Isnin, Januari 31, 2011

Jalan-jalan

(paul smith....shh, jangan cakap kat aunty sini ada banyak PS!)

(di tegallalang....yang ada padi kat terrace tuh!)

(aku makan mie goreng kat kedai ni...simple decor with rustic wooden furnitures)

(banyak kedai yang menjual portraits kat sini....bawak balik boleh jual!)

(breakfast kat balcony...kelas......macam Julia Roberts!)

Kalau dah sampai kat sini, tak bolehlah duduk diam-diam kat rumah sambil makan jagung bakar kat balcony....tak achi tu! That's not doing justice kata orang...Jadi tiap-tiap hari aku berjalan-jalan sekitar kawasan ubud ni. Elok berjalan. Selain daripada bakar lemak yang dok menimbun pasal nasi padang, jugak aku berkesempatan nak ambik gambar.

Aku jalan ke kanan menghala ke starbucks yang satu-satunya ada kat ubud ni dan cilok masuk ke kiri. Masih lagi penuh dengan kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan. Suasana sungguh meriah dengan pelancong memenuhi kedai-kedai yang ada. Tawar-menawar pun hebat. Ada sekali tu, aku nak cari seluar besar yang kat thailand depa panggil "fisherman's pants". Aku pun pergilah ke pasar ubud yang letaknya cuma 50 meter dari tempat aku. Masuk kat situ, pergh....macam marrket chowrasta kat penang road tahun 70-an....banyak sungguh jualan depa. Setiap ceruk dan setiap pelosok ada saja orang dok meniaga. Aku pun tanyalah perihal seluar besar tadi tu. Ada sorang pompuan tu bagitahu kat aku, katanya Rp150,000 selai...amboi mak, mahainya! Aku kata 30,000. Dia kata 90,000. Aku tawar lagi 30,000. Dia cekak pinggang kata 75,000. Aku jelin kedai sebelah dan habaq kat dia 30,000. Dia jelin-jeluat lagi kat aku, dia kata 45,000. Aku angkat kaki dan belek yang kat kedai sebelah. Dia cuit aku dan kata last price...35,000. Aku bayaq, ambik seluaq dan jalan.......ada jugak aku jelin-jelin kot-kot julia roberts ada dok tunggu aku lagi ka? Heh3...

Jalan lagi dan sampai kat satu kedai batik. Alamak, cantiknya batik bali. Aku suka yang short sleeve. Kalernya pun vibrant dan sangat menarik. Kepala otak dok kira-kira berapalah harga baju raya aku ni? Selai? Dua lai? 3 lai? Hmmm.....aku nak ambik jugak nanti. Harga pun mengancam! Aku jalan lagi....sampai kat satu kedai CROCS. Aku belek kasut kat situ. Pergh...aku dah berkenan kat satu lagi yang depa dok gantung kat tepi tingkap. Kasut ni memang aku minat tapi brand dia SANUK. Tapi design "boya" ni pun sama macam design Sanuk jugak...tengok tapak, tengok harga...alamak, boleh tahan jugak harga dia ni tapi masih murah dari kl kalau tak salah aku. Kepala otak ligat dok kira pasal kasut raya aku! Hmmm.....

Ada sekali tu masa aku dok jalan kat satu lorong, aku ternampak ada satu kedai tu nama dia "PJ@ Putrajaya". Aik, macam kenal nama ni...mungkin orang sana mai bukak kedai kat sini kot....aku ambik gambar sekeping dan nanti aku masukkan dalam mana-mana entry aku.

Ada satu festival besar malam ni kat sanur. Semua orang akan ke Sanur Beach untuk buat "offering". Aku diajak sama untuk tengok, ambik gambar dan buat cerita tapi aku tak pasti lagi sebab badan aku rasa macam kurang sihat pulak, asyik dok ronda-ronda tak ingat dunia! Malam tadi masa aku balik ke Yuliati House pun, Ibunya ada tanya kat aku samada nak ikut sama ke tidak...kalau nak ikut, depa boleh usung aku naik lori sama depa! Huh, ambik....naik lori!

Ahad, Januari 30, 2011

Upacara

(bawak orang mati ke pura@temple)

(masih bergerak ke pura)

(dok berjualan dikaki lima)

(menarik..)

