatakan bahawa sebahagian daripada yuran-yuran yang perlu dilangsaikan itu akan datang daripada wang simpanan Yuya sendiri. Beberapa aktiviti yang dirasakan tidak memberi banyak faedah Yuya batalkan sendiri kerana menurut notanya, duit tak berapa cukup.......aku tersentak dan sayu apabila membaca nota-nota dari Yuya sedangkan malam itu aku sudahpun menyediakan wang untuk diserahkan kepada Yuya keesokan paginya sebelum Yuya ke sekolah......Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke bilik Yuya. Aku cium dahi Yuya dan aku beredar....

Jumaat, April 05, 2013

Rakan, Result dan Anak!

Chico (sdara 85) and the family! Thanks bro...

Aku sering dikunjungi oleh teman sebilik aku dari zaman sdar lagi apabila beliau berkunjung ke kl atas urusan kerja, urusan golf mahupun urusan membawa anak-anak berjalan-jalan. Selalunya beliau akan tinggal di hotel. Tapi kali ni lebih senang tinggal ditempat aku saja. Centrally located, katanya. Terimakasih Chico! Seorang yang memang dari dulu sudah terserlah kehebatan. Sama-sama aku main bola, sama-sama aku main rugby dan tak berapa sama aku apabila masuk waktu belajar.....sebabnya, dia belajar manakala aku tidak! Hasilnya beliau belayar jauh ke UK dan berjaya menggenggam segulung ijazah yang membolehkan beliau menjadikan bidang guaman sebagai kerjaya.

March result

Aku masih lagi menggila dan mengganas di gym walaupun dada masih moncong dan perut masih tak berketul! Tapi hakikatnya aku berjaya menurunkan sedikit berat badan dan mengurangkan juga lemak dibadan kalau mengikut bacaan pada yang tertera. Itu adalah satu kejayaan bagi aku. A personal achievement! Aku akan membuat bacaan tersebut setiap awal bulan. Dan setiap kali itulah aku akan "set" kan target yang baru untuk dicapai. Tambahan pulak Yasmin Hani pun dok berjogging sebelah aku minggu lepas....lagilah aku laju berlari kat atas treadmill! Hahahahahaha....selain beliau, anak mantan PM kita juga ada disana diawal pagi. Itu yang aku tiba-tiba boleh angkat 40kg "bench press"! Hahahahahahaha....tapi bukan itu semua tujuan aku ke gym. Tujuan aku hanyalah semata-mata untuk menjaga kesihatan aku (wink...). At one point I was 95 kilos. Nanti kalau aku jumpa gambar besar agam tu aku akan scan dan masukkan dalam blog. Aku sendiri boleh pengsan...macamanalah aku boleh jadi lagu tu!

April result

Result menunjukkan peningkatan. Kesihatan aku terbela sejak memasuki gym. Sakit belakang aku, selsema, demam, letih, sakit tekak alhamdulillah berkurangan. Cuma lutut masih terasa sakit dan aku telah mula mengambil supplement untuk meremajakan kembali lutut aku yang hampir "punah" ni gara-gara injuries sewaktu gila dan mengganas bermain rugby dulu. Makanya aku selalu berpesan kepada anak-anak aku untuk menjaga lutut, belakang, buku lali dan semua bahagian penting badan. Abang suka buat "sliding tackle" apabila bermain bola especially kalau dia terlepas dan berada ditepi garisan padang. Aku pep talk mengatakan itu merbahaya untuk tubuh badan. Juga bergantung kepada bagaimana kita terhentak dan jatuh sewaktu membuat tackle-tackle tersebut. Sekarang aku lihat abang dah kurangkan tackle-tackle sedemikian. Tapi aku rasa kalau dia tackle gf tak apa kot! Hahahahahaha.....

Abang lepas johan zon Bangsar MSSWP dan Johan zon kejohanan MUPC

Permainan abang terus meningkat walaupun ada kalanya agak mengecewakan. It's alright....ada pasang dan ada surutnya. As long as dia "peak" at the right time....Untuk peringkat U15 zon Bangsar, VI telah menjuarai zon dengan mengumpulkan lebih 40 gol berbalas 0. Ini pencapaian besar setakat ini. Selepas ini mereka akan mewakili zon untuk peringkat negeri MSSWP pulak dan seperti ibubapa-ibubapa yang lain, aku sentiasa memberi perangsang dan mengikuti hampir setiap perlawanan yang berlangsung. Pada minggu lepas abang sekali lagi mewakili pasukan U15 VI bagi kejohanan Manchester United Premier League dan VI telah menjuarai peringkat negeri dan akan mewakili KL ke peringkat kebangsaan dalam tempoh terdekat ini. Jika mereka menjuarai peringkat kebangsaan, mereka akan ke peringkat Asia dan tahun ini akan berlangsung di Pulau Pinang sebelum keperingkat yang lebih tinggi yakni bermain di MU.
 Sebagai meraikan kejayaan anak-anak, pihak sekolah akan mengadakan majlis BBQ di sekolah pada hari isnin selepas isyak buat pasukan ini manakala kami pulak sebagai ibubapa para pemain akan menjamu mereka pula dengan mengadakan majlis "pot-luck" pada hari selasa selepas maghrib bertempat di VI.
Seperti biasa, tiada apa yang lebih menggembirakan hati aku selain daripada melihat kejayaan anak-anak! Ok people, behave yourself!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...