Isnin, Disember 12, 2011

A'Famosa Part 1

Dah lama aku dok bercerita dengan aunty perihal tempat peranginan keluarga ni. Setiap kali aku ke Melaka dan melewati signboard A'Famosa, aku akan berkata pada aunty, "Jom pi sana bawak budak-budak!". Setiap kali tu lah aku tak berkesempatan nak kesana. Tapi kali ni tiba-tiba aku diberi kesempatan untuk melawat AFR dan aku bagitahu pada aunty. Dia kata "Amboi finally pi jugak after so many years!". Jadinya, semalam bersamaan dengan hari sabtu, selepas menghantar abang ke padang selayang di belakang NSK, aku bergerak perlahan-lahan menghala ke selatan. By the way, abang ada tournament di Ipoh selama tempoh yang aku nak ke melaka tu. Kesian kat abang dia tak dapat ikut! Aku tak mampu tukar date lagi sebab lepas ni weekend aku dah agak-agak sama macam week days dah!
Di depan deretan kedai di sebelah balai polis simpang ampat!

Perjalanan yang sangat santai mengambil masa selama 1 jam 10 minit tanpa henti. Aku exit di tol Simpang Ampat dan membelok ke kiri dan seterusnya hanya mengikut signboard yang banyak terpampang di tepi-tepi jalan. Sewaktu menikmati kelazatan nasi ayam kat satu kedai tu, aku susulkan pulak dengan satu panggilan ke Encik Ali yang merupakan caretaker bungalow yang akan aku inap nanti. EA kata dia tunggu aku kat entrance. Terus aku ke toilet, keluar, bayar dan ke kereta di depan kedai. Aku panic 10 saat sebab cari kunci kereta tak jumpa. Melilau dan hampir-hampir nak buat laporan polis, Marina menyeringai kat aku dari tepi kereta dengan ditangannya tersangkut kunci kereta kami! Adooiiii.......pelan-pelan aku tarik cuping telinga dia. Marina gelak!


Aku ditunda Yuya...

Cuaca sangat baik untuk kami sekeluarga tidak berehat lama-lama di rumah. Bungalow penginapan kami ada 6 bilik semuanya, dapur yang serba cukup, ruang makan, ruang tamu dan menonton serta satu lagi area untuk berehat siap dengan set sofa yang lengkap. Kesemuanya ada air-cond kecuali toilet! Hahahahahah....Kemasan dalaman sangat menarik. Kami letakkan barang kedalam bilik masing-masing, bersiap dan terus bawak Marina dan Yuya ke Waterpark. Beratur tak lama sebab orang ramai dah masuk dari pagi sedangkan kami masuk dah jam 3! Aku bergilir-gilir jaga barang dengan aunty walaupun locker berbayar ada disediakan.  Kalut dok jaga Marina, Yuya pulak hilang. Lama jugak aku tunggu. Last-last Yuya datang bagitahu kat aku yang dia pergi ke "Slide".




Seronok sungguh budak ni..

Penat depa merela kat situ. Tepat pukul 6 aku ajak depa balik bungalow penginapan kami sebab Wiwit nak bukak posa. Aku harus pastikan yang ada makanan dan minuman untuk Wiwit berbuka nanti. Eh, aku jaga ok....in fact insurance coverage untuk dia pun aku beli......anyway, Wiwit bukak posa dengan kari ayam malam tu! Bila tiba part yang macam ni, aku teringat kata-kata Bill Marriott.  BM suruh kami (waktu aku kerja dengan group depa dulu) menjaga dengan baik para pekerja kami dan seterusnya apabila depa dijaga dengan baik, depa ni pulak akan menjaga tetamu hotel kita dengan baik....dan sampai sekarang aku masih berpegang pada kata-kata tu!. Pernah aku tengok hotel yang sudah-sudah bilamana management tidak menjaga kebajikan para pekerja dengan baik, masyAllah...tetamu hotel dijaga dengan sambil lewa sahaja.....dan end of the day, itulah kali pertama dan terakhir tetamu tu datang menginap!


Marina khusyuk menonton X Factor!

Masa kami sedang menunggu X Factor, tiba-tiba cuaca kat luar bertukar menjadi gelap. Aku sangkakan lampu terpadam tapi bila aku keluar ke depan, aunty menjerit tunjuk yang bulan sudah setengah ditutup. Ini dipanggil "eclipse". Masa tu jugak aku teringatkan lagu Bonnie Tyler yang bertajuk "Total Eclipse of The Heart". Pulak dah...aku panggil Yuya dan Marina, 4 beranak menikmati keindahan alam ciptaan Allah sampailah bulan ditutupi sepenuhnya. Bila gelap lagu tu, tiba-tiba bunyi macam guruh berdentum. Aku ingat nak hujan, tapi rupanya "cowboy town" ada pertunjukkan malam tu. Ada "cowboy parade" yang disudahi dengan dentuman bunga api yang kuat! Macam tu punya kuat, Wiwit tetap tarik selimut.....selamba betul tidur walaupun tempat penginapan kami terletak berhampiran dengan pekan koboi tadi! Hahahahahah....
                                   
Tengok X Factor dan puas hati sebab penyanyi yang kami sepakat rasa tak patut ada sampai semifinal pun dah terkeluar! Pergh....dahsyat budak tu sampai hampir-hampir ke semi! Half way through, Yuya dan Marina pun dah terbongkang.....kesian kat depa. Letih sangat. Kalau abang ada, tentu abang akan tolong dukung Marina! Aku tak larat sebab takut pinggang terpeleot lagi! Malam kami berakhir bila program yang aku tengok pun selesai.....ok esok -esok aku cerita lagi pasal trip aku tu dalam Part 2....sila tunggu!





