Rabu, Julai 20, 2011

TLG has grown up!

Aku pernah bercerita pasal tempat makan ni dulu dalam blog aku beberapa bulan yang lepas. Chef Aidy yang aku kenali di Mekah sewaktu dia buat umrah ini sangatlah berpengalaman luas didalam apa juga jenis masakan especially western food. Kalau aku kata western food, anda jangan tersalah anggap dengan limited western food yang kita dok makan kat gerai-gerai tu seperti chicken chop etc. Maksud aku really-really good 5 star hotel western food! Chef Aidy yang lebih dari 20 tahun bertugas di salah sebuah tempat makan ternama di New York kini kembali mengganas di Melawati.....pasangan gila dia, Chef Roy dari Marriot yang jugak baru balik dari perantauan...depa 2 orang ni lah yang dok menggila dan mengganas kat kawasan melawati, dekat-dekat taman permata la ni...habis ramai orang mengigau teringat kat masakan depa (dan teringat kat depa jugak!). Ada sekali tu sorang penggemar makanan-makanan sedap hardcore, Romie Pujaan berulang 2 kali makan kat situ dalam tempoh 30 minit lepas makan kali pertama! Dan aku memang bernasib baik sebab malam perasmian TLG yang baru, aku sempat berjumpa dengan RJ dan sorang lagi penulis blog yang hebat, CATZ di tempat yang sama....aku heran, sebab kami tak pernah berjanji nak kesana tapi pasal makanan, kami berjumpa kat TLG!

(tetamu yang sangat berpuas hati)

Chef Aidy specialises in many different types of cooking and Chef Roy ni pulak memang "pasta king" lah....aku cakap pasta king bukan pasal apa, aunty yang selalu makan nasi 20 sen pun tambah sampai 3 kali aglio olio! Aku sampai meleleh air mata tengok aunty makan sampai banyak tu! Aku memang tabik pada kedua-dua chef ni yang memberikan kasih-sayang pada makanan depa. Ini memang depa. Depa terjemahkan cinta depa pada masakan dengan penghasilan makanan-makanan yang hebat dari segi presentation dan taste! Palette aku memang teruji malam tu. Sengaja aku tak merokok hari tu sebelum makan dan aku banyak gargle sebelum makan sebab aku nak kan taste bud aku berada dalam keadaan fresh.

Sampai aja kat sana, aku dah bau kambing yang sedang dibakar. Fresh dan aroma bakar pada api dan temperature yang tepat, membuat selera aku teruja. Api yang betul dan temperature yang betul akan "sealkan" zat-zat dan jus-jus yang ada pada kambing itu dan bila di slicekan nanti, akan mengalir keluarlah all the goodness tadi. What comes together with it? Potatoes and gravy yang bagi aku merupakan satu kombinasi terbaik daripada Chef Aidy. Semua yang diciptakan sendiri. Chef Aidy bukanlah sorang chef yang cuma melihat dan mengarah. Chef Aidy is a very hands-on person. Semuanya dibuat sendiri. Ada sekali tu, dia sendiri yang buatkan TIRAMISU aku!

(ada antara depa ni yang janji nak pergi lagi this saturday...)

Pasta is "out of this world!". Seriously....terasa macam aku makan di hotel yang bertaraf michelin dikota-kota besar seperti Firenze ataupun Paris di sepanjang jalan Champs Elysee...Kalaulah aku ada hotel sendiri satu hari nanti, aku akan panggil Chef Aidy untuk designkan restaurant aku dan aku akan pakai nama dia. Terpampang kat depan entrance aku, nama chef dan restaurant tu! Macam jugak konsep-konsep restaurant diseluruh dunia la ni yang menggunakan nama-nama celebrity chefs di hotel-hotel besar dan salah satunya ialah di Conrad Tokyo!

The coleslaw, boleh rasa betapa segarnya lettuce-lettuce yang digunakan. Crunchy.....the dressing was so good sampai aku terlupa yang aku sepatutnya control my food. Aku jugak makan 4 kali malam tu. Satu kali kurang dari aunty. Yuya dari rumah lagi dah bagitahu nak makan pasta kalau ke TLG. Susunan makanan di atas buffet counter kecil juga sangat menyelerakan pandangan aku. Nicely arrange didalam bowl-bowl kaca. Chafing dishes tersusun rapi. Portioning yang kecil dan garnishing yang simple (tidak over do seperti tempat-tempat lain) membuatkan makanan terhidang sangat fresh. Kenapa aku kata fresh? Small portion equals to quick replenishment. Quick replenishment equals to a'la minute cooking. Nah...ini yang selalu aku bagitahu pada chef-chef aku di hotel-hotel 5 bintang tempat aku kerja. Tapi depa malas...nak kerja senang...masak banyak-banyak supaya satgi boleh relax....boleh lari hisap rokok kejap! Chef Aidy dan Chef Roy, masak the right portion. These 2 guys know what they are doing. They know the game too well!

( the proud chef cum owner of TLG)

Tahniah aku ucapkan pada perasmian dan pembukaan TLG yang baru dan macam aku kata dulu, TLG has been my favourite place ever since. Pssst...jangan tak tahu, aku dah booking depa for a VIP function yang akan aku organise di Bangsar nanti. Kalau depa tak bagus, aku tak kan berani buat kerja gila untuk corporate client aku!

