Jumaat, Mei 03, 2013

Anak-anak dan kejayaan!

 
Seperti yang aku katakan dulu, kejayaan anak-anak merupakan sesuatu yang aku tak sabar-sabar ingin lihat. Ini bukan bermaksud yang mereka harus berjaya sentiasa, tidak. Ini bermaksud setiap apa yang mereka ceburi akan sentiasa mendapat perhatian aku. Dan bagi aku sesuatu yang mereka lakukan dan dapat dihabiskan, juga merupakan kejayaan. Dalam waktu yang sama, aku mahu mereka tahu yang aku sangat sayangkan mereka. Tak ada seorang bapa pun didunia ini yang tidak mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Berjaya bagi aku tersangatlah "subjektif". Khatam Al Quran merupakan kejayaan. Mendapat keputusan baik didalam peperiksan juga merupakan kejayaan. Bangun diawal pagi dan bersolat Subuh juga satu kejayaan.... Demi melihat anak-anak "berjaya" didalam bidang masing-masing, aku telah cuba berfikir dan berfikir bagaimanakah caranya aku dapat membantu bukan saja abang tetapi rakan-rakan sepasukan abang untuk sama-sama bersemangat bermain bolasepak dan juga belajar.
 
Aku bernasib baik kerana mempunyai ramai rakan-rakan yang sama batch, juniors mahupun seniors yang telah berjaya didalam karier masing-masing. Dalam aku duduk termenung memikirkan cara untuk membantu abang dan rakan-rakan, aku teringatkan seorang teman lama aku sewaktu dibangku sekolah dulu yang bernama Haji Fairus Shidi. Beliau merupakan Headboy aku ditahun 1984. Kami juga bertemu sewaktu aku di Mekah dulu ketika beliau melaksanakan umrah dan aku masih bertugas disana. Aku hubungi Fairus Shidi yang aku panggil "Perez" dan menyatakan bahawa aku memerlukan seorang pakar motivasi untuk aku bawa berjumpa abang dan rakan-rakan bola abang. Sekali lagi aku bernasib baik kerana Perez juga merupakan pakar motivasi yang telah menyuntik semangat kepada Datuk Malik Mydin (english channel), Commonwealth Games athletes dan juga ketua motivasi PLKN seluruh negara. Alhamdulillah, sebagai rakan, beliau sedia membantu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Aku bersyukur. Tarikh dan waktu pun ditetapkan. Perez membawa bersama beliau "credentials" yang sangat hebat. Beliau merupakan salah sorang pelajar terbaik SRP dan SPM negeri dan terus melanjutkan pelajaran ke salah sebuah Universiti terbaik di UK (top 2 in UK dan top 4 in the world) didalam jurusan Undang-Undang. Walaubagaimanapun bidang motivasi lebih menyerlah didalam dirinya selaras dengan keinginan beliau untuk membantu mempertingkatkan lagi prestasi mereka yang mengikuti program beliau. Sessi berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada para pemain bolasepak dan begitu juga ibubapa yang sama-sama berada di sessi tersebut termasuklah aku! Selang 2 hari, anak-anak ini terus menghadapi perlawanan akhir bolasepak MSSWP dan dengan semangat yang tinggi hasil daripada latihan bolasepak sepanjang hari dan kursus motivasi yang diberikan, pasukan bolasepak VI B15 tahun berjaya muncul sebagai juara Kuala Lumpur! Alhamdulillah.....Nah...ini merupakan KEJAYAAN untuk abang, bagi aku!

 
Pasukan ini telah mula dibentuk beberapa tahun yang lalu sewaktu mereka masuk ke tingkatan satu. Pada waktu itu semua pemain terbaik yang ada di lembah klang dan mempunyai keputusan yang baik akan dipanggil untuk menjalani latihan dan seterusnya dipilih untuk mengikuti "program projek bolasepak". Mereka bersekolah di VI dan tinggal diasrama VI. Mereka dijaga dengan baik dan mengikuti latihan keras bolasepak yang telah diatur. Mempunyai seramai 3-4 jurulatih, pemakanan mereka dijaga rapi. Menu sentiasa bertukar setiap hari dan mereka akan makan sebanyak 5 kali sehari. Latihan berlangsung setiap hari selepas waktu "prep petang".

 
Kejayaan demi kejayaan telah mereka lakar. Dan selepas ini mereka akan mewakili KL untuk pertandingan "Manchester United Premier Cup" yang bakal diadakan pada 11/5 nanti di padang SUK di Shah Alam. InsyAllah aku dan ramai ibubapa lain dari VI akan berada disana untuk menyokong mereka sekali lagi.