Bali ni terkenal dengan pelbagai upacara keagamaan. Majoriti penduduk disini berugama hindu dan depa ni terkenal dengan acara-acara yang berlaku setiap hari...sebagai contohnya, anak yang baru lahir pun dah ada banyak upacara. Seminggu selepas tali pusat gugur ada acara, bayi berumur 42 hari "mekale-kale" yang bermaksud bayi mulai boleh masuk ketempat-tempat suci seperti "merajan@small temple" ataupun dipanggil "ngambuangin", selepas 3 bulan ada upacara yang dipanggil "3 bulanan" yakni bayi boleh memijak tanah dan belajar duduk, lepas tu ada "satu ottonan@6 bulan bayi", upacara mengikuti hari ulangtahun untuk bayi di bali adalah setiap 6 bulan dan bukannya 1 tahun.... "3 ottonan@18 bulan", bukan disebut bayi lagi tapi sudah menjadi anak besar dan acara besar harus diadakan dengan menggunakan "pandita@tok imam" akan datang kerumah untuk membaca mantra untuk anak tadi. Kemudian ada "menek keleh@menstruasi pertama untuk anak perempuan dan suara mulai garau bagi anak lelaki". Lepas tu ada upacara "mesangih@metatah@potong gigi" yakni gigi taring diasah supaya tumpul dengan hasrat agar segala sifat buruk akan hilang...Bila dah cukup umur sudah boleh kahwin. Upacara pernikahan dipanggil "pawiwahan". Sangat besar, seluruh kampung diundang secara lisan oleh tuan rumah. "undangan adat@keluarga terdekat" adalah sekitar 200 orang manakala majlis resepsi diadakan samada di dewan atau dirumah lebih kurang dalam 200-1000 orang jemputan. Samada masak sendiri ataupun catering....

Kematian pun besar jugak yang dipanggil "mesin pendigeni@ditanam dikubur" tapi ceremony lain masih belum berjalan. Lepas tu ada acara "ngaben@pelebon". Yang ni lagilah besar upacaranya disertai oleh lembu replika yang akan dibakar sama dengan tulang dengan harapan lembu itu akan membawa mayat tadi ke syurga. Upacara bakar lembu replika tu dipanggil "pasupati@menghidupkan lembu" dalam erti lain, dipanggil roh lembu itu untuk menghantarkan orang mati tadi ke "alam baru". Abu orang mati tadi dibuang kelaut dan dipanggil "nganyut@buang ke laut", selepas 12 hari hanyut, dibuat pulak upacara besar dirumah yang dipanggil "ngasti".

Jadi bagi pelancong asing yang datang kesini, upacara-upacara yang semacam inilah yang dinanti-nantikan. Mat salleh berbondong-bondong dok ambik gambar masa semua upacara berlaku. Ada yang tak pakai baju, ada yang tattoo seluruh badan, ada yang tindik telinga dan ramai yang datang cuma pakai seluar pendek dan tak pakai baju. Sibuk dok ambik gambar.....pelancong-pelancong ni semua tak kena marah atau kena sergah tapi sebaliknya, depa diminta berpakaian sopan oleh orang-orang sekeliling kalau nak sama-sama mengikuti acara....itulah yang buatkan banyak jugak documentary yang dibuat pasal pulau bali ni...

Catatan-catatan aku selama dibali, berkenaan dengan upacara-upacara keagamaan ni semua adalah merupakan "catatan dari kaca mata pelancong" yang perlu diambil sebagai setakat nak tahu apa depa buat dan sedikit sejarah dan tak berniat menyentuh hal-hal sensitif.....Sekali lagi, kalau ada yang nak tahu berkenaan bali, especially ubud yakni kat mana nak cari kerusi-meja, handicraft, kaca hiasan, pinggan-pinggan dll bolehlah e=mailkan ke shahrir_a29@hotmail.com dan aku akan jawab. Tak lah pandai sangat tapi aku pun akan tanya kat orang jugak....kalau nak mai melancong dan teringin nak duduk ditempat yang macam aku duduk pun boleh tanya dan aku cuba tolong jawab nanti.....ok....da....sampai ketemu esok...malam ni aku ada special dinner kat jimbaran beach. Orang kuat sini bawak pi makan heh3.......naiklah 3 kilo kot!

Sabtu, Januari 29, 2011

Yuliati House

(morning ritual setiap hari)

(mendoakan rezeki cara bali)

(aku jumpa budak ni nangis sebab kena sergah dengan 3 ekor anjing ganas!)

