Isnin, Mei 30, 2011

Darrcha..

Tajuk darrcha tu pasal semua cerita masuk dalam satu entry...hahahahah. Last Saturday, masa aku sehari suntuk habis di padang RRI di Sungai Buluh. Tengok abang lawan bola untuk Piala Sultan Ahmad Shah selama 6 bulan bermula bulan Mei. Since sekolah dia daftar pemain agak lewat, jadi pemain-pemain semua dibebaskan untuk bermain dengan mana-mana kelab yang mengambil bahagian. Abang join dengan UKRC ataupun Ulu Klang Recreation Club. Ada beberapa pemain yang diserapkan masuk kedalam UKRC. Jadi para pemain yang tak sempat daftar tu adalah peluang main dalam "competitive tournament" selama 6 bulan. Kalau tidak mesti depa boring!

(aku memang tergoda tengok gambar ni...dah buat wallpaper pun!)

Gambar kat atas tu aku ambik dengan kamera auto yang baru. Okay jugak. Nampak terang sikit dari yang aku punya yang lama tu. Rabun semacam! Gambar tu actually untuk article aunty yang baru dalam majalah nikkei dia. Dan akan di terbitkan untuk edisi bulan depan kalau tak silap aku. Kembang hidung aku sampai ibu jari kaki pun boleh masuk! Kembang sebab gambar tu aku yang ambik...hahahahaha. Nasi lemak ni memang mengganggu sukma aku selalu. Especially yang bungkus kecik cute dalam daun pisang tu....letak pi lah harga macamana pun. Tangan ni gatai sunggoh nak beli. Mulut pulak terkumat-kamit lapaq nak makan....isyyy, talking about reducing weight! Sapalah yang gatai pi cipta resipi ni sampai Kementerian Pendidikan pun jadikan nasi lemak ni sebagai satu isu!

Tapi aku rasa sebenarnya semua diet tu bermula dari rumah....kalau kita makan yang tak berkhasiat maka anak-anak akan mengikut. Pakcik kat kantin tu dia meniaga....kalau dia letak makanan yang bukan anak-anak kita suka, lingkuplah business dia....sama jugak macam pengarah filem kita...depa buat filem yang orang nak tengok....bukannya yang orang nak kena pikir sampai 2 hari lepas menonton...depa buat pilem nak untung...makanya, jadilah banyak pilem-pilem yang dok ada kat pasaran la ni....depa buat sebab penonton suka tengok "genre" tu....tak salah kan depa!


(melekat terus depa 2 orang ni..)

Budak kecik sorang tu memanjang melekat kat mama dia. Aunty tengah buat seluar baru untuk Marina. Dapat 3 helai....seronok bukan main lagi dia sampai belum letak getah pinggang lagi dah mintak nak pakai...terlondeh-londeh seluar Marina...hahahahahah. Anak sendiri kalau buat apa pun, pak dia akan kata, "pandai sungguh anak aku!" Masa aku kecik macam Marina dulu pun lagu tu jugak. Memanjang melekat kat arwah mama sampai dia bersembang dengan kawan-kawan dia pun aku join sekali. Makcik Limah Pak Majid, Makcik Limah Pak Tahiaq, Mak An, Mak Nya sebelah rumah, Makcik Leha, Mak Kiss, semuanya aku kenal dan semuanya aku tumpang sembang macam orang tua-tua jugak sampai arwah mama cilikan mulut aku selain daripada lengan dan peha aku yang dah tak rupa manusia lagi sebab lebam kena cubit! Hahahahahah...tapi yang aku heran sangat, Marina ni tak pulak kena cili dan tak pulak kena cubit!


