Rabu, Januari 30, 2013

Great Eastern Mall

Apa nama dia?

Hari minggu lepas, sebaik sahaja aku selesai melaksanakan tanggungjawab untuk menambahkan otot kat badan (bukan perut!), aku balik ke rumah dan bagitahu yang aku nak ke GE Mall. Ada beberapa toko yang aku nak lawati kat situ tapi yang pentingnya aku nak pergi ke MPH. Bila dah sampai kat GE Mall, aku terus masuk ke kedai sukan dulu. Yuya beli glove baru sebab glove yang lama dah koyak-rabak! Ok lah, sebab dia guna duit dia sendiri! Abang pulak nak beli yang lain tapi duit tak cukup....Marina nak buku BARBIE. Kalau nak beli buku aku tak kisah....boleh saja...tak kiralah buku apa pun waima LAWAK KAMPUS sekalipun. Mind you, tadi masa aku browse kat laman web KINOKUNIYA, dilapurkan bahawa buku terlaris bagi buku-buku dari Malaysia ialah LAWAK KAMPUS! Adoi...memang lawak! In fact Marina sebelum masuk tidur akan berebut dengan Yuya nak majalah/buku tu dulu......


Bought this

Aku pulak beli buku yang kat atas tu. Tajuk dia menarik perhatian aku sebab dari dulu lagi aku memang mencari cerita-cerita pembesar kita yang dibuang negeri ke Seychelles selepas pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak dulu. Aku teringin nak tahu apa yang ada kat pulau tu, bagaimana kehidupan pembesar-pembesar negara kita yang dibuang tu. Kenapa dan sampai bila mereka dibuang disana. Nah terjawab sudah segala persoalan yang bermain di kepala otak aku. A good read di waktu santai! Another half to go!


Reading this

Di waktu yang sama aku juga membaca buku yang kat atas tu. Seronok mendalami apa yang tersirat dan bermain dikepala otak orang-orang bijak-pandai ni semua. Cara pemikiran beliau, tindakan-tindakan beliau yang drastik dan cara-cara beliau mengendalikan sebuah syarikat yang besar memberi aku inspirasi yang juga besar untuk bagaimana aku membesarkan lagi bidang aku ini.Sangat menarik perhatian apabila beliau yang pernah dipecat suatu waktu dulu telah kembali ke syarikat yang sama dan melonjakkan hasil pendapatan tahunan syarikat gergasi tersebut ke suatu tahap yang tidap pernah terfikir oleh orang lain. Pemikiran yang tajam yang jarang ada pada orang lain!

Aku rasa, bedak "nyonya" pun gambar ni jugak kot!

Sewaktu aku nak balik dari GE Mall, aku terpandang satu poster gergasi yang berada betul-betul di concourse. Terpegun aku dengan kecantikan wanita ini. Siapakah orangnya dan zaman manakah beliau hidup. Atau cuma imaginasi pelukis yang sampai kini masih muda remaja! Gambar ini meengingatkan aku pada bedak nyonya yang aku selalu gunakan bukan di muka tapi ditangan untuk mencabut uban-uban yang melata diatas kepada arwah nenek aku yang aku panggil "mak". Dicalit sedikit di ibu jari dan jari telunjuk, uban-uban tu tak payah dipintal. Sepitkan dicelah jari sahaja dan tarik. Sampai keakar umbi dia keluar......bijak sungguh pembuat bedak ni....hahahahaha.....pandangan beliau dan senyuman beliau sungguh mysterious...ala-ala Mona Lisa yang memandang jauh. Apakah dari pandangan matanya akan ada kod-kod rahsia yang bakal dirungkai? Apa tidak ada kah agen-agen rahsia ingin membuat penelitian dan kajian tentang wanita misteri ini yang telah hidup berpuluh-puluh tahun? Hmmm, aku sangat berminat untuk mengetahui apakah lanjutannya!

Ahad, Januari 27, 2013

Harapan seorang ayah!

Bersama dengan sponsor bola.