(preparation for dance and procession di istana ubud. Aku ada dalam ribuan orang kat situ...heh3...)

Aku tinggal di Yuliati House. Aku rasa tenang tinggal kat sini bukan sebab harganya mahal dan kelengkapannya lengkap, tapi pasal ada "chemistry" dan "warmth" kat situ. Aku dilayan macam satu keluarga bila aku tinggal kat YH. Kalau tidak masakan orang Jepun sebelah kanan boleh tinggal situ sampai 9 tahun dan balik ke jepun cuma sebulan setahun! Rumah di sebelah kiri pulak dihuni oleh sorang lagi jepun yang sepatutnya duduk bali selama 1 minggu tapi dah bertambah jadi 2 bulan.

Pasal apa percutian selalu ditambah disini? Salah-satunya ialah keramahan orang bali yang anggap kita sebagai keluarga depa. Breakfast dihantar ke balcony aku setiap pagi dan bila aku balik, ditanya samada aku nak minum kopi ataupun tidak. Duduklah melepak dengan anak-anak dia kat ruang depan rumah. Depa pun satu keluarga nanti datang bersembang dengan kita. Even Pak Kadek yang dok kemas bilik dan sapu sampah pun akan bercerita kat kita pasal bali, sejarah, masyarakat dll. Semalam aku tengok Pak Kadek dok mengajar pompuan jepun sebelah kiri aku buat yoga sambil tangan kiri dia masih dok pegang penyapu! Macam tu pun ada...

Nak makan dan minum, aku boleh masuk ke dapur dan buat sendiri. Cuma la ni aku malas nak masak maggi ataupun masak air, so aku makan kat kedai yang memang berlambak-lambak ada kat sini. Pilih saja nak apa, semuanya ada...penyet tak penyet semuanya ada! Nama Yuliati tu sebenarnya nama sempena anak kedua dia yang selalu dok pi menari keluar negara sampai ke jepun, amerika dan eropah. Pak dia ajar gamelan dan lukisan bali, mak dia mengajar menari kat laman rumah dan adik-adik dia semuanya pandai menari tapi masih bekerja di bank-bank di bali. Nanti kalau aku ada masa, aku akan cuba dapatkan gambar anak-anak dia yang dok menari tu. Kawasan depa tak besar, cuma cukup untuk depa buat 10 cottages yang disewakan pada orang mostly on a long stay basis. Simple tapi menarik...isyhhh, awat kita tak buat lagu tu?

Aku keluar rumah dan pergi ke pura@temple yang ada kat tepi rumah. Tengok ramai pelancong datang dengan bas, kereta dan scooter. Yang bayar duit mahal-mahal, dapatlah depa duduk kat kerusi plastik kat dalam kawasan. Aku pulak yang jalan berlenggang, duduk lah kat luar pagar! Awat, tak reti-reti? So aku tak dapat ambik gambar sebab flash aku tak sampai. Dengar cerita cukuplah yea!!!

Tarian depa banyak ceritanya. Mengikut bab dan mengikut hikayat. Setiap tetamu akan dibagi sinopsis cerita sebelum start tarian. Since aku tak bayar, aku carilah sinopsis cerita tadi kat pelancong-pelancong yang dah baca dan letak atas lantai....dengan harapan ada lah angin tiup mai kat kaki aku, boleh aku baca dan paham sama cerita dia...tsk...tsk...tsk...

Pergerakan mata, jari dan kepala sangat ketara. Muka punyalah bengis...mengalahkan muka "warden" aku dulu masa kat sekolah! Aku ingat kalau muka tu duduk kat sekolah lama aku, tak payahkan warden, even cuma patung tu pun budak-budak dah kecut perut! Lepas lenguh belakang sebab berdiri lama, aku duduk pulak kat anak tangga. Mata masih liar dok tengok show pree tu. Bila habis dan pelancong keluar ramai-ramai, aku pun join sekali macam orang bayar Rp75,000 jugak...heh3....

Pada pembaca blog aku yang nak bertanya berkenaan bali atau bertandang ke bali dan ada pertanyaan khususnya pasal ubud, do write to me in the comments nanti and I will answer the questions as much as possible....Jumpa lagi!