(kat tepi padang RRI tengok abang lawan...tukang ambil gambar, Marina)

Abang suka kalau kami pergi tengok dia main bola. Semangat dia main kalau kami dok ada kat tepi padang. Ligat bagai nak gila dia main. Tapi malangnya selama 2 minggu yang dia dah main sebanyak 4 game, 2 kalah dan 2 menang. Agak susah untuk qualify ke 2nd round nanti. Tak pa lah abang, yang penting coach kata, "nasib baik arman ada, kalau tak, lagi banyak kita kena!" Kat situ aku rasa lega sebab permainan abang dihargai coach. Abang pulak sekarang ni dah lebih tinggi dari aku. Give another 2 years aku rasa dia boleh capai 6 kaki kot. Itu yang aku nak. Sebagai defender, ketinggian yang macam tu sangat penting!

Aku dulu pulak, kalau arwah mama dok bertinggung kat tepi padang, mula lah aku sepak batu! Nak sepak bola serba tak kena....nak main tak boleh, sebab terasa yang mama akan hambat aku dengan batang penyapu! Hahahahahahah


(memang muhibbah habis...dari kiri, Joel,Dania, Mei Mei dan Marina)

This is what you call 1Malaysia. Budak-budak ni semua kawan-kawan Marina. Selalu depa dok main sama-sama kat depan rumah dan yang aku paling seronok bila depa masuk bilik dan kunci pintu sambil bergelak sakan....pergh...macam anak dara! Ada jugak sekali-sekala aku lekapkan telinga kat pintu untuk dengar apa depa dok bersembang......rupa-rupanya depa dok bercerita pasal baju Barbie Doll yang ada kat bilik Marina! Hahahahahahah...Bila aku dok mengendap macam tu, aku teringat pulak kat Afdlin Shauqi dalam cerita "Papadom..."

Masa aku nak ambik gambar Marina kat atas tu, neighbour aku yang bernama Patrick, (bukan charactor sponge bob) jengah dari atas dan gelak sakan jugak...dia kata dia suka tengok anak aku dok main dengan kawan-kawan dia...memang 1Malaysia Patrick kata...dia pun tumpang ambik gambar sekali!!!


(lunch aku hari ni di Rakuzen dengan marka....syyy!)

Hari ni aku pi makan tengahari dengan marka lama aku. Sapa marka tu aku tak boleh nak cerita...nanti aunty tahu. Tapi gambar kami berdua ada dalam FB aku. Baru upload...hahahahahahah.....life begins at 40....that's what they say!

Isnin, Mei 23, 2011

Hello everyone..

Lama jugak aku tak update. Aku pun tak tahu pasal apa, lately ni aku jadi terlalu sibuk dengan perkara lain hingga aku tak sempat nak buat apa yang aku suka buat...iaitu blogging. Susah macamana pun, sibuk tara mana pun, aku cuba jugak carikan waktu untuk memasukkan entry baru kat dalam blog aku. InsyAllah dipermudahkan semua urusan aku lepas ni. Ramai yang tanya kat aku, when is my next trip to Bali? What I can say is that it's going to be soon. Tak lama nanti sekali lagi aku akan berangkat ke Bali. Satu destinasi yang sangat-sangat aku suka tapi juga merupakan satu destinasi yang menyebabkan aku menjadi sangat sakit at the same time! Macamana tu? Mana aku boleh lupa Uluwatu? Hari tu masa aku jalan-jalan kat Curve, aku melintas kat depan satu kedai yang namanya Uluwatu! Aik? Kat sini pun ada baju-baju dari Bali. Nice and I like!!! Aku suka tengok saja especially baju-baju wanita yang putih bersih selalu membuatkan aku rasa yang si pemakainya adalah sorang wanita anggun yang ayu, menawan dan mempersonakan...


(tempat jatuh lagi dikenang......ini kan pulak tempat kerja lama...)

Semasa kat sini ada beberapa kali aku ke tempat kerja lama dan tinjau makanan-makanan yang ditawarkan. Presentationnya masih seperti dulu tapi sekali ni nampak lebih "sharp". Itu pun aku suka. Cuma malangnya, bila aku pergi ke sebuah hotel yang lain suatu masa dulu dan cuba melakukan sedikit perubahan mengikut zaman supaya tak terlalu "dated", depa susah nak terima....ada saja alasan yang dibagi...last-last baru aku tahu yang depa sememangnya "pemalas..". Sayang sungguh aku rasa, sebab depa memang ada potensi untuk berjaya tapi malangnya masa banyak dihabiskan dengan menceritakan perihal keburukan orang daripada melakukan tugas yang diamanahkan pada depa.

