Khamis, Mac 29, 2012

Curry Land Part 4

Hahahahahah....aku nak pi jalan lagi ni....macam aku banyak duit dan macam biasalah aku pi jalan selalunya sorang-sorang....Kalau aku ada masa aku akan update blog dari destinasi terbaru aku. Eh aku bukannya kerja dengan Travel Agent ataupun Travel Log Air Asia yang selalu dok keluar makan angin tu...hahahahahah

Hyde Park

Gambar kat atas tu mengingatkan aku kat rumah lama arwah nenek aku kat Kuala Kedah dulu. Tepi rumah tu ada kolam dan pagi dan petang akan ada banyak itik berjalan lenggang kat situ. Aku suka tengok depa berjalan. Comeyy sangat! Bila aku kat Bali, aku tengok lagilah banyak itik ni berkeliaran sampaikan ada restaurant yang menggunakan nama itik ni kat restaurant depa, "Bebek Di Tepi Sawah" dan sangat masyhur hinggakan para pembesar negara Indonesia juga mengunjungi restaurant ini.

Marble Arch

Susunan bunga-bunga yang sangat menarik perhatian aku terutamanya pada musim spring. Sewaktu aku di bandaraya Geneva, susunan bunga cantik seperti ini dhiaskan di "jam besar" dan ini menjadi tumpuan masyarakat seluruh dunia! Ishh, kita kan banyak bunga....awat tak buat lagu tu? Atau mungkin aku terlepas pandang. Jadi kalau sapa-sapa pernah tengok susunan dan hiasan seperti diatas di mana-mana bandar di Malaysia, bagitahulah kat aku. Teringin aku nak ambik gambar untuk tatapan semua!

Oxford Street

Lelaki ni berdiri diatas tong ditepi jalan yang sangat sibuk. Laluan jutaan pelancong asing. Dia jugak menjadi ikon dan merupakan daya tarikan bilamana beratus-ratus pelancong akan berhenti untuk mengambil gambar ataupun bergambar dengan dia. Setiap permintaan untuk bergambar akan dituruti. Ucapan terimakasih dengan gerak badan menarik membuatkan pelancong terhibur dan bertepuk tangan. Malangnya seorang "Mime Artist" (betoi ka aku tulis MA ni, atau ada nama lain?), telah ditangkap dan dihalau dari laluan pejalan kaki di bukit bintang. Budak lelaki yang berasal dari ipoh itu mencari rezeki dengan cara tersendiri. Kalau aku, aku akan masukkan dalam kalendar pelancongan dan aku akan galakkan ramai lagi artist seperti ini untuk beraksi di bukit bintang berhadapan dengan maybank dan aku akan lakukan promosi besar-besaran untuk adik-adik sebegini.....

Piccadilly

Bila bas berhenti, aku tertarik pada budak lelaki ni yang sebenarnya melepaskan lelah setelah melakukan kerja-kerja pembaikan bangunan. Cuaca sekitar 20C membuatkan dia terlena sebentar sementara orang ramai teruja dan mengambil gambar dia. Bangunan hebat seperti ini mengingatkan aku pada Italy. Sebuah negara penuh sejarah dan muzium hebat yang pernah aku lawati sewaktu cuti musim Easter dulu.



One of the cafes

Aku sangat meminati cafe-cafe kecik macam ni. Disulami dengan cuaca yang baik, menikmati sarapan pagi ataupun makan tengahari sangatlah mengasyikkan. Aku suka tempat-tempat sebegini bilamana tetamunya berpakaian kemas dan diberikan proper service. Sepertimana yang aku cakap dulu, sewaktu aku di Paris, aku pernah beratur panjang semata-mata untuk masuk ke "Cafe de la Paix" yang sangat femesz tu. Aku tak makan banyak. Cuma black coffee dicicah dengan croissant segar! OMG...awesome sambil menikmati keindahan pemandangan dan juga pejalan kaki yang menggayakan pelbagai fashion musim bunga!


Westminster

Setiap kali aku lihat gambar ni entah kenapa aku teringatkan cerita "Harry Porter". Hiasan tiang lama dan signage yang dijaga rapi menjadikan ia sebagai suatu tarikan tersendiri.....tangga menuju ke lantai bawah sangat "mysterious" bagi aku untuk diterokai. Apalagi jika ia merupakan jalan menuju ke lorong-lorong belakang London zaman dahulu kala.....my next visit, aku akan cuba mencuri waktu untuk menyusuri jalan yang pernah dilaui oleh "Jack the Ripper!"