Malam tadi kami diajak oleh sponsor bolasepak untuk menjamu selera di Q Thai bertempat di Waterfront, Ampang. Semua pemain-pemain bolasepak, jurulatih serta para ibubapa juga dijemput sama. Yang surprisenya ialah beberapa orang reporter daripada media tempatan juga dijemput. Semuanya sampai tepat pada waktu yang ditetapkan yakni 8.30 malam walaupun jalan agak sesak selepas hujan seharian! Keceriaan jelas terpancar dimuka para pemain yang jelas amat terharu serta berbesar hati dengan undangan makan malam thai steamboat. Oleh kerana para pemain adalah didalam lingkungan umur 15 tahun, aku jadi takut tengok meja depa yang penuh dengan makanan. Habis licin depa makan. Berulang makan sampai ke jam 11 malam! Aku heran dan terpikir, apakah aku dulu seumur begini juga sama?
Seriously...Marina pandai menjahit!

Marina dah mula menjahit. Satu aktiviti yang bagi aku sungguh "tak masuk akal" bagi seumur anak yang berumur hanya 7 tahun. Aku ingatkan dia main-main bila dia kata dia nak jahit seluarnya yang koyak. Tapi selepas 30 minit dan dia bawak serta tunjukkan seluar tu pada aku, aku dah nak pengsan! Memang dia dah jahit seluar dia yang koyak! Gambar diatas menunjukkan Marina sedang menjahit baju untuk soft toy dia. Dan aku lihat hasilnya, masyAllah....ini kerja orang dewasa ni! Aku sendiri kalau benang tercabut, akan hantar baju tu ke kedai! Marina tekun buat kerja dia. Dia akan masuk bilik belakang, duduk kat meja dan siapkan "assignment" dia. Siap kunci pintu lagi! Malam ni pulak aku tak tahulah apa pulak dia nak buat!

Marina yang tangkap kat KLCC

Bila aku boring, aku akan bawak anak-anak ke KLCC. Bukannya pasal aku suka sangat dengan KLCC tapi nak kesana tak pernahnya aku melalui kesesakan jalanraya. Keluar dari rumah aja aku terus masuk ke "elevated highway" dan lepas 10 minit dah masuk ke dalam parking KLCC. Bukan ka senang namanya? Mana nak dapat kalau aku duduk kat tempat lain! Alhamdulillah walaupun rumah aku tak besar mana, aku selesa dan rumah aku terletak ditempat yang sangat strategik untuk kemana-mana. Err, by the way, aku tak pening kepala nak pikir "payment" yang besar-besar....alhamdulillah...Gambar kat atas tu Marina yang ambik. Waktu jalan kat kolam di KLCC Marina ternampak sekor kucing. Di kejarnya kucing tu sampai letih. Finally dapat jugak dia ambil gambar. Marina puassss! Aku pun puassss!

Aku berbincang dengan orang kuat.

Sewaktu kami dijemput untuk makan malam untuk meraikan kejayaan budak-budak bola VI yang menang semua perlawanan di Bali, niat aku cuma satu...nak jual para pemain bolasepak VI yang malangnya tidak dilihat dan tidak dipandang oleh pihak berwajib. Anak-anak ini adalah material yang boleh diketengahkan keperingkat antarabangsa bagi peringkat umur. Ramai yang dipanggil untuk menjalani latihan bagi pasukan kebangsaan bawah umur 15 tahun tetapi malangnya seorang pun pemain tak dipilih! Pemain-pemain lain yang dibawa oleh coach-coach lain yang kenal rapat dengan pihak pemilihan telah dipanggil untuk bermain di Piala Frenz tempohari. Aku bukannya jealous sebab anak aku tak terpilih tapi pemilihan haruslah dibuat berdasarkan "merit". Kalau abang tak bagus, tak baguslah dia....aku terima! Jadi pertemuan aku pada malam itu adalah untuk meluahkan perasaan para ibubapa pemain dan mencari jalan bagaimana nak mengetengahkan bakat anak-anak ini yang merupakan anak-anak "projek bolasepak" di VI. Anak-anak ini dipilih memasuki tingkatan satu dulu berdasarkan background dan kepakaran masing-masing bermain bolasepak selain daripada pelajaran yang cemerlang. Nah, maka dengan itu, aku melancarkan misi untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka diluar negara dengan perbelanjaan para ibubapa....Seperti yang aku nyatakan, selepas ini pertandingan bolasepak ini nanti akan menjadi lebih besar! Harapan aku agar pihak berwajib akan membuka mata dan memberi peluang kepada anak-anak ini untuk menyarung jersi kebangsaan berdasarkan "merit" dan bukannya berdasarkan "who you know!"



Harapan aku agar message aku sampai.

