Khamis, Julai 28, 2011

Merepek di pagi minggu!

Whaaaaat...a sin!
Hari minggu yang baru lepas, aku ada satu assignment untuk sebuah majalah jepun. Aku dimintak untuk mencari lontong. Of course yang akan bercerita pasal lontong tu, partner aku tapi tugas aku cuma ambikkan gambar-gambar lontong yang sexy! Since aku pun dah lama tak merasa lontong, aku jadi teruja nak pi cari yang terbaik yang pernah ada. Aku tahu satu area kat ampang tapi aku jarang kesana sebab selalunya breakfast aku cuma yang ringan-ringan saja sebagai contohnya, toast with jam ka, cicah kopi ka...kecualilah kalau tiba-tiba aku rasa ghairah nak makan nasi lemak double portion dengan sambal extra dan telur goreng...yang tu aku jenoh dok terkemut-kemut kontrol bagai nak gila...(NR....trust me!).

Sesampai aku kat situ, aku terus mintak permission kat brother situ untuk ambik gambar. Verbally and mutually agreed upon dan aku mulalah klik sana dan klik sini. Brother bagi aku lontong promo untuk aku ambik gambar dan aku order 3 minuman untuk aku, partner dan budak pompuan kecik! Sambil dok langut, ada teyy 3 layers sampai. Bila aku tanya ni nak buat apa, dia kata teyy ni nama dia "Teyy Goncang" dan dibuat khas untuk aku. On the house! Kelas......Dalam dok ralit aku ambik gambar dengan mendapat pandangan "heran" dari tamu-tamu yang lain, aku terpandang sorang lelaki berjubah dan berketayap berdiri kat depan kedai lontong tu. Lama aku belek dia atas dan bawah. dan last-last muka tulah yang aku tak pernah lupa dari dulu lagi, dari zaman aku kat SDAR Seremban masa form 1 dan dia dalam form 4 kalau tak salah aku. Prefect dan muka "boyish face" dia tu memang trademark dari dulu yang buat marka-marka kot-kot area Bongek tu tertunggu-tunggu! Aku terus jerit nama dia, "Suhardy!" Dia tengok aku dan kami bersalam dan bertanya khabar. Suhardy Garip ni baru lepas sembahyang subuh kat masjid berdekatan dan lepas berzikir dan bertahmit, dia mula merayap cari breakfast dengan ahli-ahli masjid yang lain.....to Bro Suhardy, it's been a long...long...time! You take care brother and may Malaysia win tonight....(aik? rasa-rasa tak kena topik nih!)

Homemade banana cake...superlicious..

Petang yang nan syahdu, aku dan keluarga lakukan satu lagi aktiviti berkumpulan. Kami bahagikan kepada 5 kumpulan semuanya dengan setiap kumpulan cuma ada sorang peserta. Aunty dalam kumpulan mandur. Abang dalam kumpulan goreng daging masak hitam. Yuya dalam kumpulan pukul batter nak buat kek. Marina dalam kumpulan lenyek pisang sampai lumat. Aku pulak yang paling special sekali. Aku termasuk dalam kumpulan "tukang rasa". Amacam, ramai tak? I t was a fun activity dan semua orang jadi sibuk semacam. Right arfter, kami ramai-ramai makan nasi dengan daging hitam yang abang masak. At 9pm pulak, kami potong banana cake tadi dan makan ramai-ramai sambil ada yang mintak kopi, ada yang mintak milo dan tak kurang yang mintak teyy. Dari mula sampailah habis makan dan cuci pinggan, yang dok melantak sakan dan kerja sakan, cumalah kami berlima saja! Hahahahahahah.....

kat depan rumah...tepi anak tangga..