Menarik

Aku melalui jalan ini yang mengingatkan aku kepada perbualan aku dengan salah seorang bekas perisik. Waktu itu aku bersama beliau sedang menaiki taxi untuk ke "Fortnum and Mason" untuk makan tengahari. Didalam taxi itu, mat salleh pemandu bertanya kepada partner aku tadi apakah kerja dia, lantas dia menjawab "I'm a spy" dengan jujur. Aku kaget melihatkan keterbukaan dia menjawab soalan tadi. Pemandu taxi melihat berkali-kali decermin pandang belakang untuk melihat samada partner aku berjenaka ataupun tidak. Pemandu taxi bertanya apa tugas beliau dan dia menjawab "i'm like james bond!". Pemandu taxi bertanya samada kami mahu melawat Ian Fleming ataupun tidak dan mencadangkan satu kedai yang pemesz dengan "spy gadget" di tengah-tengah bandaraya london! Hahahahahahah.....

London Tour Bus

Aku menaiki bus untuk melihat tempat-tempat menarik di London. Berharga 27 pound untuk seharian suntuk, aku rasa berbaloi! Aku menggunakan earphone untuk mendengar penerangan didalam bahasa inggeris. Namun excitement aku terganggu angkara perbualan kuat 2 orang lelaki di sebelah aku. Depa duduk disebelah kanan aku dan perbualan depa diikuti dengan deraian ketawa manyakitkan hati aku. Teringin untuk menegur tapi tatkala melihat lengan depa yang sebesar peha aku, niat aku terbantut! Yang berbaju orange mempunyai tattoo memenuhi tangan kiri. Ini tambah melemahkan semangat aku untuk menegur. Sekali-sekala depa berpaling kearah aku dan aku senyum tengok depa. Lengan bertattoo semacam ni mengingatkan aku pada waktu aku giat bermain rugby untuk Royal Selangor Club didalam kejohanan Cobra 10's sekitar awal tahun 90 an. Menentang pasukan club dari NZ membuatkan aku bersemangat untuk bermain mati-matian. Waktu itu posisi aku sebagai pemain fullback. Tendangan bola tinggi "up and under" daripada pasukan lawan akan membuatkan lutut aku goyang untuk menangkap bola. Sesampainya bola ketangan aku, rempuhan maha dahsyat daripada fullback depa membuatkan ingatan aku hilang sementara! Hahahahahah...

Alright people, aku akan sekali lagi ke luar negara besok pagi dan jika berkesempatan, aku akan laporkan cerita terbaru dari sana. Atau mungkin juga aku akan bercerita tentang london lagi! Doakan kesihatan aku semoga segala tugasan dapat dilakukan dengan lancar. InsyAllah....till then, good night people!

Sabtu, Mac 24, 2012

Curry Land Part 3

Beautiful cherry blossom..

Trip aku yang ini amatlah bermakna. Selain daripada dapat menjejakkan kaki aku kali pertama di pekan kecik ni, aku jugak dapat bertemu semula kawan lama aku yang dah lebih dari 10 tahun aku tak jumpa. Bercerita sakan kami pasal zaman sekolah rendah yang mana Matt London ni merupakan Head Boy di sekolah rendah Banda Hilir, Melaka tahun 1979 manakala aku pulak take over position dia pada tahun 1980 sebelum aku ke Alor Setar. Coincidently kami sama-sama dapat masuk SDAR but obviously Matt merupakan senior aku setahun. Kami sama-sama dalam pasukan olahraga sekolah, kami sama-sama satu block yakni Bendahara, kami sama-sama satu bilik at one time dan kami sama-sama amat passionate dengan rugby dan bermain dalam satu pasukan waktu disekolah dulu. Sudah pastilah pertemuan dengan Matt London di London amat-amat memberi makna untuk aku. Aku akan sentiasa "cherish" pertemuan dan persahabatan kami ini. Matt dah ada 2 orang anak dan telah pun membuat keputusan untuk menetap di London selama-lamanya memandangkan anak-anak dia pun dah sekolah kat sini (kalau nak datang london dan perlu tempat penginapan dan lain-lain, Matt is at your service! Hahahahah)....sama macam sorang pengusaha restaurant Malaysia yang terkenal yakni Tok Din yang dah 31 tahun menetap di London. TD berasal dari Kancut, Alor Setar tapi dilahirkan dan membesar di Kampung Kastam, Gelugor,Penang. Datang ke London 31 tahun dulu untuk belajar Accountaccy tapi menukar haluan sebagai tukang masak. Sekarang merupakan pengusaha tersohor disini. Aku berkesempatan makan 2 kali kat sini dan ternyata Restaurant Tok Din sentiasa penuh dan aku terpaksa buat booking untuk dinner. Available time for me was only at 9.30pm. TD tutup pukul 10.30 malam tapi tetamu Mat Salleh berduyun-duyun datang....well done TD!