Pelbagai usaha sedang kami rancangkan dan kami utarakan pada malam itu. Gambar diatas menunjukkan aku sedang menyampaikan message aku kepada Dato' yang mendengar dengan kyusyuk lapuran aku. Selepas ini aku akan mengadap orang kuat KBS pulak untuk menyampaikan message yang sama. Aku nak bukan saja budak-budak "projek sukan bolasepak" di VI yang dipandang tetapi juga kesemua "raw talents" yang ada dimerata-rata pelosok negara seperti dikampung-kampung di Sabah, Sarawak, Perlis, Penang, Kelantan dan lain-lain diberikan perhatian! Aku harap agar usaha-usaha kami ini akan beroleh kejayaan! Wish me luck guys! Have a pleasant holiday!

Ahad, Januari 20, 2013

Yuya

Anak nombor 2 aku yang sekarang ni darjah 6 nama dia Kamal Ariffin Yuya. Kami panggil YUYA dan nama tu memang senang nak ingat! Ada sedikit nama campuran. Yuya ni sedikit "playful". Tapi kalau di monitor akan menghasilkan result yang sangat menakjubkan. Aku kata begitu bukan sebab dia anak aku. Tidak sama sekali. Dahulunya Yuya agak liat nak ke sekolah ugama yang jaraknya hanya 3 minit menunggang basikal. Banyak alasan yang diberikan. Homework tak buat. Ada jugak ponteng kadang-kala. Aku sibuk dan tak dapat mengikuti perkembangan Yuya selalu. Sedih.....Pelajaran disekolah tak berapa nak elok. Selalunya akan berada didalam lingkungan yang agak kebelakang. Lama aku berfikir. Meneliti buku-buku Yuya satu persatu....cuba mengingati apa-apa yang dah aku lupa. Alhamdulillah untuk pelajaran sekolah rendah, ingatan aku masih kuat lagi! Guru kelas Yuya cuba aku hubungi. Bertanya mengenai pelajaran Yuya dan aku dah dapat mengagak apa yang akan dijawab cikgu. Perlahan-lahan aku mengatur strategi. Pelajaran-pelajaran sekolah Yuya aku ikuti melalui internet yang aku google saban malam. Yang aku tak berapa paham aku cari dan cari sampailah aku paham. Tapi memandangkan aku yang mengajar malam-malam, Yuya agak lambat menangkap. Bila aku hubungi cikgu maths dia, cikgu maths offer untuk menunjukkan dan mengajar apa yang Yuya tak ingat. Aku usaha menghantar Yuya ke rumah cikgu sebanyak 2 kali dengan moto kesayangan aku, Shirley Davidson. Balik kerumah, YUYA kata dah paham. Aku ucapkan terimakasih kepada cikgu Wan Z.
Pelajaran disekolah ugama juga banyak tertinggal sebab latihan ko-ko disekolah selain daripada malas nak kesekolah ugama. Aku tension sendirian. Yang ini juga aku berusaha berjumpa guru-guru yang mengajar Yuya disekolah ugama. Depa explain kat aku apakah masalah Yuya. Bila balik ke rumah, aku melengung sendirian. Mencari idea bernas macamana aku nak positivekan Yuya. Perlahan-lahan aku bercakap dengan YUYA. Menceritakan betapa pentingnya pelajaran dan budak-budak lain semuanya berlumba-lumba. Aku buatkan jadual baru dan bgitahu Yuya yang aku akan personally monitor pelajaran dia. Yuya cemas!
Setiap malam dari jam 8 hingga ke 10 malam aku akan bersama-sama Yuya mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan dan sekolah ugama dah hampir tiba. Lagi dekat nak periksa, lagi banyak latihan aku bagi selain daripada kata-kata perangsang. Peperiksaan bermula dan aku nampak Yuya tekun mengulangkaji pelajaran mengikut jadual yang aku bagi. Setiap hari selepas habis peperiksaan, kami akan duduk berbual dan merangka apakah langkah seterusnya. Satu demi satu kertas peperiksaan dihabiskan. Setelah selesai peperiksaan akhir sekolah kebangsaan, peperiksaan sekolah ugama pula bermula. Sekali lagi aku lihat yang Yuya amat tekun kali ini.
Selesai sudah semua matapelajaran dan kini tibalah masa menunggu keputusan peperiksaan. Kali ini aku lihat Yuya agak resah menunggu keputusan dikeluarkan. Dia talipon kawan-kawan bertanyakan apakah agaknya yang mereka akan dapat nanti. Daris itu aku lihat Yuya telah mula menunjukkan minat. Susah hati menunggu keputusan merupakan satu petanda positive untuk aku. Setelah lama menunggu, aku diberitahu yang result akhir tahun dah pun keluar. Perlahan Yuya tunjukkan keputusan kat aku. Alhamdulillah tak ada yang merah! Aku lihat ada banyak peningkatan dalam setiap matapelajaran Yuya. Nombor didalam kelas juga telah melompat turun lebih kurang 20 anak tangga ke nombor 12! Selang beberapa hari, keputusan peperiksaan sekolah ugama pulak keluar. Yang ni aku tak berani nak cakap apa sebab memang subjek-subjek sekolah ugama, Yuya amat lemah. Tapi sebaliknya pulak telah berlaku. Yuya mendapat 6A dan 2B didalam peperiksaan sekolah ugama. Alhamdulillah syukur aku sekali lagi kepada Allah SWT.
Sebagai meraikan kejayaan kecil Yuya ini, aku tanya apa dia nak makan. Waktu aku balik dari kerja, Yuya cakap nak makan "steamboat" sebab dia tak pernah makan katanya. Kebetulan abang pun ada sama. Jadi malam tu kami semua ke restaurant steamboat di ampang. Depa pilih apa depa suka. Seronok aku tengok gelagat anak-anak. Kami semua berbangga dengan keputusan "kecil" Yuya ini. Ke dua-dua keputusan sekolah kebangsaan dan sekolah ugama Yuya, aku lekatkan di peti ais dirumah!