 
Pada cuti hari Buruh yang lalu, aku telah membawa anak-anak ke PWTC untuk melihat Pesta Buku Antarabangsa. Aku teruja kerana diwar-warkan bahawa Pesta Buku ini merupakan yang terhebat. Anak-anak bersemangat nak pergi. Walaubagaimanapun aku kecewa apabila faktor "keselamatan" sangat terabai. Aku "sangkut" di entrance selam 10 minit tidak bergerak disebabkan pengunjung yang terlalu ramai. Layout gerai-gerai yang menjual buku tidak dirancang dengan baik. Tidak ada peta yang menunjukkan gerai yang dicari ada dimana (personally aku tak nampak). Security aku tak nampak. Anak-anak sekolah duduk dipinggiran gerai sambil membaca ataupun berehat dan jumlahnya juga mencecah ratusan kalau tidak ribuan. Ini merencatkan lagi "flow" para pengunjung. Yang aku takutkan ialah jika berlaku kecemasan. Kebakaran, anak hilang, dan sebagainya. Aku pasti jika berlaku kebakaran senang-senang beratus-ratus nyawa akan melayang....jika tidak ribuan! Ini sedikit merencatkan niat aku untuk berada disana lebih lama! Yang aku dapat beli hanyalah sebuah buku untuk Marina yang dibacanya sepanjang perjalanan balik ke Ampang dengan LRT! Melihatkan Marina gemar membaca dan sangat khusyuk walaupun terpaksa berdiri didalam LRT, aku tersenyum puas....bagi aku ini juga "KEJAYAAN!"

 
Setiap hari selama 2 minggu, Yuya tersangat sibuk dengan latihan bolasepak bagi memilih pemain-pemain yang akan mewakili negeri Selangor B12 ke kejohanan MSSM tak lama lagi. Yuya berlatih di Kajang. Setiap hari pulang lewat. Mandi, makan dan terpaksa pula menelaah matapelajaran yang telah terlepas dengan pemantauan rapi dari aku setiap malam pukul 8! Yuya mengeluh. Yuya letih. Yuya tak bermaya. Yuya lesu. Tapi aku katakan pada Yuya, "kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kerja keras!". Yuya mengukirkan senyuman walaupun sedikit sumbing! 3 hari yang lepas, Yuya pulang lewat ke rumah dengan muka sedih dan langkah yang sangat longlai. Aku tanya, kenapa Yuya berwajah sedih? Yuya menjawap, "Yuya gagal dalam pemilihan akhir untuk mewakili Selangor!". Aku turut sedih mendengar kata-kata Yuya. Aku bingkas bangun, pegang bahu Yuya dan berkata, "Yuya, walaupun Yuya tidak dipilih untuk mewakili negeri Selangor di peringkat umur 12 tahun, mendapat panggilan untuk menjalani latihan akhir menjangkaui ratusan lagi pemain di negeri Selangor ialah satu KEJAYAAN yang tersangat besar bagi Papa...". Yuya salam tangan aku, tersenyum puas dan terus ke bilik...

6 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

ALhamdulillah...
sejak dua tiga tahun ni mengikuti perkembangan anak2 Uncle.. memang banyak pencapaian mereka sangat membanggakan.. Tahniah Uncle...
- tumpang gumbira melihat mereka...

Uncle berkata...

Salam Ibu n Abah.

Alhamdulillah dan terimakasih juga saya ucapkan pada Ibu n Abah kerana tidak jemu2 membaca cerita saya! Saya berjanji kepada diri sendiri, walaubagaimana sekalipun, saya mahu lihat mereka berjaya dunia dan akhirat, insyAllah....dan saya juga berjanji yang saya akan laksanakan apa juga yang termampu untuk membantu mereka walaupun kadang-kala saya juga tak berapa mampu!

Mummy Eda berkata...

Mummy stuju!
Walau apa jua keputusan..sentiasa 'ada kejayaan' disebaliknya!
Teruskan Uncle! Moga anak2 terdidik menjadi insan 'as a whole, insyaallah

Uncle berkata...

Salam to you Mummy Eda.

Ingatkan Zur Eda yang reply...hahahahaha....Iya, begitulah kita sebagai ibubapa kini. Pastinya tak ada apa yang mampu membahagiakan kita selain daripada melihat "kejayaan" anak-anak...."kejayaan" disini merangkumi pelbagai aspek....

Kakzakie Purvit berkata...

Membaca N3 ini kakak merasakan bukan 'Perez' aje qualified sebagai motivator bahkan uncle juga cuma mungkin hopitalization bidang uncle. Tahniah buat anak-anak..

Budak perempuan memang ulat buku kalau kakak perhatikan sebab ramai budak perempuan yg suka membaca berbanding budak lelaki...

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
saya suka baca buku. tapi daripada 3-3 orang tu, nampak gaya marina sorang lah yang suka membaca! Yang lain2 tu suka menyemak! Hahahahaha

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...