Jumaat, Oktober 28, 2011

Motor/basikal

Gambar-gambar yang aku letakkan dibawah tak ada kena mengena langsung dengan cerita aku. Makanya, janganlah terpedaya dengan dakyah-dakyah songsang aku...hahahahahah! Aku cuma mencuba ambik gambar dengan kamera NIKON yang aku pinjam......masih lagi dok "kerosek" tapi masih tak dapat the best result. Sungguh tak puas hati! Kaler biru terlebih pulak....3 tahun sudah ada sorang "budak nakal" nama LOTFI dari Mekah ajar aku.....tapi biasalah....macam-macam istilah dia pakai. Last-last aku lupa. Masa tu dia ajar PREE....la ni bila dah pemess sampai ke london, mungkin aku kena booking dia untuk private tutorial......sure dia sembelih aku hidup-hidup!


Ni tak dak kerja la ni...

2-3 hari lepas, plate number Charley D aku jatuh. Ramai penunggang-penunggang motosikal sepanjang jalan aku ke office dok hon-hon dan tunjuk isyarat tangan mengatakan yang nombor plate aku dah tertanggal skru  sebelah kiri dan nak tercabut dan jatuh. Aku angkat tangan dan senyum sambil ucapkan terimakasih pada depa semua yang prihatin. Ada yang panggil aku abang dan ada jugak yang terasa muda panggil aku pakcik! Tapi it's okay. Niat depa baik dan aku bersyukur. Walaupun ramai yang mengatakan bahawa penuggang motosikal ni tak beretika dan tak berdisiplin serta suka menyusahkan orang ramai, aku berani menidakkan kata-kata tu walaupun kadang-kala ada jugak kebenarannya......

Tayar aku pernah pancit dan dalam kalut dok cari nombor "tayar pancit" kat tepi-tepi longkang dan tembok batu, akan ada 1-2 penunggang lain yang akan berhenti dan bertanya khabar motor aku....in fact last week masa aku dalam perjalanan pulang lepas simpang ke brickfield, aku tiba-tiba jadi terhoyong-hayang. Aku perlahankan motor dan menghimpit ke bahu jalan disebelah kiri. Baru aku berhenti dan nak tongkatkan Charley D aku, tiba-tiba aku terjatuh ke kiri. Laptop aku terpelanting ke tepi dan aku terhempap ke batu tepi jalan. Dalam pelan-pelan dok angkat Charley D, ada sorang mat motor menghampiri dan berhenti lalu bertanya samada aku ok ke tidak. Bila aku jawab ok dan dia tengok aku betul-betul ok, barulah dia start motor dan jalan terus! Pergh......penunggang malaysia tu...Aku salute sikap prihatin dia dan aku berjanji yang aku akan lakukan perkara yang sama pada pengguna jalanraya yang lain pulak!

Aku dok try tapi rasanya masih tak kena..

Masa aku berkerja di tokyo bay hilton sekitar tahun 1992 dulu, Roland Galliker, f&b director aku yang berasal dari suisse akan mengayuh basikal ke office dengan jarak lebih kurang 3 kilometer. Assistant dia pun akan kayuh basikal sama-sama setiap hari untuk ke office. Bukan di musim bunga, gugur dan salji sahaja malah di musim panas sekalipun! Depa berbangga. Selain daripada untuk kesihatan, depa jugak kata yang ini untuk membantu alam sekitar......wow....tahun 1992 tu.....

Salah satu sudut menarik tempat ni...

Semasa aku kat suisse pulak, aku jugak tengok ramai anak-anak sekolah akan kayuh basikal ke stesyen keretapi. Inr tadi turun dan  termasuklah budak-budak muda yang menunggang "moped". Ramai-ramai depa akan ke stesyen keretapi. Tapi bila sampai kat stesyen keretapi, aku tak nampak pulak motor atau basikal depa di parking kat tepi-tepi tu. Rupa-rupanya depa ni naik keretapi sekali dengan motor dan basikal depa. Depa usung sama-sama....ada pulak gerabak special untuk depa. Bila sampai destinasi, depa sorong basikal dan moto tadi turun dan start menunggang balik ke sekolah ataupun ke pejabat......wow...style......