Selasa, Januari 15, 2013

Impossible Is Nothing (Part 5, The Final Chapter)

Pengalaman berada di Bali kali ini amatlah mengujakan. Apatah lagi dengan penganjuran parlawanan bolasepak 4 penjuru yang kali pertama aku aturkan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dan terimakasih pada semua yang terlibat dan begitu juga kepada keluarga terutamanya aunty yang banyak menyokong dengan mengekor aku dengan moto tatkala aku mengadakan meeting selepas Isyak kekadang sampai ke pukul 11 malam! Aku juga harus mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Pak Rai serta keluarga beliau yang banyak berkorban masa dan uang didalam pengelolaan bersama aku ini. Last but not least, para pemain dan ibubapa-ibubapa yang amat aku kasihi sekelian yang telah sama-sama menyokong idea yang pada asalnya hanyalah merupakan angan-angan kosong aku dan Pak Rai sahaja! And of course my good friend who is now the GM of Holiday Villa Bali, Hamidi Haron yang suatu ketika dulu bersama-sama aku bekerja di Renaissance Kuala Lumpur, Marriott Jakarta dan juga Marriott Hong Chiao, Shanghai!
Sewaktu aku di Bali juga aku ada text kepada salah sorang orang paling besar di KBS menyatakan bahawa anak-anak Malaysia yang tanpa bantuan dan dana telah berjaya menang semua perlawanan di Bali. Beliau menjawab text aku seperti kebiasaannya! Beliau menjemput aku ke perkahwinan anak perempuannya di Kiara dan seterusnya pertemuan susulan diatur lagi disebuah kedai mamak di Desa Pandan! Beliau mendengar cerita aku dengan kyusyuk dan memberi pelbagai cadangan yang sangat bernas untuk aku guna-pakai didalam penganjuran yang akan datang. InsyAllah penganjuran kali ke-2 akan menjadi lebih besar. Aku dicadangkan membawa bersama pasukan "beach soccer" dan juga "futsal" ke Bali pada bulan Disember nanti. Masih lagi berpaksikan kepada pendedahan kepada anak-anak ke dua-dua negara! Terimakasih Datuk Seri!
Masih lagi berpegang kepada topik yang sama seperti diatas, tapi kali ni aku nak menceritakan sedikit tentang keinginan aku pada tahun 2013 ni. Aku ada terlihat sebuah buku di MPH yang bertajuk "100 Things To Do Before I Die!". Dari situ aku terpanggil untuk membuat resolusi aku sendiri. Pertamanya, aku nak masuk "marathon". Aku ada war-warkan didalam FB alumni dan satu cadangan telah masuk dengan pantasnya yakni "MAKNA RUN 2013". Aku kaget dan terus mencari. Ini adalah merupakan larian marathon 7km (untuk aku) yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang Kanser selain membantu pesakit tersebut. Hmm, satu idea yang sangat baik untuk aku masukkan didalam list "100 Things....." aku tadi tu. Nah, makanya sekarang ini aku sedang bertungkus lumus membuat latihan di Celebrity Fitness, Bangsar Village, 4 X seminggu selama sejam setiap sesi, pada pukul 7.30 pagi! Apa lagi yang mampu aku buat untuk membantu mereka? Jadi dengan itu, kepada sesiapa yang mahu turut serta, bolehlah kita berlatih bersama-sama dan memberi kata-kata semangat sesama sendiri agar kita dapat menghabiskan marathon 7km itu pada 31hb March nanti bertempat di Padang Merbuk! Jumpa disana!