Ni gambar pokok bunga kat depan rumah. Apa nama dia, jangan tanya aku sebab aku tak tahu menahu pasal pokok ni. Yang pandai cumalah wiwit. Dia lah yang dok bagi makan dan dok bagi mandi tiap-tiap pagi! Sampai ada satu pagi tu, aku terdengar orang dok bercakap kat tepi tingkap bilik aku. And true enough, it was wiwit yang dok bersembang dengan pokok karapoley aku! Aku tak tahu apa topik perbincangan depa tapi yang aku amat pasti, mestilah masing-masing bertanya khabar berita adik-beradik di kampung! Hahahahahahahah.....

Memang berbaloi!

Ni lah kedai brekpas yang aku dok bercerita tadi. Aku siap buat promo pree dengan nombor talipon sekali. Nun jauh disatu sudut, aku nampak sorang makcik Mat Salleh tengah dok lap peluh kat dahi sambil tangan sebelah lagi dok menyuap nasi lemak! Hmmm.....kena pi lagi nampak gayanya! Kalau anda teringin nak ke tempat ni, kenalah pergi awal pagi but after 7am.Tables and chairs are very limited. lebih afdal kalau bawak kerusi dan meja sendiri yang boleh dilipat-lipat supaya senang berubah tempat dengan harapan makcik tu tak sedar dan terlepas bayar! Hahahahahahah.....

Ahad, Julai 24, 2011

Family activity

Sebagai terapi minda aku yang sekarang agak berkarat, aku bercadang nak mengecat bilik tidur. Aku tanya kat WC berapa harga kalau aku nak upah cat rumah. Dia kira berapa besar bilik aku, apa cat yang aku nak guna, berapa orang dia nak upah cat, gung-gang...gung-gang....dia cakap RM1300! Woit...dia ingat bilik aku sebesar Presidential Suite kat Ritz ka??? Kalau nak ikutkan, mungkin size bilik tidur aku sama dengan size "walk-in closet" PS saja! Hahahahahah.....
Jadi aku pun berlari anak ke kedai hardware kat belakang rumah aku dan tanya kat ah pek tu berapa harga cat, batang berus panjang, berus dll dengan semangat berkobar-kobar. Satu semangat yang dah lama hilang dan satu semangat yang pernah aku rasa 26 tahun dulu masa nak lawan rugby dengan sms kuala pilah....(rival gila tuh!). Beli cat, warna yang aku rasa paling cun dalam dunia. Warna yang boleh menimbulkan semangat...hahahahahah! Balik rumah, plan pulak bila aku nak start beroperasi. Ni projek besar ni dan aku kena plan betul-betul. Berapa pekerja aku nak panggil dan berapa upah aku nak bayar! Lepas berhempas pulas macam nak buat paper BIO tahun 85, aku ambik keputusan mengambil 3 orang pekerja dan satu mandor untuk projek MEGA ni.
Tenaga import
Dinding aku dah bertahun tak disapu cat. Yang selalu mendapat lapisan-lapisan cat baru cumalah rambut aku! Contengan abang, yuya dan marina masih ada kat dinding. Sayang jugak nak padamkan dengan cat baru. Tapi demi citarasa dan mood yang hangat, aku terpaksa gantikan jugak. Di satu pagi ahad yang syahdu, aku bentangkan kain buruk, surat khabar lama, musking tape kan skirting kat bawah tu, dan bermulalah satu sejarah......aku tuang cat masuk dalam loyang cat. Abang bawak batang berus panjang dan jolok kat dalam berus baru. Yuya ambik berus besar tapi pendek dan Marina aku bagi berus yang paling kecik. Sengaja aunty beli yang kecik sebab tahu, Marina akan mengganas kalau kreativiti dia tak di beri penilaian.
Mahal ni....