Jumaat, Januari 28, 2011

Welcome to Bali

(pintu masuk small@tiny rumah aku)

(pemandangan balcony aku)

(pemandangan dari balkoni aku dan dibawah tu ada sungai!)

(3 dogs and a boy!)

(didepan istana raja ubud diadakan tarian kecak dan barung, aku tengok jugak...dari tepi!)

Selamat datang ke Bali! Itu ungkapan masa aku mula-mula sampai ke airport Denpasar. Flight was on time dari waktu berlepas sampai lah aku selamat tiba di bali. Yang lamanya cuma pemeriksaan di imigeresen sebab tetamu terlalu ramai dan pegawai-pegawainya sangat berhati-hati maklumlah, sekarang banyak jugak kes-kes berkenaan dengan dadah dll sedang hangat diperkatakan di pulau dewata ni. Macam yang lepas, Pak Komang dah tunggu aku kat luar airport. Berpeluk sakan kami walaupun baru sebulan jarak last trip aku kesini....Pak Komang ni drama kot....heh3....tapi ternyata, PK memang sangat baik orangnya....

Dari airport ke Ubud ambil masa selama 1 jam jugak sebab "macet". Dan dalam perjalanan, PK bawak aku dan tunjukkan aku satu boutique hotel yang mahu dijual. Ditengah-tengah sawah dan sangat cantik. Ada pool bila keluar pintu bilik...hebat ni....esok lah aku beli satu! Heh3.....Contact dia aku ambik untuk disimpan. Mana tahu esok-lusa duit turun dari bumbung, boleh aku beli resort tu dengan bendang-bendang kat tepi tu sekali!

Kami terus ke Ubud dan ke Yuliati House, tempat aku akan tinggal selama sebulan aku disini dan bulan-bulan yang akan datang. Depa sambut aku dengan baik sekali dan bawak aku untuk tunjukkan bilik aku. Pak Kadek kata bilik aku hebat sebab mengadap gaung dan bawah gaung tu ada sungai.....malam-malam ada bunyi cengkerik lagi...esok pagi ada ayam jantan berkokok! Hebat.....sebelum Pak Kadek melangkah jalan, dia cakap kat, "Pak, air hangatnya bagus....nyaman sekali kalau mandi diwaktu paginya...". Aku jadi seronok sebab Pak Kadek dah cerita macam-macam kat aku......badan aku punyalah letih. Makanpun dah mula kurang. Elok untuk aku kuruskan badan yang tak berapa nak kurus 3-4 bulan ni....

Malam tu aku tak dapat nak lelap tidur. Kipas angin yang tangkai panjang berjuntai dari ceiling aku tu dok buat bunyi pelik..."kriok...kriok...kriok...kriok...". Aku terlupa pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar aku dengar bunyi ayam jantan berkokok kuat kat tepi telinga! Pergh...Pak Kadek memang tak tipu aku. Aku berjalan dengan mata layu pergi ke toilet nak mandi.....pagi tu memang nyaman udaranya...pergh, sekali lagi Pak Kadek tak tipu aku! Aku masuk berdiri kat dalam long bath, shampoo, body gel, loofah semua dah siap....dalam sejuk-sejuk macam tu aku teringat kata-kata Pak Kadek semalam, "Pak, air hangatnya bagus...enak sekali kalau mandi diwaktu pagi...". Aku siap nak mandi. Posisi hebat.....pegang kepala shower, pulaih kuat-kuat......tunggu 2 minit, pulaih kepala shower lagi, tunggu lagi 2 minit....aku teringat lagi kata-kata Pak Kadek. Aku jerit nama Pak Kadek kuat-kuat........dan kesudahannya, errrr....aku pi office tak mandi pagi hari tuh!

Khamis, Januari 27, 2011

Jangan Betulkan TV Anda...

Errr, jangan betulkan TV anda.....Anda semua berada disaluran yang betul. Cuma buat kali ini, sekali lagi aku berada di Bali kerana tugas yang tersangatlah mencabar! Aku akan berada kat sini......so kalau sapa yang teringat nak ke bali especially di ubud, kindly let me know. Currently aku jadi pemastautin sementara kat ubud...nice and quiet place!

Rabu, Januari 19, 2011

Gabai lagi...

(rendam kaki saja kat air panas kat dusun tua tu...kalau kat jepun dah rendam satu badan ni...)

(lepas mandi sampai tak ingat dunia!)

(2 beradik tengah dok mengenang nasib...)