Salah satu perkara yang termasuk didalam 100 perkara yang aku nak buat tu ialah backpacking ke Nepal/Tibet. Dapat dalam masa 2-3 minggu pun cukuplah. I think it's going to be fun and adventureous enough for me! Fuyoo.....last week aku terbaca satu artikel yang menceritakan perihal pengembaraan seorang anak muda dari Malaysia ke Laos/Cambodia dengan cara backpacking. Sesampainya beliau kesana, beliau telah bertemu beberapa orang lagi "backpackers". Mereka bersatu, mengumpulkan wang sedikit dan membantu membina sekolah (kalau tak salah aku). MasyAllah mulianya hati anak muda ini (dan rakan-rakan lain dari seluruh dunia!). Tak perlu kita menoleh ke luar negara untuk membantu. Lihat sekeliling kita. Masih ramai yang merempat. Mulakan dengan masyarakat sekeliling atau sekurang-kurangnya sedikit bantuan ke sekolah agama anak-anak kita agar dapat membantu membayar bil elektrik ataupun apa-apa saja bil sekolah tersebut. Anggaplah ia sebagai sedekah yang paling ikhlas walaupun jumlahnya kecil....
Tipulah kalau aku kata aku tak teringin nak bermotor besar. 500cc pun jadilah! Itu pun tertulis didalam senarai 100 aku. Hahahahahaha...Tapi kalau aku tunggang motor 500cc tapi tak ada lesen motor besar tak gunalah jugak. Makanya, langkah pertama aku untuk bermotor besar ialah mendapatkan lesen dulu pada tahun ini! Fuyoo...banyaknya! Jadi, jika anda yang membaca juga ada mempunyai perancangan seperti aku, marilah kita berkongsi. Mungkin ada orang lain yang sudah ber"marathon" bertahun-tahun, bolehlah mengajar aku manakala apa yang aku tahu pulak, akan aku kongsi dengan yang berminat! Have a pleasant week ahead people!

Jumaat, Januari 11, 2013

Puas Hati...Amekaw!

Puas hati aku! Amekaw......terimaksih kepada penyumbang-penyumbang yang tak kering gusi membantu aku nak uploadkan gambar-gambar balik. Padan muka...dapat juga akhirnya..."Hidup Aku Kembali Ceria!". Thanks all for your advices

Geram Tak Sudah!

Salam rakan-rakan pembaca yang selalu dok mengikut cerita-cerita merepet saya ni. Sudah 45 kali saya cuba uploadkan gambar tapi tak berhasil. Makanya saya rasa yang cerita saya akan jadi kurang "rencah" tanpa gambar-gambar menarik! Dengan itu, kepada semua bijak-pandai yang diluar sana yang telah dan sedang melalui masalah yang sama, sila "guide" saya agar hidup saya kembali ceria!

Rabu, Januari 02, 2013

Impossible Is Nothing (Part 4)

Players nak ke stadium.

Hari ke-2 kejohanan menampakkan para pemain tambah serasi. Ada 2 perlawanan menanti mereka. Perlawanan pertama, aku mendapat special request dari Persatuan Sepakbola Bali untuk meletakkan pemain-pemain bawah 16 tahun untuk menentang pasukan VI bawah 14 tahun. Ini merupakan pasukan bawah 16 tahun terbaik mereka. Perlawanan berlangsung sengit dan diakhir perlawanan, VI menang dengan jaringan tipis 1-0! Manakala diwaktu anak-anak sedang berehat, bapak-bapak pulak yang masuk ke padang untuk bermain. Pasukan kami cuma ada 8 orang bapak dan 3 lagi dipinjam dari Ubud termasuklah Pak Rai yang masuk dalam team kami! Aku tak berani nak main sebab takut belakang aku "terpeleot". Jadi tugas aku cuma tengok dan sorak dari tepi padang.....hahahahaha...at least aku ada jugak sumbangan berharga untuk pasukan!