Aunty mulakan dengan bahagian atas dan hujung@corner sebab kawasan tu paling aku benci nak buat. Renyah...remeh...dan buatkan mata aku juling dan leher aku tegang! Part-part tu aunty cukup berhemah! Baru aku dok bancuh cat, Yuya kata, "Tak apa Papa...Yuya boleh buat..." Aku senyum tengok anak aku. Dalam hati dok kata, "Amboi...baik sungguh dia!". Aku pun melilau dalam bilik aku tak tentu hala sambil dok pikir apa aku nak buat. Aku pegang batang panjang tadi nak sapu cat. Abang pulak kata, "Tak apa Papa, biar abang buat sebab nanti Papa sakit belakang!". Amboi anak terona aku.....boleh diharap...hahahahahahah. Aku melilau lagi kat dalam bilik yang sekangkang kera ni. Masih lagi dengan kepala otak aku yang blank....sama blank dengan kepala otak aku masa ambik paper Physics tahun 85 dulu...hahahahahah! Baru ingat nak sapu cat yang tumpah ke lantai, Marina pulak cakap, "Tak apa Papa, biar Marina yang buat....sebab kat atas tu Marina tak sampai!". Pergh....aku hantuk kepala aku kat sinki dalam toilet sebab tak sangka anak-anak aku semuanya "berprestasi tinggi!"

Ataih depa sapu, bawah pun depa sapu...aku nga-nga!

Bila dah selesai sebelah dinding kami (as a matter of fact, depa) cat, aku pun berkira-kira nak simpan semua peralatan dan kemaskan bilik tidur aku. Aku dok ralit lipat sulatkhabar lama, Wiwit pulak datang dan bagitahu kat aku, "Tak apalah Pak, biar saya yang buat....Bapak tentu dah capek mengecat satu dinding!". Fuyoo.......aku teruja...aku teruja....usaha aku selama ni sangat-sangat dihargai anak-anak aku.....dan jugak Wiwit! Hahahahahahah.....Aunty masuk bilik dan tanya..."Nak minum apa?". Aku dengan keadaan yang sangat letih dan capek, terus jawab, "coke with ice please...".
Amboi baik sungguh anak-anak aku. Bukannya aku suruh atau kerah depa pun. Tapi depa sendiri volunteer nak tolong aku. Aku pun tak teringat yang masa aku kecik dulu, aku pun suka tolong orang. Yang aku ingat cuma bagi orang susah! Hahahahahah.....takpa....niat anak-anak aku suci lagi murni. Depa nak tolong Papa depa. Depa pun bukannya suka tengok aku bersusah-payah buat kerja berat-berat...maklumlah...kembang hidung aku bangga. Tak sangka yang depa ni sayang sungguh kat aku.
Depa marah bila aku cuma nak cat satu dinding saja. Depa nak cat satu bilik tapi aku kata jangan.....pasai nanti next week aku dah takdak apa-apa activity berfaedah!

Aku tak paksa depa sampai jadi lagu ni...sungguh aih...
Habis cat satu dinding, aku pun dengan rendah hati ucapkan terimakasih kat anak-anak aku semua sebab bertungkus-lumus nak membantu aku. Depa bersusah-payah buat semua untuk aku. Depa bersemangat tak bagi aku pegang batang berus, tak bagi aku cat dinding dan sampai tak bagi aku nak kemaskan bilik balik. Terharu sungguh aku. Lepas aku ucap terimakasih kat depa, aku tengok muka depa blurr....aku heran. Aik pasai apa muka depa jadi blurr? Pelan-pelan Yuya cakap kat aku, "Papa....papa ingat kami cat PREE ka?". Waktu tu aku pulak jadi BLURR!!!!!  


Rabu, Julai 20, 2011

TLG has grown up!

Aku pernah bercerita pasal tempat makan ni dulu dalam blog aku beberapa bulan yang lepas. Chef Aidy yang aku kenali di Mekah sewaktu dia buat umrah ini sangatlah berpengalaman luas didalam apa juga jenis masakan especially western food. Kalau aku kata western food, anda jangan tersalah anggap dengan limited western food yang kita dok makan kat gerai-gerai tu seperti chicken chop etc. Maksud aku really-really good 5 star hotel western food! Chef Aidy yang lebih dari 20 tahun bertugas di salah sebuah tempat makan ternama di New York kini kembali mengganas di Melawati.....pasangan gila dia, Chef Roy dari Marriot yang jugak baru balik dari perantauan...depa 2 orang ni lah yang dok menggila dan mengganas kat kawasan melawati, dekat-dekat taman permata la ni...habis ramai orang mengigau teringat kat masakan depa (dan teringat kat depa jugak!). Ada sekali tu sorang penggemar makanan-makanan sedap hardcore, Romie Pujaan berulang 2 kali makan kat situ dalam tempoh 30 minit lepas makan kali pertama! Dan aku memang bernasib baik sebab malam perasmian TLG yang baru, aku sempat berjumpa dengan RJ dan sorang lagi penulis blog yang hebat, CATZ di tempat yang sama....aku heran, sebab kami tak pernah berjanji nak kesana tapi pasal makanan, kami berjumpa kat TLG!