(sangat tenang kat sini,,,highly reccommended for a half day trip!)

(kononnya terra la ni..heh3...)

Aik, patah balik cerita pasal sungai gabai? Yes...memang aku patah balik sebab hari tu cerita tak habis...ala-ala iklan twisties! Pagi tu kami keluar awal (sunday). 7.30am kami dah breakfast kat tepi IKBN DT. Awalnya!! Aku memang tak suka mulakan hari aku lambat...apa-apa pun aku akan buat awal pagi. Pi marrrket pun pukul 6.30 pagi. Samantha baru nak bukak kedai, aku dah tunggu nak beli ikan...bagi aku, kalau even aku pergi pukul 9am, bagi aku half the day is gone! Berbalik pada sungai gabai...hari tu kan kami tak bawak baju, sekali ni kami bawak baju macam nak pergi seminggu...Puas! Minuman panas aunty dah siapkan 3 flasks. Sampai kat air terjun, rupa-rupanya kami kereta nombor 3 yang sampai dulu. Macam biasa, toilet dulu...lepas tu anak-anak aku kalut dok cari wakaf mana depa nak melepak. Bila dah jumpa wakaf yang depa suka, errr, actually wakaf tu aku yang suka....VETO....depa terus terjun sebab baju dan swimming trunk dah siap pakai dari rumah. Siap gantung gogle kat leher lagi. Patutlah anney roti canai masa breakfast tadi dok gelak kat anak-anak aku! Marina makan roti canai pakai "one piece swimming suit!"

Pagi-pagi air terjun kuat. Depa terus redah pi duduk bawah air terjun...macam dok body massage. Punyalah sejuk! Aku pun mula-mula buat-buat malu...tapi tengokkan abang dengan yuya tak mahu nak naik, aku pulak yang turun...taklah lama manapun...5 minit aku dah lari naik dan tukar baju, baca mingguan malaysia. Sejuk ya' amat...sambil baring kat wakaf, atas tikar yang kami bawak, ada pulak bantal satu, aunty bagi lagi milo panas secewen....mulalah mulut aku dok "HOW-HOW" menguap! Dekat 3 jam depa dok berendam dalam sungai dan air terjun. Aku dah mula risau tengok depa. Orang ramai mula dok datang satu persatu. Penuh lah pulak kawasan tu. Dalam pukul 12 tengahari aku pun ajak depa balik sebab yuya ada training bola pukul 3 petang nanti. Kalau balik awal sikit, dapatlah yuya rest sekejap sebelum turun training...

On the way nak balik, kami singgah kat tepi jalan kat sungai lui untuk beli bahulu. Aunty dengan yuya suka makan bahulu. Berhenti dan beli sambil sempat posing ambik gambar sekeping kat depan kedai bahulu. Ternyata bahulu tu memang sedap pasal tak sampai 2 hari balang plastik tu dah kontang! Rupanya marina yang dok nyap-nyap masa sapa pun tak dak kat rumah! Memang aku surrender betul hari tu. Dalam perjalanan balik, kami singgah sat kat air panas untuk rasa berapa panas air tu....bila rendam kaki, alamak, memang "syaannn" (orang penang kata syiok....). Temperature was just nice ala-ala boleh buat half boil egg gitu! Kalaulah tempat tu dapat dibersihkan macam sungai gabai, aku rasa banyak kereta yang akan stop kat situ....betul-betul tepi jalan dan belakang bus stop tepi pagar IKBN DT! Strategic habis....

Macam yang aku dok risau sangat tu, balik dari sungai gabai, kami demam 2 hari! Tu lah, main air sangat...padan muka!

Isnin, Januari 17, 2011

Wan Langkawi

(Wan didepan rumah dia. Kereta sebelah tu bukan Wan punya!)