22 ulasan:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

kami kena banyak belajar dari ankel lg tentang review makanan. catz pun memang terbaik bab makan2 neh. sorang lagi si kucingorengemok. hehehe.. memang terrer hangpa neh.

boleh masuk dalam pmcrew punya review. hehehe..

apapun, baca entri ni sahaja dah best, makan tak taw ah camner nanti!! hahahaha

Foodies berkata...

all the best TLG.. sempat kesana beberapi hari sebelum mereka tutup sekejap hari tu..
mmg hasil tangan kedua-dua chef ni mantap..
kena datang jugak before Ramadhan menjelma ni.. agak2 full house tak ye? First time datang dulu kena tunggu meja kosong, kebetulan ada bola kat tv masa tu, semua kaki bola tak nak bangun.. tu yg frust sikit tu, lepas tu ada satu order tak dapat.. tapi takpe, lepas ni nak repeat balik, harap2 TLG asingkan meja utk kaki2 bola ye.. saya datang betul2 nak menikmati kelazatan makanan kat TLG.. lagipun saya tak minat bola :)

ok Uncle, kalau jumpa kedua-dua chef ni kirim salam.. foodies.res-qedia.com akan ke TLG dalam masa terdekat untuk makan.. review tak tentu boleh buat ke tidak.. bila makan dah sedap sangat, pasti lupa nak buat review :D LOL

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik,

taniah buat chef Aidy dan chef Roy,
pada pak cik bawa bersabar kalau tengok makanan tuuuuu,,,


tq: ali baba

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

uncle
nanti nak pi TLG ni nak shoot gambaq food leh ka uncle?
macam best kat sini.....
OH marina comey............

rezeki berkata...

salam uncle

balik KL nanti boleh pi, tapi dimana lokasi kedudukan TLG ni pasal area Taman Permata tu besar

Nora berkata...

sejak dari entry pertama uncle pasal TLG, saya dah rasa teringinnn sangat nak pegi makan kat situ! sebab uncle kata sedap... confirm lah sedap! InsyaAllah I'll be there when I coming back to M'sia soon!

taj berkata...

Salam uncle....

uncle punya cerita...wat taj teruja betul lah...yelahhh org yg terror pasal food komen pasal food...pasti baiknya food kat TLG ni.......
taman permata t pernah sampai, tp melawati cam tak pernah sampai heheehe...
leh cite sikit cam ne nk gi ke sini...
tq tq tq

Uncle berkata...

Salam Pi.
Itu baru review dalam 10% saja. Uncle akan bagitahu review yang tulus ikhlas....straight from the heart. Kalau tak bagus pun Uncle akan bagi review jugak dan selalunya, kalau review tak bagus, itu supaya menjadi pedoman untuk kembali bagus....depa kena tengok from the +ve angle....

Uncle berkata...

Salam Ali Baba.

Pasal makanan, teringat kat bulan posa tahun lepas.....ada jugak penyamun yang tolong hantaq makanan...hahahahahah

40 penyamun!

Uncle berkata...

Salam Foodies.
Thanks for the comment. Woit dah pernah pergi ke? I think once in a while we should gather there at TLG. Sembang2 merapu! I heard CATZ is going there this saturday

Uncle berkata...

Salam Dilla.
Rasanya tak dak masalah kot....cuba tanya kat chef!

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Dekat area Giant Taman Permata. Kalau nak lebih lanjut lagi boleh masuk ke FB That Little Gerai and you'll find the direction. Uncle nak habaq tak reti!

Uncle berkata...

Salam Nora.
La...bila nak balik mai sini? Jangan lupa bok mai card "yak-yak yeah" naaa......ni...mamoo jadi mentara special punya kat cheq!

Uncle berkata...

Salam Taj. Tak susah....kalau sampai zoo negara, talipon uncle....uncle akan bagi direction...upah dia, aglio olio kat TLG! hahahahahah...

Nek Rock berkata...

Yoo Uncle dear salam,

Psstt Nek dah war2 kan kat FB about TLG:)

Ehh tak silap ke tadi Nek baca, Uncle makan 4 kali that night, oppss, lalalalala

Stay FOCUS:)

Uncle berkata...

Salam NR.
Makan 4X tu sebelum start diet...lalalalalalalal btw, thanks for "WAR-WARRING!" bout TLG. They are not going to regret.....will have to invite Anthony Bourdain to sample! He'll drop dead mannnn.....

Tengah focus bagai nak gila ni.....

Nek Rock berkata...

Hahahaha 4x sebelum start diet ek, phewww

Oh ya kena cari Mat Budin tu mai ke Msia boleh bawak ke TLG, hikkss drop dead huh, kasi dia jurai2 peloh

Stay FOCUS!! jangan gila:)

Uncle berkata...

Salam NR.
Thanks for the positive and remarks yang memberi semangat bagai nak gila...hahahahahah

autofocus!

norh berkata...

amboi, baca uncle review ja dah terliuq...kalau dekat, la ni jugak saya p aih.. tak dak ka kawan2 uncle yg bukak restoran best2 kat belah utara ni?

Uncle berkata...

Salam Norh.
Setakat ni belum ada lagi tapi Uncle ada perancangan kat belah2 gunung jerai tu sebab my partner ada kawasan kat sana. Tapi nak kena survey dulu persekitaran....chef pun kena yang betoi2 bagueh baru buleh pi sana...kalau dak, malu nanti bukak 3 bulan tutup 3 taon!

Rina Hakimah berkata...

salam "uncle"

i nak cuba this restaurant lah.. i read yr post abt it pun dah terliur.

i will fly to KL the last week of sept. Hope to meet up with you.

Rina,
Brunei.

Uncle berkata...

Salam Rina.
Great to know that you'll be flying in! Let me know in advance when are you coming.....btw, do you have my mobile number? Keep in touch!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...