(tetamu yang sangat berpuas hati)

Chef Aidy specialises in many different types of cooking and Chef Roy ni pulak memang "pasta king" lah....aku cakap pasta king bukan pasal apa, aunty yang selalu makan nasi 20 sen pun tambah sampai 3 kali aglio olio! Aku sampai meleleh air mata tengok aunty makan sampai banyak tu! Aku memang tabik pada kedua-dua chef ni yang memberikan kasih-sayang pada makanan depa. Ini memang depa. Depa terjemahkan cinta depa pada masakan dengan penghasilan makanan-makanan yang hebat dari segi presentation dan taste! Palette aku memang teruji malam tu. Sengaja aku tak merokok hari tu sebelum makan dan aku banyak gargle sebelum makan sebab aku nak kan taste bud aku berada dalam keadaan fresh.

Sampai aja kat sana, aku dah bau kambing yang sedang dibakar. Fresh dan aroma bakar pada api dan temperature yang tepat, membuat selera aku teruja. Api yang betul dan temperature yang betul akan "sealkan" zat-zat dan jus-jus yang ada pada kambing itu dan bila di slicekan nanti, akan mengalir keluarlah all the goodness tadi. What comes together with it? Potatoes and gravy yang bagi aku merupakan satu kombinasi terbaik daripada Chef Aidy. Semua yang diciptakan sendiri. Chef Aidy bukanlah sorang chef yang cuma melihat dan mengarah. Chef Aidy is a very hands-on person. Semuanya dibuat sendiri. Ada sekali tu, dia sendiri yang buatkan TIRAMISU aku!

(ada antara depa ni yang janji nak pergi lagi this saturday...)

Pasta is "out of this world!". Seriously....terasa macam aku makan di hotel yang bertaraf michelin dikota-kota besar seperti Firenze ataupun Paris di sepanjang jalan Champs Elysee...Kalaulah aku ada hotel sendiri satu hari nanti, aku akan panggil Chef Aidy untuk designkan restaurant aku dan aku akan pakai nama dia. Terpampang kat depan entrance aku, nama chef dan restaurant tu! Macam jugak konsep-konsep restaurant diseluruh dunia la ni yang menggunakan nama-nama celebrity chefs di hotel-hotel besar dan salah satunya ialah di Conrad Tokyo!

The coleslaw, boleh rasa betapa segarnya lettuce-lettuce yang digunakan. Crunchy.....the dressing was so good sampai aku terlupa yang aku sepatutnya control my food. Aku jugak makan 4 kali malam tu. Satu kali kurang dari aunty. Yuya dari rumah lagi dah bagitahu nak makan pasta kalau ke TLG. Susunan makanan di atas buffet counter kecil juga sangat menyelerakan pandangan aku. Nicely arrange didalam bowl-bowl kaca. Chafing dishes tersusun rapi. Portioning yang kecil dan garnishing yang simple (tidak over do seperti tempat-tempat lain) membuatkan makanan terhidang sangat fresh. Kenapa aku kata fresh? Small portion equals to quick replenishment. Quick replenishment equals to a'la minute cooking. Nah...ini yang selalu aku bagitahu pada chef-chef aku di hotel-hotel 5 bintang tempat aku kerja. Tapi depa malas...nak kerja senang...masak banyak-banyak supaya satgi boleh relax....boleh lari hisap rokok kejap! Chef Aidy dan Chef Roy, masak the right portion. These 2 guys know what they are doing. They know the game too well!