(macam hero pilem...hahahahah)

Cuaca sekarang ni sungguh tak menentu. Ada sekali masa aku balik dan sampai betul-betul kat depan Istana Budaya, hujan yang tadinya turun dengan rintik-rintik, mula turun dengan lebat. Memang tak sempat aku nak mengelak langsung. Tapi kebiasaannya, aku pergi dan balik pakai baju hujan. Walaupun tak hujan. Sebab aku teringat yang arwah mama selalu berpesan kat aku..., "Shah...sediakan payung sebelum hujan...". Jadi sampai la ni habit aku kalau naik motor mesti aku pakai rain coat sebab aku tak diberitahu oleh arwah mama, bila nak hujan!!!

Anyway, bila hujan turun mencurah-curah, aku pun berhentilah motor aku kat tepi highway. Bukak seat motor, ambik seluar hujan yang kaler biru tua tu...dan aku sarungkan. Orang ramai yang dok tunggang motor dah start berhenti kat tepi aku sebab semuanya nak pakai baju...sebelum ni depa tak pakai baju...hahahahahah Ada 7-8 orang yang aku tengok terbongkok-bongkok dok pakai seluar hujan. Lap top aku mula basah...aku jadi risau sebab dalam lap top ni, kalau sapa dapat, boleh bukak hotel ni! Kalau basah dan rosak, mati aku.....Lepas aku pakai seluar hujan kat tepi jalan, aku bukak baju hujan sambil mengeliat. Orang keliling aku terkejut. Orang lain pakai baju hujan sebab hujan tapi aku bukak baju hujan seolah-olah tak hujan! Aku tengok orang ramai kat keliling aku dah melopong...depa mungkin nak tahu apakah kesudahan aksi aku tadi...Lepas zip baju aku tanggalkan, dengan perasaan kasih-sayang, aku capai laptop aku yang dok bertenggek kat dalam bakul moto, aku genggam erat dan dengan gerakan kilas yang lebih laju dari halilintar dan pantulan cahaya megapixel....aku balut kat dalam rain coat aku tadi! Orang ramai sekeliling aku senyum sambil mengesat air mata tanda sedih dan bersimpati dengan nasib aku yang ketiadaan beg laptop water proof!


(aku dan seorang gadis manis...)

Aku celapak balik naik moto. Tekan minyak dan tekan minyak. Tak ada perubahan...hujan bertambah lebat! Guruh berdentum-dentam manakala kilat sabung-menyabung, kuat membelah bumi! Aku dengan muka tak tahu malu, terus membalut laptop dell aku kat dalam baju hujan aku tadi dan masukkan balik ke dalam bakul. La ni aku pulak yang kena hujan. Basah kuyup aku jadinya tapi aku sanggup. Aku sanggup basah asalkan laptop aku tak basah.......hahahahah

(aunty bersama-sama body guardnya!)

Isnin, Mei 16, 2011

Yuya

(the all blacks)
Kelmarin genaplah umur Yuya 10 tahun. Kami buat makan-makan kat rumah saja. Yuya kata nak makan spaghetti. Jadi aunty pun buatlah bolognese dan satu lagi request dari aku, potato sarada jepun. Aku cukup suka makan potato sarada ni. Mahu deybab aku nanti kalau selalu makan benda ni! Yuya dengan bangga dan lupa diri, jemput 3 orang kawan dia. Satu nama Khalis. Budak ni duduk apartment sebelah. Geng sekolah ugama walaupun kelas lain-lain. Khalis ni memanjang tersengeh. Tanya sikit sengeh....tanya sikit sengeh....tak palah...janji dia baik. Sorang lagi namanya Aiman. Duduk dekat jugak dengan rumah aku tapi menghala sikit ke LRT Cahaya. Diam-diam aku tanya Aiman tentang perangai Yuya. Aiman dalam dok bisik, bagitahu kat aku yang Yuya ni sorang budak baik....tak boleh tengok orang sedih-sedih. Dia akan tanya dan mula create jokes sampai budak yang sedih tu "hilang ingatan". Dalam diam aku bangga walaupun aku tahu Yuya dan Aiman mungkin dah berpakat untuk cerita yang baik-baik saja kalau ditanya oleh aku....ish..aku tak ada evidence nak tuduh Yuya tapi aku percaya yang Yuya is a nice boy dan helpful type. Sorang lagi budak namanya Rafiq. Rafiq ni budak baik. Selalu main kat depan rumah aku. Kadang-kadang aku pun join dia main sama...hahahahah. Malam tadi Yuya buat kopi kat aku dan aunty...yes, Yuya Rocks!!!