Souvenir shop

Aku jadi "pig crazy" (direct translation = gila babi. Hahahahahah) bila tengok kedai souvenir kat sini. Semuanya menggoda nafsu remaja aku. Tapi aku sabar....bak kata aunty kat aku selalu, "sabarlah sikiiiit!". Dia tahu aku jenis tak sabar. Kalau aku nak, aku akan usaha sampai dapat. Dan jugak aku mahukan sesuatu tu dengan cepat. Kebaikan daripada sikap aku ni ialah, usaha yang keras untuk mendapatkan sesuatu sehingga aku berjaya. Sebagai contohnya kerja haruslah sempurna dan aku akan pastikan yang semuanya ditahap terbaik untuk aku, guests aku dan associates aku semuanya. Manakala sikap aku nakkan result yang cepat pulak, kebaikannya ialah aku tak suka delay dan aku nak tengok result. Tak kira baik atau buruk...kalau baik, aku akan usahakan yang lebih baik lagi manakala kalau result tak baik, aku akan cari jalan penyelesaian. Tapi aunty cukup marah dengan aku bila aku tak sabar....katanya banyak buruk dari baik...tu pasal dia selalu pesan kat aku, "sabarlah sikit...!@#$%^&*". Hahahahahahahah.....(gelak galak ni, ataupun orang kedah kata, gelak chaih!). Anyway, macam tulah kerja aku. Kerja dihotel mahupun ketika aku menjaga pembesar-pembesar negara, semua nya perlu dilakukan dengan cepat. Aku bernasib baik kerana boleh melakukan "split second decision" dan itulah kelebihan aku walaupun tak semua decision itu berpihak kepada aku. Bottom line is, the job gets done dan tetamu aku dapat result yang baik. Tapi ada jugak beberapa kali decision aku bercanggah. Oleh itu aku akan cepat-cepat bertukar arah tanpa tetamu aku tahu macamana aku berusaha untuk memenuhi permintaan depa. Selalu aku bercerita yang aku ni umpama itik yang dok berenang kat River Thames (kalau ada), yakni, diatas permukaan air nampak tenang tapi kaki di dalam air tu bergoyang atau kelam-kabut bagai nak gila. Pokok pangkalnya walaupun aku jadi kelam-kabut, tetamu aku tak perlu tahu.....hahahahahahah.....muka mesti tenang dan confident. Aku tak menipu tapi aku berusaha walaupun banyak ranjau dalam memenuhi kehendak semua orang...Nah...oleh itu, aku akan selalu mahukan jawapan yang cepat dan kemahuan aku  (dengan cara yang diredhai) haruslah dipenuhi! Boss lama aku dulu yakni Marc Cosyns yang sekarang ni GM di Lisbon Marriott (boleh google nama ni) dalam appraisal untuk aku ada menulis bahawa aku seorang yang "bekerja keras" dan sangat "bullish" dalam memperjuangkan kebenaran mengikut peraturan...tak ada kona-kona budak ni...(dia lah kata...hahahahah) 
 
Bayswater, I stayed at the end corner!

Bangunan-bangunan sini masih di kekalkan dengan bentuk asal. Facade tak boleh diubah dan kalau diubah, kita akan disaman. Saman pulak bukan "kecik anak @ small kid" (direct translation lagi ni...tu yang ZAABA marah kat aku...hahahahah). Meletup-letup kalau kena. Therefore, bangunan depa berusia beratus-ratus tahun! Kalau kita, selagi boleh runtuh dan bina kondominium, undang-undang pun boleh diketepikan....something is really not right somewhere. This is a personal opinion...tengok sajalah Pudu Jail mahupun sekolah di Bukit Bintang dulu tu....oh mann....these are buildings yang boleh dimasukkan didalam kategori "heritage" dan harus dipelihara dan dimasukkan didalam peta pelancongan sebagai monument ataupun bangunan warisan yang harus dilawati setiap kali melancong ke Malaysia. Something "not to be missed" ataupun "10 places, a must visit" dan disiapkan dengan tourist guide @ guided tour".


Palace of Henry VIII. Awesome!

Ini merupakan tempat penginapan Henry VIII beratus-ratus tahun dulu. Masih dikekalkan dengan bentuk asal walaupun beberapa tahun lalu dah terbakar! Memerlukan satu hari untuk pusing habis. Aku pusing tak habis....tapi puas dapat tengok bilik beradu, bilik baca, jamban tong dia dll...hahahahahahah....aku suka...pasal tu aku suka ke istana Johor yang ada muzium tu sebab muzium tu ada bilik meeting dan bilik tidur....serta kaki harimau yang dikeraskan dan dijadikan ash tray!"?. well done for preserving the heritage!