My favourite spot....

Masa aku kat shanghai beberapa tahun sudah untuk bekerja, hotel JW Marriot terletak di tepi jalan besar di Hong Chiou (ejaan mungkin salah). Setiap pagi aku akan tengok beribu-ribu penunggang basikal akan berkayuh ke tempat kerja depa. Menarik sungguh! Kedai basikal kat tepi jalan pun berlambak-lambak. Oleh kerana terlampau banyak basikal yang digunakan dijalanraya, ada jugak berlaku accident sepertimana kita tengok motorbike accident disini! Ada yang sampai tergolek-golek kat tengah jalan. Maki-hamun sesama depa jangan ceritalah! Seronok tengok keadaan macam tu setiap pagi tapi aku masih lagi tak berani nak kayuh macam depa kat sana!

Sebenarnya tujuan aku cerita pasal motor ni ialah untuk mewar-warkan bahawa tak semua penunggang motosikal yang asyik nak berlumba ditengah jalan dan tak semua depa tu tak berdisiplin.....ada yang bagus...yang bersimpati dengan pengguna jalanraya yang lain dan sangat prihatin dengan penunggang lain yang plate number nak tertanggal macam aku! Manakala untuk cerita basikal pulak, aku tak dak reason pasal apa aku cerita pasal basikal.....anyway, abang ada basikal dan malam ni aku nak kayuh basikal abang......hahahahahahah!

13 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Uncle nak tahu kakak tak pandai kayuh basikal. Sayang dulu masa lepas sekolah cuma belajar ambil lesen kereta, kalau tahu kakak belajar bawa motor. Sebab org kata pandai bawa basikal mesti boleh bawa motor, mesti sebaliknya juga kan...

Org luar prihatin dgn environment mereka tak seperti tempat kita...

norh berkata...

mode terharu dengan cerita penunggang motosikal kat malaysia.. :)

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

La awat tak ambik kelas bawak basikal? Ishhh Kak ni...bukannya payah pun.....letak extra 2 tayar kat tepi, then kayuh kot tepi jalan.....hahahahahah...

Uncle berkata...

Salam Norh.

Saya pun terharu jugak bila depa prihatin dengan saya dan mootosikal saya! Bravo and thumb up to malaysian 2 wheelers.....keep up the good spirit and DO NOT REMP IT!

Lady Windsor berkata...

Laa...uncle jatuh eh...tak apa2 kan...isk! Amacam TLG malam tu...burp2 eh? Saya x sempat nak pi lagi lah...nanti ah...ri tu da call auntie Min, dia kata pi je lah tapi kena pi malam sket...tang malam tu yg payah sebab sy rabun sket kalau bawak keta memalam...x pa la..kena cari drebar dulu la naa...hik! Hik!hik!

Uncle berkata...

Salam LW.

Malam tu aunty tulong picit. Sakit kat pinggang rasa macam nyuuuut...nyuuuuut!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

kak nab seronok berbasikal...last naik basikal...thn lepas...pusing2 kat taman ni tiap2 petang...la ni, sbb bizi jaga cucu...tak leh nak kayuh wei :)

Lady Windsor berkata...

Uncle...perghhh...dah la p makan, siap tulong picit eh..bertuahhh punya uncle!

Uncle berkata...

Salam KN.
Memang dia tak bagi saya kayuh basikal sebab setiap kali nak kayuh, dia selalu hujan! (reasonnnn...)

Uncle berkata...

Salam LW.
Itu lah kelebihan kalau dah ada kuasa VETO! Hahahahahah....

Tanpa Nama berkata...

ranap dh beskal abg.. ahaksss..

Uncle berkata...

Salam Uncle Pet.
So far baru tayar belakang yang pancit...depan belum lagi. Means, I'm still alright!!!

Lady Windsor berkata...

ooo kuasa veto ekk..ok! ok!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...