( the proud chef cum owner of TLG)

Tahniah aku ucapkan pada perasmian dan pembukaan TLG yang baru dan macam aku kata dulu, TLG has been my favourite place ever since. Pssst...jangan tak tahu, aku dah booking depa for a VIP function yang akan aku organise di Bangsar nanti. Kalau depa tak bagus, aku tak kan berani buat kerja gila untuk corporate client aku!

Ahad, Julai 17, 2011

Liverpool dan pengajarannya..

Pengajaran 1

Kawn lama aku selalu teringatkan kat aku. Satu petang yang syahdu, aku dapat satu sms misteri yang aku tak sangka berlanjutan sampai 7-8 kali berbalas sms.Penghantar sms yang aku kenal baik dari tahun 1981 bertanya samada aku nak tengok Liverpool main bola ka tidak. Aku sempat berpikir dan balas balik sms tu dengan jawapan pendek tapi pasti....dari situ dia bagitahu kat aku yang satu tiket rega dia RM108. Jadi bila aku congak balik, total dah boleh aku beli ikan selama sebulan makan anak-beranak...aku ambik keputusan menolak pelawaan syahdu tu. Since kami berdua ni baik dari zaman sekolah, dia tanya samada aku nak tiket "Training Session" ke tidak dan yang ni aku jawab "OK, aku nak" dengan tanpa malu!Aku bertuah sebab dapat kawan-kawan yang masih lagi ingatkan kawan-kawan lain walaupun didalam situasi sibuk sekalipun. Aku berterimakasih pada IQ dan Dada yang masih lagi ingatkan aku dan keluarga. Bagi aku, persahabatan yang ikhlas tanpa ada niat yang tidak baik, bantuan dan pertolongan yang tulus kepada sesiapa saja, insyAllah akan diberkati melalui pelbagai cara. Dan salah satunya ialah melalui persahabatan seperti ini. Maksud aku bukan sebab nak tiket bola....hahahhahahah btw, kalau ada tiket kapalterbang ke Anfield, tolong lah bagitahu siap-siap ya...hahahahahahh!

(poster yang terpampang kat luar stadium BJ)

Pengajaran 2.

Kami keluar dari rumah pukul 5.30 petang dan sampai tepat pukul 6.30 selepas bertukar lrt di Chan Sow Lin. Masa nak naik keretapi ni aku ternampak satu peristiwa syahdu lagi. Ada sorang lelaki buta bertongkat yang tiba-tiba menuju ke landasan ke Bukit Jalil sambil tangan kanan dok mengetuk-ngetuk tongkat ke jalan. Baru aku nak bangun pegang tangan dia bagi duduk, ada sorang budak muda yang aku rasa dalam 17 tahun umur dia, pakai jeans koyak rabak dengan subang kat telinga dan baju HRC bingkas bangun terus pegang tangan orang buta tadi dan dibagikan tempat duduk dia ke lelaki KU tadi. Aku tergamam. Aku bangga. Aku seronok melihat situasi sihat semacam ni. Alhamdulillah....minda sivik kita masih kuat dan bertambah kukuh dengan adanya anak muda yang macam ni. Peristiwa di LRT stesyen tu bukan disaksikan oleh aku sorang tapi ratusan orang lain lagi yang sama-sama dalam perjalanan menuju ke bukit jalil untuk menyaksikan Liverpool.

s
(...to buy or not to buy...that is the question..)