Senjata yang diguna pakai beratus tahun dulu..

Yang kat atas tu aku ingatkan apa, rupanya tombak, senapang dan pistol yang disusun rapi. Cantik dan patut dijadikan panduan oleh muzium-muzium kita di Malaysia. Jugak disertakan dengan cerita-cerita menarik pasal senjata-senjata tu semua. Kelebihan depa. Henry VIII ni ada 6 isteri. Ada yang mati, ada yang kena penggal kepala (pasal infidelity yakni isterinya menduakan dia dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain...err...pada pasangan-pasangan kita, janganlah buat lagu tu! Aku berdoa sangat-sangat sebab aku pasti parut sakitnya dikhianati itu sangat besar dan effectnya akan sampai ke mati!!!)


Melakonkan satu babak!


Aina from Tandop Aloq Setaq taking order

2 kali aku makan kat Jom Makan. Location yang tersangat baik. Mesti berjuta-juta dibelanjakan. Restaurant yang simple tapi exclusive, tatarias yang ringkas dll. My prediction is, "What A Waste!".  Semalam siang sewaktu aku lalu kat Trafalgar Square at about 1pm, aku tengok tempat tu kosong....then malam pulak sewaktu aku ke Del Aziz di Westfield for dinner, sengaja aku melepak kat small piazza yang ada kat depan Jom Makan. Ternyata kosong kalau nak dibandingkan dengan Wagamama ataupun Meat Restaurant. Restaurant lain yang sederet dengan JM penuh tetamu sampai kat luar. Aku tak tahu sapa punya restaurant ni dan sapa punya projek. Tapi aku pasti yang projek ni menelan belanja yang besar dan aku rasa projek ni mempunyai masalah! Walaubagaimanapun ini hanyalah pandangan peribadi aku yang tak sekolah ni. Do not quote me on this!


Bought a book here

Aku selalu lalu kat depan kedai ni di Notting Hill dan ada sekali tu aku berhenti dan beli sebuah buku kat sini. Collection yang melimpah-ruah dan tajuk-tajuk yang sangat menarik perhatian. Kedai ni disyorkan oleh salah seorang bekas pembesar negara. Aku cuba masuk dan lihat koleksinya dan ternyata aku tak hampa. Lepas beli, aku melepak pulak diluar kedai kopi sebelah Daunt tu yang menjual pizza. Minum hot chocolate di luar sambil membaca buku pada suhu 19C-20C adalah "heaven" untuk aku. Terasa macam aku minum kopi dan membaca novel di "Cafe de la Paix" di Paris dulu......Allahuakbar....rezeki yang Allah bagi kat aku la ni sangat besar nikmatnya.....aku tak kaya wang ringgit tapi alhamdulillah aku bersyukur....Have a pleasant and productive weekend people........

Khamis, Mac 22, 2012

Curry Land Part 2

Gimmick yang sangat menarik perhatian aku

Amboi banyak sungguh barang-barang yang ada kat tempat ni. Nasib baik hujan dan aku jadi sejuk-gedi...kalau tak, dah pasti aku akan mengganas. Tengoklah gambar kat atas tu. Mesin jahit lama depa susun elok-elok pun cantik bila depa display lagu tu. Tak teringat pulak nak buat macam tu masa aku pakai mesin singer yang kena goyang-goyang dengan kaki tu!

Aku pun join depa beli payung sama!

Mula-mula aku sampai dah mula hujan. Aku ingat aku water-proof, rupa-rupanya tidak....yang tu dulu masa muda remaja...hahahahahahah...la ni dah lenguh sikit...aku lupa! Julin mata aku cari kat mana depa beli payung. Last-last aku jumpa kedai souvenir yang jual payung harga souvenir! But since aku mai nak cari souvenir, aku pun bayar lah harga souvenir...hahahahahah

Makanan, sayuran yang sangat fresh...

Tempat-tempat yang macam ni bila aku lalu aku mesti teringat masa kat Florence, Italy dulu. Di luar bilik aku tinggal tu ada pasar pagi yang macam ni dan depa susun sayur-sayuran pelbagai warna kat dalam tong kayu. Sangat cantik dan menaikkan nafsu aku...hahahahah....lalu saja dan tengok tak beli sayur apa pun sebab kalau aku beli, aku nak masak kat mana?

Bola rugby kulit style lama pon ada!

Gerai ni aku suka sebab dia ada banyak alat-alat sukan gaya medieval! In fact kalau tengok betul-betul ada pulak bola rugby ala-ala tahun 1886 zaman Jack The Ripper dulu. Nanti this weekend kalau aku lalu kat situ dan kalau harga mengikut kata aku, aku beli 7 buah! Beli 1 tak guna sebab nanti tendang masuk rumah sebelah!