(ada sikit rezeki untuk Wan sekeluarga)

Masih ingat dengan cerita aku masa di Langkawi dulu berkenaan dengan sorang budak dari sebuah keluarga yang tak berkemampuan? Wan nama budak tu. Tahun ni nak ambik SPM. 15hb hari tu sama jugak dengan bulan-bulan yang lepas, Wan menalipon aku bertanya khabar selain daripada mengucapkan terimakasih kat aku sebab membantu dia. Aku pun tanya berkenaan pelajaran dia dan semua kelengkapan persekolahan dia dan keluarga dia. Wan kata semuanya ok berjalan lancar. Alhamdulillah. Dalam gambar tu Wan nampak ceria. Tak tahulah kalau dia buat-buat ceria cuma nak sedapkan hati aku kot...tapi, aku ada spy yang membantu aku pantau keadaan Wan. Takut kalau-kalau dia terjerumus kearah negatif. Ponteng sekolah ka, race motor ka, buat benda-benda tak elok ka, dan setakat ni masih lagi terkawal. Begitu jugak dengan kesihatan dan keadaan kakak dia berserta keluarga kakak dia. Semuanya ok kata spy aku. Pada spy aku, aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih diatas bantuan anda dan semoga Allah sajalah yang dapat membalas jasa baik spy aku tu.

Tujuan aku masukkan cerita Wan ni bukannya pasal nak menunjuk atau apa-apa, aku nak ajak pembaca aku sama-sama membantu adik-adik kita yang tak berkemampuan. Adik-adik kita ni memerlukan bantuan dan bimbingan. Nak kata aku banyak duit, tak jugak sebab aku masih lagi pi balik-pi balik dengan motor kapchai aku....nak bantu dari segi tuition macam yang AL MANAR buat, aku dok kerja dan tak dapat mengajar adik-adik yang memerlukan....nak bagi banyak duit, rezeki aku taklah semewah orang lain.....tapi ada satu yang insyallah akan aku usahakan lagi. Yakni carikan pusat kemahiran untuk Wan masuk belajar dan lepas tu aku rasa tanggungjawab aku kat adik Wan dah selesai...pandai-pandailah cari duit sendiri! Kemudian mungkin dibukakan mata dan hati aku untuk membantu adik-adik yang lain pulak....mana lah tahu....Ada jugak aku berhasrat, kalaulah aku ada hotel sendiri, aku nak panggil semua adik-adik atau anak-anak yatim ni tadi kerja kat hotel tu. Ni satu lagi cara yang aku pikir boleh membantu depa.

Bukan niat aku nak riak, takbur ataupun sombong. Niat aku cuma nak membuka mata pembaca agar turut sama membantu adik-adik yang memerlukan. Kerana Allah! Ada rezeki sikit, kita kongsi cara sikit.....ada rezeki lebih, kita kongsi cara lebih.....

Sabtu, Januari 15, 2011

Air Terjun Sungai Gabai

(marina letih dan lenguh2 badan lepas swimming satu pagi!)

(entah pasal apa abang dok sengih....)

(yuya dok horey2 macam kat jacuzzi!)

(pasar kat hulu langat. ikan tak ada tapi orang ada dijual!)

Hari ni hari sabtu. Malam tadi aku tidur pukul 2 pagi. Mata nak sambung lagi tengok bola nak habiskan 2nd half, tapi asyik dok terlelap kat depan tv, aku ajak abang terus masuk tidur. Pagi ni aku bangun awal jugak. Baru pukul 6 pagi, mata dah celik pikir apa nak buat satu hari ni....Terus keluar bilik jalan pergi-balik 53 kali depan tv....pelan-pelan anak aku sorang-sorang bangun tidur sambil cakap, "Ohayoo Papa...". Aku tengok muka sorang-sorang malas dan senget sebab depa dok ngantuk lagi...since aku bangun awal, anak-anak aku pun agaknya dah terikut bangun awal jugak...

Kami keluar pergi breakfast sekejap dan terus balik rumah. Tengah aku dok leka baca paper, yuya tanya, "Papa, hari ni nak pergi mana?". Hmmm...aku diam tapi kepala otak aku ligat dok pikir apa nak buat hari tu. Lepas 10 minit, aku cakap jom pergi hulu langat....depa tanya, apa aku nak buat kat hulu langat? Aku jawab yang aku pun tak tahu tapi kalau nak explore, jom...kita pi sama-sama...Dengan muka tak mandi walaupun dah breakfast tadi, kami berderet-deret turun ke kereta macam itik tak tentu arah! Heh3...