Pengajaran 3

Sekali lagi di LRT tapi kali ni didalam perjalanan pulang ke ampang bila ada 2 orang budak pompuan dok seronok bersembang dengan nada suara yang agak kuat. Amboi aku tengok depa leka sungguh. Sekali-sekala aku dengar jugak apa yang depa dok bercerita. Biasalah cerita banyak berkisar kepada college life. Pasal kuliah dan pasal berpersatuan.Topik perbualan remaja yang sangat fresh! Dalam dok berhimpit-himpit macam sardin tu, tiba-tiba ada sekumpulan makcik-makcik veteran masuk. Sekali lagi hidung aku kembang kuncup bilamana 2 orang budak pompuan tadi dengan secara automatik bangun, cuit bahu makcik-makcik tadi dan jemput duduk kat tempat depa.....Wah.....aku suka ni...aku tak sempat nak ambik gambar tapi aku janji pada diri sendiri yang aku akan masukkan dalam entry baru aku sebagai cerita pengajaran. Kadang-kadang kita cuma suka dok highlight benda-benda negative yang anak-anak remaja kita dok buat. Once in a while, kita mestilah bagi credit yang tepat pada depa dan berbloglah pasal benda-benda yang positif macam ni.

(suasana didalam stadium yang cukup meriah)

Masa kat stadium tu jugak aku tengok ramai anak-anak muda kita dok meniaga. Tak kiralah samada burger bogel ka....sprite cair ka.....baju immitation ka....tapi sekurang-kurangnya niat membantu dan pegang duit sendiri tu sangatlah murni. Ada yang tolong mak-bapak dan tak kurang jugak yang meniaga dengan kawan-kawan. Depa rajin, depa pandai mencari peluang dan depalah yang akan menjana ekonomi negara secara langsung ataupun tidak langsung....well done guys!

(abang dok menghayati teknik-teknik latihan)

Ramai yang pergi ke stadium hari tu bawak kamera yang lensanya panjang berdepa. Aku pun teringin jugak. Teringin nak merasa ada satu, teringin nak ambik gambar-gambar menarik dengan kamera panjang macam belalai gajah tu dan teringin nak explore lagi hobi baru aku ini.....yang buat masa sekarang ni masih tak mampu lagi...hahahhah Aku suka tengok depa bergaya dengan Canon etc. Aku dulu tak berpeluang dan cuma merasa kamera KODAK yang aku pinjam dari Joey masa dia dapat hadiah harijadi daripada arwah bapak masa kami kat henry gurney telok mas dulu....anyway, yang ni tak dak pengajaran apa-apa.....hahahahahah

e
(yuya asyik dok tengok gk depa dilatih tubi)

Dalam kita dok berseronok tengok Liverpool dok training bola tu, apa salahnya kita pandang sekeliling dan cuba cari nilai-nilai murni (macam buku BM Yuya) yang ada disekeliling kita. It's refreshing dan sikit sebanyak memberi terapi minda pada kita....kalau bukan pada orang lain, mungkin pada aku......

Btw, semalam aku sempat tengok Liverpool lawan Malaysia dan aku berbangga dengan semangat sukan yang ada sebab walaupun penyokong Liverpool penuh satu stadium dengan baju merah, tapi kain rentang dan mafler masih lagi bendera Malaysia. Bila Shafiq dan Safee jaring gol, bergegar satu stadium.....aku jadi confuse.....baju lain...sorak lain....Dalam pada tu aku tersenyum bangga sambil hingus meleleh bila terbaca..."Liverpool in my heart, Malaysia in my soul!"





Ahad, Julai 10, 2011

Lazy sunday morning!