Macam Jonkers Street, Melaka..

Aku pun suka tengok bangunan-bangunan kat sini. Aku berhenti dan ambik gambar sebab bangunan kat situ cantik dihias dengan pokok bunga dan dinding yang dicat pelbagai kaler. 10 minit jugak aku dok belek bangunan dan ambik gambar. Bila aku pusin belakang, ada lagi 5 orang dok ambik gambar yang sama macam aku dengan tanpa tujuan dan tanpa halatuju....sama jugak dengan aku...hahahahahah


Warna-warni yang meriah

Ada banyak kedai makan, kedai minum, kedai antik dan yang paling menarik perhatian aku ialah kedai souvenir, susunan yang bijak memang memeningkan kepala aku pada apa yang aku nak beli. Depa ni jahat sungguh! Maklumlah depa tahu aku memang "banyak duit!!!". Pelbagai bangsa ada kat sini...china, arab, india, portugis, eropah timur dan tak kurang locals....err, selain daripada melayu sorang (yang dok pi balik...pi balik...tanpa tujuan dan matlamat!)

Sangat professional

Sedap depa ni main muzik. Suara pun sedap jugak. Siap boleh request lagi...pasai apa budak-budak Music School kita tak buat lagu ni? Mungkin bukan "culture" kita selain daripada takut kena perambat! Tapi aku rasa kalau depa berani, semua pengalaman ni akan meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan audience!

Accapella from music school boys! Insane!

Itulah yang aku kata tadi, budak-budak ni dari satu famous school kat london dan depa menyanyi ala-ala "Manhattan Transfer". Sedap dan jalinan suara yang harmoni membuatkan depa dikerumuni oleh ratusan pengunjung...kalau masuk "British Got Talent" ni anytime boleh menang!

So people, tunggu lagi cerita aku dari pekan kecik bernama London! Keep on reading people!



Rabu, Mac 21, 2012

Curry land Part1

Salam semua. Beberapa hari ni aku jadi ter"busy" buatan sendiri disebabkan aku sedang berada ditempat baru. Selalunya macam tu lah. Will take a bit of time to acclimatise...hahahahahah. Aku datang sini tanggal 15 jadi aku bagitahu kat kawan aku si Matt London ni yang aku akan sampai epot tanggal 16....yang sebenarnya aku sampai sini on the same day pasal time kat sini dibelakang kl sebanyak 8 jam! Adoi...apa nak jadi dengan aku ni? Aku ada cerita dulu-dulu yang aku ada sorang kawan lama yang aku dan rakan-rakan lain panggil "Matt London". Kami panggil nama tu sebab Matt mempunyai fashion taste yang lain daripada lain pada zaman tu...(awal 80-an). Taste Matt sentiasa up to date....zaman-zaman Sex Pistol (nama band ni ya...) dll yang sewaktu dengannya, termasuklah U2 etc.
student baru sampai....

Sesampainya aku ke Heathrow selepas naik kapalterbang selama 13 jam dan habis 7 movies aku tengok tanpa pejam mata, pakai jacket, capai beg galas yang aku pinjam dari Yuya, menapak ke immigration untuk check passport. Banyak dia tanya kat aku. Aku jawab soalan objektif dengan menandakan "semua yang diatas!". Hahahahah...clear....bila dah keluar aku minum kat COSTA sat. It seems that COSTA is the best cafe in london comparing to starbucks! Menjadi permintaan ramai orang, tua, muda, miskin dan kaya. Terus menuju ke kereta yang menunggu dan aku terus ke hotel. Somewhere at Bayswater dan sebelah dengan Hyde Park dan Notting Hill. Satu jalan ke Oxford Street dan short walking distance ke Marble Arch.

matt london...sah2 perosak diet aku!

Esok pagi Matt dah buat gila datang ke hotel jumpa aku dan kami sama-sama melantak nasi lemak kat malaysian hall...mak aii...aku nak diet lah!!!!!! Tolong......lepas makan, aku bergegas ke Whiteley sebab ada meeting tak rasmi kat situ. Dekat sangat dengan tempat aku. Naik ke tingkat 3 dan sementara menunggu, aku minum kat starbucks pulak...aku pusing satu bangunan cari Pelita tapi tak jumpa!

bas nak ke ampang/kpg pandan

Petang-petang sikit bila agak-agak dah nak malam, aku pelan-pelan menapak ke Holland Park area untuk perjumpaan tak rasmi seterusnya. Banyak yang dibincangkan. Lepas 1 jam kalau tak salah aku, Matt datang jemput aku untuk dibawak balik ke hotel. Aku rasa kalau aku balik sorang-sorang mungkin esoknya aku dah ada kat Cardiff! Hahahahahahah.....walhal jalan kaki dari Holland Park ke Bayswater melalui Notting Hill (remember the movie by the same title?) cuma mengambil masa selama 25 minit saja. Senang dan sedap sebab temperature berada didalam lingkungan 15C. Matahari memancar-mancar pada waktu siangnya!


hujan la pulak...