(Yuya dan helinya..)
Yuya pesan kat kami yang dia nak kan helicopter. Mak aii...bukan nya kecik anak benda yang dia nak? Tak sabar-sabar dia suruh kami beli walaupun seminggu sebelum hari sebenar. Siang malam dok pesan benda yang serupa. Jadi last friday, aku keluar dengan aunty untuk carikan heli dia. Satu KLCC kami ronda dan last sekali jumpa kat toys r us. Masa aku umur Yuya dulu pun aku selalu jugak paksa mama dan bapak beli something2 kat aku. Tapi untuk aku selalunya buku-bukulah yang aku mintak. Sebab buku, aku boleh baca dan simpan..Birthday aku, bapak belikan aku machine gun. Aku dengan Yuya mempunyai citarasa ganas yang sama....Aku dapat machine gun dan Yuya dapat helikopter....Bukan semua orang boleh dapat present macam tu..cuma orang kaya-kaya saja yang boleh dapat...hahahahahahah..

(family yang tumpang seronok dengan birthday yuya..hahahah)

So to Yuya, Selamat menyambut hari lahir yang ke 10 dan semoga dirahmati selalu. Jangan lupa mama dan papa serta adik-beradik yang lain bila dah dapat main bola untuk MU nanti! Hahahahahahahah!

Isnin, Mei 09, 2011

Mother's Day

Dah lama aku nak bagi sesuatu kat aunty. Tapi malangnya, dengan kelekaan aku, tidak keprihatinan aku, tak memandang serius pada aunty yang dah 14 tahun bertungkus-lumus untuk aku, aku rasa sangat-sangat bersalah pada aunty. Perasaan bersalah ni memang dari dulu lagi. Asyik dok bersalah! Ada sekali tu, birthday aunty pun aku lupa! Aunty tak cakap banyak, tapi bila aku masukkan entry yang aku lupa pasal birthday aunty, ada jugak comment yang tibai aku atas dan bawah... hahahahah. Takpa itu memang salah aku dan aku mengaku!

(horey, aunty dapat kasut..)

Hari jumaat lepas aku keluar dating dengan aunty. Anak-anak tinggal kat rumah. Tak lah pi mana pun, aku selalu kat KLCC sebab senang untuk cari parking. Lagipun aku memang duduk kat Ampang. Masuk elevated highway, salah satu exitnya dah masuk parking. Habis cerita! Anyway, nak dipendekkan cerita yang panjangnya sepurnama ni kalau aku nak cerita. Banyak kedai kami masuk. Dari Todt's, Jimmy Choo, Entah apa-apa nama lagi dan ada jugak kedai yang baru satu hari dibuka pun kami rembat masuk! Dalam banyak-banyak yang dicuba, ada satu yang sangat aunty berkenan. Aku perati betul-betul dan pesan kat Nurul suruh ingatkan kasut tu dan aku akan ke kedai tu balik esoknya. Aku kenyit mata kat Nurul dan Nurul pun kenyit mata kat aku...hahahahah. Seperti yang aku dah janji dengan Nurul, aku pergi lagi sekali ke kedai tu esoknya dengan Yuya. Aku kena bawak Yuya sebab aku tak ingat parking kereta kat mana. Satgi masuk KLCC naik Toyota, aku keluar naik X6! Hahhahahahahah. Aku pun belilah sepasang kasut kat aunty yang aku tahu aunty paling teringin nak pakai brand ni dah bertahun-tahun lamanya. Saiz kaki aunty, design yang dia suka semuanya aku dah register dalam kepala otak aku.