Pagi ni sama jugak macam pagi-pagi minggu yang lain, aktiviti aku sekeluarga tetap padat macam bas mini nombor 12, SS2 tahun 80-an dulu! Terjaga awal dah menjadi kebiasaan untuk aku walaupun di hari minggu. Aktiviti pertama mestilah ke marrket...mak aii....harga ayam sekilo dah RM8.50! Last week RM9.00! Aku tanya Sam pasai apa mahai sangat? Sam dengan discreet bagitahu kat aku yang minggu ni dah murah 50 sen! Eleeh...Sam....hang dah untung banyak dah...jangan nak kelentong aku la! Dalam kepala otak, aku dah berangan nak bela ayam sendiri pulak! Macam tahun 70-an dulu bila arwah mama bagi kami sorang sekor anak ayam yang kami bela sampai raya untuk jadi hidangan sendiri! Aku paksa ayam aku makan dedak sampai tercekik sebab nak cepatkan tumbesaran anak ayam aku dan melebihi anak2-anak ayam adik-beradik aku yang lain! Hahahahahah....aku selalu confuse ayam aku dengan ayam Joey (abang aku yang immediate atas aku) sebab kaler dia sama....jadi supaya tak confuse, aku cat sikit pakai "pemutih kasut" kat ponggong anak ayam aku supaya aku tak lupa yang mana satu aku punya, yang mana satu Joey punya...aku selalu bertengkar dengan Joey sebab aku rasa ayam aku lebih besar dari ayam dia....masalah timbul bila ayam aku main hujan dan kapur kasut tu hilang warna.....untuk menyedapkan hati, aku menangis kuat-kuat dan cakap ayam yang besar sikit tu aku punya....Joey tension, dia bagi anak ayam dia kat aku! Hahahahahah

(pandangan syahdu..)

Balik dari marrket, aku suruh anak-anak aku siapkan barang untuk ke sungai gabai mandi sungai. Depa horey....aku horey-horey! Pukul 8.30 kami asyik dok breakfast kat Dusun Tua. Kami pergi stall lain pulak kali ni. Dengan tujuan nak makan kuih saja, tapi last-last aku tersasar makan kueh teow+mee hoon dan resultnya, aku naik 3 kilo! Hahahahahah...Maka dengan niat yang suci murni, aku janji esok aku start diet balik dan seusai Ramadhan, aku mesti langsing ke 74 kilo! Puncanya, aunty hadiahkan baju raya kat aku yang kecik sekecik-keciknya!!!!!! Pergh...semangat.....semangat.....

(pandangan sisi supaya tak nampak pandangan ngeri perut aku!)

Kami berendam sampai kecut satu badan...."Langit Tak Selalu Cerah" bak kata Husin Abu Hasaan. Dan sememangnya langit tak cerah langsung....kami pack barang dan terus ke kereta. Dalam pada dok pack barang tu, aku nampak sorang budak lelaki dok mundar-mandir bogel kat dalam sungai. Umur dalam lingkungan 12 tahun kot. Aku rasa dia sorang "anak istimewa" sebab dia pi melawat semua keluarga yang ada kat tepi sungai tu dalam keadaan bogel! Habis lari anak-anak dara semua. Sapa yang bakar ayam, dia ambik seketul....sapa yang makan karipap, dia ambik seketul.....takpalah rezeki dia...dia pun anak istimewa....tak dak dosa ni budak ni...aku yang dah capai kamera, pendamkan saja niat aku sebab aku bersimpati dengan dia....

(yuya macam ni lah selalu..)

Balik dari gabai, aku ingat nak stop kat DT kat air panas untuk rendamkan kaki aku yang lenguh tak buat apa-apa....baru nak stop, hujan jadi lebat....aku pandu terus...lepas dalam 200 meter, hujan stop pulak dah! Angin punya pasal, aku berhenti kat kedai buah di tepi jalan. Aku tanya makcik, amboi banyak buah kampung hari ni....makcik cakap memang banyak la ni....musim buah la ni.....lega la sikit duit poket depa....aku bangga sebab makcik tu berdikari dan bersusah-payah jaga kebun, petik buah, buat gerai kat tepi jalan dan bersengkang-mata tunggu durian untuk dijual....aku beli buah beberapa kilo dengan niat nak makan dan dengan niat membantu makcik tu yang jaga kebun buah keliling rumah dia....masa aku nak melangkah ke kereta lepas bayar, aku tanya lagi makcik tu...."Makcik, buah tahun ni menjadi sungguh yea.....untung la makcik pokok buah keliling rumah.....". Makcik senyum dan jawab, "Buah ni semua dari Mantin dik....". Hahahahahahahah!

(gaya budak 13 tahun kat tepi sungai!)