Aku ke Portobello Market pada hari Sabtu pagi sebelum ada satu lagi meeting pada petang harinya. Hujan lah pulak....aku kena cari souvenir untuk anak-anak dulu...aku punya tak pa sebab aku tak penting...tsk...tsk...Panjangnya adalah dalam lebih kurang 2-3 kilometer. Habis aku pusing sampai kepala aku sendiri pun pusing...hahahahahah....beli satu jadi dua...beli dua jadi tiga...pergh...tak boleh jadi ni...

tempat gila....rambang mata street!

Kedai-kedai sepanjang jalan diwarnakan dengan warna-warna yang menarik sampai aku jadi kelabu mata...semuanya aku nak masuk. Pergh...happening.....happening......ok esok insyallah aku akan sambung lagi....aku nak keluar sekejap ya...ambik angin....ok people...till then.....pleasant week ahead ya!

Rabu, Mac 14, 2012

Will be away!







Kepada semua sahabat-sahabat serta adik-adik yang membaca blog aku, aku nak bagitahu yang aku akan bertolak ke pekan kecik bernama london esok pagi. Dah tentu aku akan ada banyak bahan-bahan yang akan aku ceritakan nanti termasuklah pertemuan aku dengan sahabat lama aku yakni senior aku setahun semasa aku di SDAR dulu yang sekarang ni sedang dirancang!

Kepada anak-anak aku yang tersayang Azumi, Yuya dan Marina, jangan gaduh-gaduh....Papa cuma memenuhi tuntutan Wayne Rooney yang teringin sangat nak jumpa Papa sambil makan asam pedas kat tepi sungai Thames.....pada sahabat baik, teman setia dan isteri aku aunty, take care of our kids, pray for my safety and be good always! Love you alz...

Keep on reading people! Curryland...here I come! Hahahahahaha...

Khamis, Mac 08, 2012

Pak Ya Chinese Muslim Restaurant/Happy Birthday Wakana!

Aku personally recommend this place!

Dah lama kami dok mencari a good and reasonable Chinese Muslim Food yang ada berdekatan dengan kediaman kami. Dulu kedai Pak Ya ni merupakan kedai mamak yang tak laku. Kemudian bertukar tangan ke kedai makanan melayu yang jugak tak laku. Tapi bila diambil alih oleh Pak Ya, kedai makan ni jadi laku pulak! Nah...maknanya bukanlah pasal tempat tu tak dak "fung shui" ataupun tempat tu "dikelabui" oleh orang lain, tapi semata-mata makanan depa sebelum ni ternyata tak sedap! As simple as that.....itu yang aku selalu dok kata dulu. Jangan salahkan orang lain lagi.....cari kelemahan diri sendiri dulu barulah menuding! Pak Ya ni merupakan seorang convert yang masih muda. Isteri Pak Ya, kalau kat sini aku akan panggil Mak Ya, berasal dari negara China. Bermastautin di Malaysia membantu suami tercinta, bertungkus-lumus melaksanakan perniagaan makanan. 2 minggu lepas sewaktu minum kopi dengan kawan lama aku, aku terbukak cerita yang aku pi makan kat kedai Pak Ya. Kawan aku garu dahi dia yang luas sejauh mata memandang tu sambil tanya aku pasal Pak Ya. Aku tanya dia balik pasal apa tanya banyak soalan pasal Pak Ya? Dia jawab, dah lama dia cari Pak Ya. Kedai lama Pak Ya ditutup dan ada notis yang depa berpindah tapi malangnya lokasi tak diketahui! Tapi sekarang dia kata dia dah tahu kat mana Pak Ya menghilangkan diri dan kedai makan Pak Ya akan menjadi tempat persinggahan dia malam tu jugak. Aku ucapkan selamat menjamu selera kat kawan aku ni lepas dia tak jadi order tosey sebab katanya nak simpan perut untuk makan malam dengan Pak Ya! Hahahahahah...