Aku pandu menuju ke bukit belacan. Sampai kat satu simpang, aku belok kanan dan jalan terus. Bila nampak signboard ke "Lookout Point" aku belok kekiri dan naik keatas....adalah dalam 10 minit perjalanan, aku sampai kat satu simpang 3. Berdepan dengan Agro Resort, aku belok kiri dan memandu terus tanpa tujuan...Budak-budak dok sibuk bertanya, mana aku nak pergi? Aku cakap ikut sajalah sebab aku sendiri pun tak tahu mana aku nak pergi! Aku memandu terus dan melepasi IKBN Dusun Tua. Bila sampai kat IKBN Dusun Tua, aku teringatkan kat roommate aku si Hafiz tahun 91 dulu yang duduk satu bilik dengan aku kat wisma belia sama-sama berkursus bahasa jepun. Hafiz ni jugaklah yang aku jumpa lagi sekali kat IKBN Alor Gajah masa aku dijemput untuk bagi ceramah kat budak-budak hospitality dulu. La ni Hafiz dah jadi pensyarah kanan kat IKBN AG.

10 minit melewati IKBN DT, aku sampai kat satu simpang ke sungai gabai. Lalu dan belok kekanan dan terus memandu. Nampak pulak road sign Sungai Lui. Aku tanya budak-budak, ingat tak dengan sungai lui? Dahi depa berkerut. Jadi aku suruh aunty pasangkan cd aizat. Then depa teringat yang salah-satu lagu aizat ada bertajuk "sungai lui". Yuya cakap, "ooo sini ka?" Abang becok dok bercerita yang dia pernah datang sini lawan bola peringkat daerah dulu masa wakil Hulu Langat. Cantik padang tu.

Sampai kat satu lagi selekoh, aku nampak signboard ke Air Terjun 2km kekiri. Aku belok dan masuk jalan kampung yang sempit. Anak-anak orang asli baru keluar ramai-ramai lepas main kat sungai sambil dok kunyah kelapa! Huh kelapa? Kelapa yang depa belah tu depa kunyah ramai-ramai sambil dok berjalan....heh3...anak-anak aku makan twisties, budak-budak tu dok mengunyah kelapa@nyoq! Aku mula berleter sikit bagi depa sedar diri....

Sampai kat entrance aku bayar untuk parking dan tiket masuk. RM4.....parking kat mana-mana asalkan tak menggangu perjalanan orang lain. Dapat satu parking. Aku ke toilet dulu. Bersih.....suasana agak dingin@nyaman dengan deruan air sungai dapat aku dengar. Anak-anak aku dah tak sabar nak ke sungai. Kami jalan laju ke sungai. Sampai kat sungai, aku dongak ke depan dan nampak pulak air terjun....pergh...lama tak mandi kat air terjun ni! Mata anak-anak aku dah tak berkelip sebab ni lah first time aku terbawak depa ke air terjun! Memang kami tak ada plan hari tu, cadangnya cuma nak survey tempat. Jadi baju extra untuk mandi memang kami tak bawak. Yuya tanya kat aku samada dia boleh mandi dan aku jawab ok. Baju? Aku cakap tak payah pakai baju.....Seluar? Aku cakap pakai aje seluar pendek yang dia dok pakai tu....Kalau basah? Aku cakap biar aje basah......Depa horey-horey dengar aku cakap macam tu.

Ada anak-anak tangga yang menuju keatas bukit. Aku terserempak dengan budak-budak pompuan yang dok turun tangga masa aku nak naik. Depa kata, "Pakcik, kat atas best....ada gelongsor...". Aku tanya depa, jauh lagi ka? Depa kata dah tak jauh....tapi tak jauh depa merupakan jarak yang sangat memeritkan lutut dan paha aku. Rasa macam nak tercaabut tempurung lutut aku. Pemandangan sangat cantik dan keadaan sekeliling bersih. Banyak tong-tong sampah disediakan dan plastik-plastik sampah besar digantung kat tepi-tepi wakaf. Macam ni kalau RM10 pun takpa.....

Bila sampai kat atas, memang ramai orang dok bbq dan mandi. Seronok sungguh depa. Aku pun sama naik! Yuya sempat mandi sat manakala yang lain cuma rendamkan kaki sebab kami tak bawak baju extra. Pukul 12 kami jalan turun balik. Yuya tergelincir tersentak kat pinggang tapi ok. Yuya nasib baik sebab tangan sempat capai pemegang kat tangga. Nasib baik dia jadi goal keeper, kalau tidak, mahu terlepas masuk gaung! Serious tak tipu!!