20 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

padanlah call uncle sabtu tu tak dapat hehehe

PINATBATE berkata...

best! best!
tapi tentu rasa 'kurang' sebab seorang anak tak ada kan..;)

ummi_khalish berkata...

assalamualaikum uncle..bestnyer cti2 melaka...dil masa mengandung khalish mengidam nak gi melaka,tapi..dah merantau jauh...sabar jelah...huhuhu...have a good holiday with family..:-)

Ibu n Abah berkata...

Uncle...
bila tengok anak2 bergumbira bila kita bawa mereka bercuti.. terasa berbaloi sangat dengan kepenatan yang kita alami..
- kita ni pelan hari pelan berumur... memang dah tak larat sangat dah. Tapi anak kita yang kecik sekali tetaplah memerlukan perhatian kita sama seperti anak2 kita yang besar2 tu..
Maknanya masa anak yang sulong kecik, kita muda lagi... masih kuat.. dan bila kita punya anak bongsu tapi kita dah berumur... serba sedikit anak kita yang sulong dan kedua mengambil alih tugas mendukung adiknya bawak masuk tidur... Indah sungguh pemandangan itu kan????

shami2 berkata...

Salam uncle

Anak2 kalau jumpa ayaq....macam tu lah...hehehe mak tak leh bangun dah jadi jaga beg & barang semua

Kakzakie Purvit berkata...

Yuya mesti puas bermain air..

Malam bulan gerhana itu kakak pun nikmati bersama keluarga. Kebersan Allah yg tak boleh disangkal lagi..

p/s: Kakak percaya uncle seorg majikan yg prihatin. Untunglah wiwit dan pekerja hotel uncle.

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Saya ada membalas sms Rezeki dan menyatakan kekesalan saya tak dapat menghadiri acara Rezeki di Cheras tempohari. InsyAllah kalau ada kesempatan lagi, kita akan berjumpa. Salam saya pada keluarga Rezeki....btw, bmw putih tu cun lah.....

Uncle berkata...

Salam Pinat.
Memang best dan sudah semestinya percutian Uncle tak lengkap tanpa Abang....insyAllah lain kali kami akan plan betul2 supaya semua dapat ber"horey-horey" dan ber"gumbira".....err, Pinat, Uncle masih tak dapat masuk ke blog Pinat!

Uncle berkata...

Salam Ummi_khalish.
InsyAllah lain waktu ummi pasti akan berkesempatan dan pada waktu itu, "horey2lah".....

Uncle berkata...

Salam Ibu dan Abah.
Waktu akan bergerak dengan pantas sekali. Jadi oleh kerana itu, saya berusaha tidak mahu moment2 indah itu terlalu cepat berlalu....sebanyak mungkin mahu saya abadikan kenangan sekeluarga dengan sebaik mungkin. Percutian bersama adalah salah satu daripadanya dan percutian keluarga tak semestinya berlaku di luar negara ataupun tempat2 mewah...bagi saya, keluar bersama ke Gardens tempohari dan menikmati lunch di Food Court sudah cukup untuk kami sekeluarga...

Uncle berkata...

Salam Shami2.
Benar seperti kata Shami. In fact bukan depa saja...mak-pak budak2 tu pun sama naik!!!

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Terimakasih diatas kata2 Kakzakie. Good to start my day today! Saya sangat percaya kata2 Bill Marriott....jadi saya cuba mengikut apa yang baik dan yang tak baik pun saya ambil sebagai pedoman untuk tak melakukan kesalahan yang sama termasuklah memaki hamun para pekerja!

Lady Windsor berkata...

laaa kesiannya abang x dapat ikut...maybe uncle bleh bawak dia p holiday jauh sikit lain kali kan..
waghhh khusyuk marina tengok x-faktor..hikhikhik!

Uncle berkata...

Salam LW.
Marina dgn Yuya memang khusyuk habis....hebat depa mengalahkan kita! Insyallah lain kali Uncle akan plan betul2 untuk kami sekeluarga ber"horey2". See you tomorrow?

Yours truly berkata...

salam uncle.

saya pun x pernah jejak kat a'famosa ni, padahal rumah mak sedara kat depan tu je.. seronok ker sana? baca review banyak yg x puas hati....

Uncle berkata...

Salam YT.
Ada banyak kekurangan kalau nak dilihat secara detail AFR ni. Uncle tak pergi tengok parade di cowboy town sebab anak-anak dah tengok Disney Parade di Tokyo dulu. Water park banyak yang perlu dibuat. Air agak keruh dan facilities tak sebaik tempat lain. I like the safari though...the kids love it...the bungalow that we stayed was nice and cosy. Makan semuanya kat luar...it's more to "family outing and bonding" therefore we spent most of the time together....

carrie-ma berkata...

salam uncle,

kirim salam kat wiwit ye.
signifikan betul kehadiran dia dlm hidup uncle sekeluarga hehe
anyway, happy holidays!
lepas habis exams, baru boleh jimba2

Uncle berkata...

Salam Carrie-ma.
Aik, baru habis periksa? Periksa apa lagi? Diperiksa doktor ka?

Carrie-Ma berkata...

salam uncle,

biasala, saya kan sekarang mahasiaTUA. haha. dah masuk musim exams, berjuang la dulu. lepas habis exam baru boleh fikir pasal cuti (walau dlm hati dah xsabar nak berjalan nih).

Uncle berkata...

Salam Carrie-Ma.

Belajar tak pernah ada penghujung...even sampai la ni pun Uncle masih dok belajar jugak....walaupun tak pernah masuk kelas...hahahahahah...good luck and all the best to you!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...