Birthday girl dengan "dayang"

Aku kesana pasal aunty menyambut hari ulang tahun yang ke 44. Sama macam aku. Aunty muda dari aku almost one month. Pasal dia muda dari aku selama sebulan, makanya kami sama-sama nampak muda! (statement yang sungguh tak "gel") Hahahahahahah. Banyak jugak kami order sebab semua orang ada. Kami 5 beranak dan aku tahu abang dan yuya suka makan chinese food. Untuk aku, cukuplah sepinggan "kecik" char kway teow! Pssst...lepas tu tangan aku yang paling panjang menjalar ke pinggan orang lain! Hahahahahah.....

Marina dok "usyar" minuman sebelah!

Marina minum air grape. Rasanya sama macam air FANTA. Dia suka. Aku pun suka. Marina la ni sangat petah bercakap. Aku jadi letih melayan dia cakap. Dari aku balik kerja pukul 6.30pm sampailah waktu dia nak masuk tidur pukul 10.30pm...tak henti-henti bercakap! Mengalahkan Buletin Utama. Tapi habit dia tetap macam biasa. Nak masuk tidur dengan baru bangun tidur mesti marah kat aku. Entah kena sampok dengan sapa pun aku tak tahu.  Nanti aku cari balik buku Tamar Jalis, "Bercakap Dengan Jin!". Bagi aku, apa yang dia bualkan semuanya menarik. Lenggok dan patah katanya sangat "cute" berserta dengan mimik muka yang sangat melucukan. Semalam petang, Marina dan kawan-kawan seperti Mei-Mei, Sarah Nor, Joel, Wawa, Yaya semuanya berkumpul di padang depan rumah aku. Marina bawak sikat, Mei-Mei bawak getah ikat rambut etc dan depa dok menyikat rambut masing-masing. Sibuk sungguh depa kat saloon ciptaan sendiri. Aku lupa nak ambik gambar. Nanti bila aku ingat, aku akan ambik gambar depa budak-budak pompuan Bella Vista!

Muka lapar..

Lama jugaklah kami tunggu walaupun masa kami sampai, sorang pun takdak kat situ. Bila kami keluar, berduyun-duyun orang sampai. Parking is ample. So tak perlu risau. Lepas makan boleh tengok wayang kat MBO Galaxy Ampang pasal depa satu bangunan. Kalau kereta hilang, depan Pak Ya tu ada Balai Polis IPD Ampang Jaya. So, jangan risau! Lepas makan kalau sakit perut, Klinik Gomez pun ada jugak sederet kat belakang tu jugak. Pendek kata, aku tak mahu pindah dari Taman Cahaya sebab segala-galanya didalam short walking distance saja!

2 jejaka paling hemmsemm di A1-G Bella Vista menurut Marina, juruaudit!

Gambar kat atas ni, dan couple yang kat belakang tu adalah Pak Ya dan Mak Ya yang tengah dok potong sayur. Ada 2-3 menu baru depa yang masih tak bernama. Pak Ya tanya aku, apa nama nak taruk, aku cakap taruklah apa-apa pun jangan buat tak sedap sudah! Bila makanan sampai, kami makan dengan tersangatlah lahapnya. Oh ya ada satu lagi restaurant Chinese Muslim yang sangat bagus kat jalan Ampang. Haji Shahrin Low. Dibangunan yang berhadapan dengan Russian Embassy. Kedai ni dulunya merupakan sebuah Bar kalau tak salah aku kemudian ditukar sebagai restaurant Tandoori. 2-2 tak jalan sampailah Haji Shahrin  Low take over! Nahh...seperti yang aku kata tadi, semuanya terpulang kepada quality masakan. Samada sedap ataupun tidak. Kalau sedap, harga berapa pun orang akan datang makan. Jadi, ternyatalah kedai Tandoori tadi tak sedap! Habis cerita...kalau nak dibandingkan dari segi harga pulak, Haji Shahrin Low ni on a higher side sikit. Tapi jangan risau sebab masakannya sangat menyelerakan dan cepat siap! Masa aku sampai pukul 7 malam, restaurant tu dah penuh. Semua aku tengok adalah tetamu yang baru balik dari kerja. Masih berkemeja lengkap dengan tali leher dan ada yang masih dok buat kerja sementara menunggu makanan sampai. Tetamu berduyun-duyun sampai sehinggalah waktu aku nak balik! Nasib baik kami ada buat reservation....Anthony Bourdain kalau datang pun mesti dia tapau sekali bawak balik! Tapi dia tapau waitress...bukannya makanan.....(statement nakal di pagi yang indah, hahahahah!)

Lupa nak ambik sebelum..

Dah habis makan baru teringat nak ambik gambar. Macam tu lah manusia.....kalau "benda" yang seronok tu dia akan lupa dunia....keluarga sekalipun.....tapi bila dah tergadah, barulah teringat kat family......dan akhir sekali bila habis madu, barulah teringat nak ambik gambar! Hahahahahah...peringatan ni aku tujukan pada diri sendiri yang selalu terlupa!