Menunggu bas selepas sarapan.

Ini muka-muka para pemain selepas bersarapan. Masih ngantuk tapi dah tak sabar nak ke stadium. Dengan semangat yang membara, letaklah mana-mana pasukan pun, pasti kena baham dengan depa! Semangat juang yang tinggi ini aku cuba sulami dengan pelbagai lagi informasi tentang bolasepak. Sebagaimana anak-anak di Jepun, apabila mereka di recruit ke dalam pasukan J-League Junior, mereka bukan saja disajikan dengan latihan-latihan bolasepak semata-mata tetapi juga disulami dengan classroom sessions yang merangkumi pemakanan seimbang, cara-cara untuk lebih bertenaga apabila tiba kejohanan, masalah bookie, rasuah, bagaimana caranya untuk mendapat perhatian daripada pencari-pencari bakat baru (talent scout), avoiding injuries dan juga diselitkan soal kebajikan masyarakat setempat sebagai contoh apabila pemain-pemain meningkat usia, apakah cara mereka untuk mendapatkan pemain baru untuk menggantikan mereka dan "transfer"kan pengetahuan bolasepak kepada peringkat umur yang lebih rendah! Semuanya terkandung didalam syllabus J-League! Hebat sekali dan kalau ia berjaya menghasilkan pemain-pemain baru yang lebih handal, kenapa kita tidak meniru?

Panaskan badan sebelum main.

Kelmarin merupakan hari pendaftaran anak-anak ini kembali ke asrama bolasepak mereka. Selesai sahaja taklimat daripada guru-guru dan para jurulatih, aku terus mengadakan perjumpaan secara ad-hoc. Perjumpaan tersebut adalah semata-mata untuk merangka program akademik dan sukan anak-anak kami. Semuanya ini dilakukan oleh para ibubapa pemain-pemain sendiri. Pada penggal persekolahan terakhir tahun lalu, pemain-pemain bolasepak telah mengikuti kelas tambahan setiap hari sebelum turun menjalanai latihan bolasepak. Alhamdulillah, apabila disemak, ternyata kesemua guru-guru agak terkejut dengan perkembangan akademik anak masing-masing. Oleh kerana program kelas tambahan itu telah berlangsung dengan jayanya, kami para ibubapa, sepakat untuk menyambungnya pada tahun ini juga sehinggalah mereka selesai PMR nanti. Untuk para pemain juga, kami ibubapa telah bersepakat menetapkan bahawa anak-anak yang mendapat sekurang-kurangnya 3A didalam peperiksaan ujian PMR sahaja yang akan dibawa ke Bali untuk kejohanan bolasepak pada bulan Disember nanti. Ini terpaksa dilakukan supaya anak-anak ini mempunyai matlamat. Bukan hanya setakat bermain bolasepak, akademik juga perlu cemerlang!
 
Pak Rai menerima cenderahati dari Coach Sam.

Manakala ketika aku berhubung dengan Pak Rai di Bali melalui sms, beliau agak sibuk sekarang ini kerana pemain-pemain bolasepak dibawah umur 12 dan 14 tahun Ubud sedang mengharungi kejohanan bolasepak besar di Bali. Aku berharap dan berdoa agar pasukan Pak Rai beroleh kejayaan.
 
Aunty sempat belajar menari Bali!

Dalam pada itu, sewaktu kami semua sibuk dengan aktiviti di Bali, aku sempat membuat tempahan untuk Aunty belajar menari Bali. Aku lihat Aunty sangat berminat dan sangat berbakat. Apabila Aunty menyatakan hasrat untuk belajar sewaktu di Bali, aku segera berhubung dengan Pak Rai dan membuat tempahan guru tarian untuk datang ke hotel dan mengajar Aunty selama 2 jam. Alhamdulillah sehingga kesaat ini masih belum ada kejadian pelik-pelik lagi berlaku di rumah. Risau jugak kalau-kalau apabila terbangun tengah-tengah malam, tiba-tiba aku nampak Aunty dok menari atas katil sorang-sorang! Mahu pengsan aku dibuatnya! Hahahahahaha......

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...