Balik rumah makan laksa. 2 pinggan aku tibai...la ni aku pulak kena tibai terlentang mengah! Ok lepas ni aku nak pergi fetch Yuya pulak dan hantar abang ke sekolah. So, macam tulah routine weekend aku yang tak seberapa hebat ni tapi aku puas sebab masa aku habis dengan keluarga....apa lagi yang lebih penting untuk aku selain daripada keluarga!

(aku ingat gambar aku yang slim, rupa-rupanya abang....hahahahah)

Sabtu, Julai 02, 2011

Busy Saturday

Semalam hari Jumaat. Friday evening merupakan satu waktu yang sangat penting bagi aku kerana selepas dinner, aku dan aunty akan keluar "dating". Yang ni kami lakukan every friday evening dan anak-anak pun dah tahu. Since depa pun dah besar sikit, aku dan aunty rasa, we need a little "space" too to ourselves. Kami akan keluar jalan-jalan ke KLCC, GE Mall, Pavillion ataupun mana-mana saja yang kami nak pergi. The fun thing is, we'll go and check out new shops, boutiques etc....last week aku try baju kat Paul Smith dan aunty try jacket kat GAP. 2 weeks before that kami ke Banana Republic dan Zara....ala....bukannya ada duit nak beli pun...but since kami keluar berdua, sajalah nak rasa balik macamana kami dating dulu almost 20 years ago! That is Friday evening yang special untuk aku dan aunty saja! In fact last night kami cuma ke starbucks drinking coffee for 3 hours! It's fun though.....guys, do it once in a while....

Hari Sabtu dan hari-hari lain pulak kami khaskan untuk anak-anak. Schedule for Saturday aku mula sangat awal. 6.30am aku dah hantar Yuya ke sekolah sebab dia ikut rombongan sekolah pergi camping kat ulu yam kalau tak salah aku for one night! Seminggu sebelum dah start cerita tak habis-habis...err, aku rasa aku dulu pun macam tu jugak kot...hahahahahah.

Lepas hantar Yuya aku bergegas balik rumah dan kejut abang pulak sebab 7.30am aku nak kena hantar abang ke masjid bukhary kat tepi VI sebab dari situ depa akan ke Sungai Buluh lawan bola. Aku kejutkan aunty sekali sebab kami ada program tersendiri. Lepas hantar abang kat tepi masjid tu, aku dengan aunty terus cabut ke taman tasik titiwangsa. sempat kami keliling titiwangsa sebanyak 3 round. Aku berpeluh sakan. Aku rasa 500 gram turun kot.....tapi tak sedap hati jugak sebab malam nanti aunty nak buat sambal sotong dengan nasi lemak! So basically, it doesn't really help much! Hahahahahah...

(2 best friends melepak kat tepi padang VI)

(abang and the gang otw to garisan permulaan 100m...glad that he won gold!)

(bang...aku pulak yang terkejut!)

(aku jumpa model ni dalam STAR LRT)

(melentuk2 child model ni...hahahahahah)

Hari ni ada VI sport's day. Dan sebagai papa dan mama pada anak-anak yang sangat aku sayang, aku kenalah support anak-anak aku. Pukul 1pm aku, aunty dan Marina dah naik LRT ke stesyen Hang Tuah. Abang masuk 2 acara final. 100m dan 4X100m. 100m dapat emas tapi satu lagi dapat perak. Well done...aku tahu abang dah berusaha bersungguh-sungguh. In fact 200m pun abang dapat gold manakala 400m dapat silver dan 1500m dapat bronze. Anyway, pada abang, papa tahu yang abang berusaha sangat bersungguh-sungguh selama ni walaupun jadual abang sangatlah padat dengan latihan bola setiap hari. Di kesempatan ini papa nak ucapkan tahniah pada abang sebab berjaya dalam bidang sukan hari ni dan jugak sebab performed well in the mid year exam with 7a's. Well done abang, mama and papa support you all the way! Kita kembung makan nasi lemak malam ni...hahahahahahahah!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...