Tengah jalan baru teringat!

Pinggan yang ada nasik dan lauk banyak tu sebenarnya pinggan abang. Bukannya pinggan aku. Aku berani cakap sebab dari tadi aku bagitahu awal-awal yang aku cuma makan ckt! Yang makan sampai tumpah-tumpah tu pun bukannya aku.....yang tu orang meja sebelah! Hahahahahahah...Seingat aku, sewaktu makanan ni semua sampai, sorang pun tak bersuara. Yang bersuara cuma Marina yang komplen kat aku sebab Yuya makan "nyop-nyap...nyop-nyap...". depa tahu yang aku tak suka mulut berbunyi waktu makan......tukang repot mestilah Marina! Abang dengan Yuya memang angin kalau Marina mula repot kat aku...Hahahahahahah....aku sayang semua!

Eh, not bad lah Baker's Cottage!

Aunty tak tahu yang kami dah pakat anak-beranak nak surprise kan aunty dengan birthday cake bila balik dari Pak Ya. Wiwit pun bersubahat sama...hahahahahah....masa aku dah sampai kat rumah dan nak bukak pintu, sms dari Wiwit masuk kat aku berbunyi, "Bapak....gmana mahu nyalain lilinnya? Kapan mahu nyalain?" Adoiiii Wiwit...aku dah nak bukak pintu baru dia sms...dari tadi dah lebih kurang 10 sms aku hantar kat dia bagitahu apa nak buat sampai Aunty pun naik was-was pasai apa dan dengan marka mana aku dok berbalas sms kat kedai Pak Ya tadi! Tengoklah muka aunty kat atas tu. Just a small cake diiringi bacaan doa dari anak-anak dan 2 keping kad "pengganti diri" hahahahahah....aku terharu sebab si Marina yang kecik tu pun pandai simpan rahsia rancangan kami walaupun aku risau takut dia terbocor masa kat kedai Pak Ya sebab kek dengan kasut kami pi beli sama-sama pagi tu jugak tanpa aunty! Kami dah berumur 44 tahun....horeyyyy....bangga...bangga....!

Muka2 terlebih makan..

Muka "riang-ria apple zapple" dengan tangan aku tutup perut dalam gaya paling sopan dalam dunia! Aku makan satu sudu saja kek tu.....adoi...dugaan sungguh aih! Aunty tersenyum pasai aku kata dia nampak macam 34 tahun...10 tahun aku bagi discount....Kamdar pun tak bagi discount banyak lagu tu! At the end of the day, kami semua puas makan. Anak-anak semua senyum panjang. Petang tu pulak aku hantar abang balik ke asrama dan nampak gayanya sejak jadi senior kecik ni, dia nampak macam happy saja. Kalau masa form 1 dulu macam-macam alasan dia bagi untuk balik ke rumah. Peristiwa tu semua mengingatkan aku pada zaman persekolahan aku dulu tahun 1981 masa form 1. Lebih kurang lagu tu lah jugak....

Small present for Wakana!

Dah lama aunty dok kerhelin (kerling) kat kasut ni setiap kali pi kedai ikhsan. Kalau 10 kali pi, 12 kali dia kelitin kat situ. Aku perasan dan aku bagitahu kat abang dan yuya suruh aunty try dan ingatkan saiz kasut tu. Lama depa dok perati tengok. Last-last dapat jugak size yang sepadan. Depa bagitahu kat aku. Lepas 2 hari aku lupa size....makanya, hari Ahad hari tu, lepas ambik yuya dari training bola CIMB-YFA, kami terus memecut ke ikhsan dan beli kasut kat aunty. Lepas tu kami terus ke Baker's Cottage Ampang dan beli mocha cake untuk aunty. Marina yang pilih lilin tu. Marina tak sabar nak balik bagitahu kat aunty. Kami pulak letih dok explain kat Marina apa maksudnya "surprise". Dia mati-mati nak bawak masuk kasut tu dan tunjukkan kat aunty sedangkan plan kami nak bagi lepas makan kat Pak Ya dan bila balik ke rumah! Lepas 30 minit dok explain, masuk kereta- keluar kereta....naik bukit turun bukit, barulah Marina paham. Tu pun kami dok gigit jari supaya dia tak bocor rahsia.....hahahahahahah....anyway, to cut the long story short, disini sekali lagi aku nak ambik kesempatan mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada isteri aku Wakana Kamimura yang baru mencecah umur 44 tahun.....still a long way ahead my dear......again, "Happy Birthday and I love you with all my heart!". Fuyooooooo......have a pleasant rainy day people!

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...