(horey jugak, aku dapat aunty!)

Kami makan malam tu kat tepi pool saja. Sekali ni aku suruh aunty cuma duduk dan makan. Aku dan anak-anak yang akan uruskan semuanya. Err, actually wiwit yang buat semua....aku cuma mengaku ja! Hahahahahah. Lepas makan dan lepas Yuya bagi card kami dekat aunty, aku pun keluarlah terhegeh-hegeh bawakkan present tadi kat aunty. Aunty terkejut sebab aku belikan kasut yang dia suka semalam tu....

(horey-horey, aunty dapat aku!)

Kami anak-beranak duduk makan sama-sama kat tepi tu dan bersembang. Tak sedar rupa-rupanya AF dah start, Abang dengan Yuya lari balik rumah dan Marina sambung main dengan katak kat padang. Sekali-sekali aku dengar Marina dok bergelak sakan dengan katak. Aku tak tahu apa depa dok gossip! Manakala aku denga aunty pulak masih lagi dok bersembang pasal hal anak-anak yang mula dah membesar walaupun Marina dengan Yuya tak besar-besar lagi....Sambil dok pegang tangan, kami dok berkira-kira apa yang akan terjadi 10 tahun dari sekarang? 20 tahun dari sekarang dan 30 tahun dari sekarang? Apakah kami masih lagi berpegang tangan? Apakah kami masih lagi boleh bercerita dari hati ke hati seperti sekarang? Bolehkah kami menyelami hati budi masing-masing didalam suasana sebegitu lagi? Akhir sekali kami berjanji yang perkara seperti ini harus berulang....Thank you WK for being the best mother to the 3 beautiful kids and for being the best wife to me for the past 14 years!

(horey..horey..dan horey.. aunty dan aku dapat 3 orang anak!)

Pada adik-adik yang gatal nak kahwin dan pada adik-adik yang baru merenyam dan pikir nak kahwin, Uncle nak pesan sikit...
1) Jangan buat acuh tak acuh pada pasangan
2) Jangan diam kalau ada masalah dengan pasangan
3) Jangan sembunyi apa-apa daripada pasangan sebab pasangan kita selalunya ada 6 sense
4) Luahkan perasaan sayang pada pasangan. Don't keep it. Takut dah terlambat kalau nak diucapkan nanti
5) Listen, listen and listen to your partner as if you are still dok berdating masa muda2 dulu
6) Understand your partner likes and dislikes...kalau rasa-rasa tak paham, tanya sampai paham sebab kadang-kadang spouse ni tak bagitahu directly. Dia cuma hint dan harap kita dapat hint dia dan tambah malang kalau kita tak dapat "hint" tu!

Pesanan ini adalah khas untuk adik-adik semua dan pada Uncle jugak yang memanjang terlupa...tu yang aunty mulut muncong tu....hahahahahah. To WK, "Happy Mother's Day and we love you so much...thanks for all that you've done...." MUAH 1000X!!!!!

(HOREY! kami adalah sebuah keluarga!)

Ahad, Mei 08, 2011

A short break..

Aku tak tahu nak cakap macamana. Mungkin pasal cuaca yang sangat panas membuatkan aku tiba-tiba jadi buntu nak ceritakan apa-apa aja kat sini. Dah seminggu perasaan aku jadi naik turun. Dan dalam seminggu ni jugaklah bermacam-macam peristiwa berlaku yang aku sendiri tak terjawab! Walaubagaimanapun, lepas aku kembali kepada diri aku yang sebenar, aku janji yang cerita aku akan jadi lebih menarik. Cuma buat masa ini biar aku cari lebih idea lagi!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...