Dalam kereta semua sibuk dok bercerita bila lagi kami nak datang lagi sekali kat tempat tu. Depa buat-buat suara sedih....."bilalah Papa nak bawak datang mandi air terjun lagi...?". Aku diam....Lepas 2 minit depa tanya lagi...."Bilalah Papa nak bawak kita lagi ni...?".Aku diam.....". Lepas 3 minit, depa tanya lagi....."Bilalah Papa nak bawak mandi sini lagi...?". Aku jeling kat cermin, aku cakap, "Esok pagi pukul 7 siap cepat...". Horey.............depa menjerit...buat kali ke 13,453......aku kalah dengan anak-anak aku!

Khamis, Januari 13, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

(makan tengahari ditahun baru keluarga aku..)

(mouthwatering traditional new year japanese food cooked by aunty. Kids and me suka sesangat!)

(nak jugak tidur dalam khemah marina...errrr best jugak!)

Aku tahu yang aku dah terlambat. Terlambat nak mengucapkan selamat tahun baru pada pembaca yang budiman sekelian...aku sayang dan hormatkan pembaca-pembaca aku semua. Terimakasih kerana membaca. Pada malam tahun baru yang lepas, aku bawak anak-anak aku dan aunty untuk menonton "Siti Di Alam Fantasi" di Istana Budaya. Budak-budak seronok tak ingat dunia sebab inilah kali pertama depa nak menonton theater. Nak ke istana budaya ni taklah jauh dari rumah aku. Naik highway ampang, turun dan masuk tun razak, bikin u-turn zupp-zapp, kona kiri, dah masuk parking IB. Memang senang dan cepat ala-ala masak maggi. Bila aku bukak pintu nak turun kereta, aku perasan ada sorang lelaki yang bertubuh perkasa sedang dok memandang aku. Aku turun jugak walaupun dalam kepala otak aku dok pikir macam-macam....Baru tutup pintu kereta, aku disapa lelaki perkasa tadi yang datang bersama isteri dan anak kecik depa. Katanya, "Err, abang ada tulis blog dari Mekah dulu kan?". Aku terkejut, aunty terkejut dan anak-anak aku bertambahlah terkejutnya depa! Aku angguk-angguk dan bersalaman. Tak sempat nak ambik gambar masuk dalam entry ni. Nama pun aku tak ingat. Jadi pada adik sekeluarga yang menegur aku pada malam tu, aku ucapkan terimakasih kerana perasan dan aku mintak maaf banyak-banyak sebab tak ingat nama.....By the way, kalau kita jumpa lagi, tolonglah tegur sebab Uncle ni cepat lupa....maklumlah rambut pun dah putih!

SDAF malam tu memang menarik. Anak-anak aku gelak mengekek-ngekek bila tengok si Johan yang jadi pokok dalam cerita tu. Seminggu jugak depa dok mengulang dialog SDAF. Marina pun sama naik jugak! Ni lah satu-satunya masa yang membahagiakan aku. Bila dapat duduk sama-sama ni, merasai nikmat hidup berkeluarga, amboi syukur aku! Mana nak cari saat yang macam ni? Malam tu kami tidur lambat sebab seronok melangut tengok bunga-api (kembang api di indonesia). Pukul 1 pagi, yang sedar cuma aku dengan abang. Yang lain-lain dah "Stairway to Heaven".....

Pada hari tahun baru, aunty bagitahu yang dia akan masak special. Kami pun pergilah susun kerusi dan meja kat tepi kolam itik kat depan rumah. Perut dah lapar gila dan kami tak sarapan sebab nak tunggu tengahari. Maklumlah kami ni kan perut unta....makan hari ni boleh simpan sampai lusa...heh3...Yuya dengan Marina dok kalut tolong aunty kat dapur. Masak nasi lah, potong sayur lah, lap pinggan lah...abang pun sama naik jugak. Sama-sama kerja keras sebab nanti nak makan banyak...

Bila semua dah terhidang dan lepas doa, kami terus serbu makanan macam singa tak makan seminggu! Amboi mak, cepat sungguh kami makan. Tak sampai 20 minit, main dishes dah selesai...salad dah habis....semua tersandar kat kerusi. Heh3...Aunty puas sebab masakan dia laris kat tepi kolam!

Kami tak ada apa aktiviti pada hari tu selain daripada melepak saja anak-beranak sambil tengok tv dan bersembang. Tu pun aku rasa dah cukup bahagia! Heh3...Selamat Tahun Baru!

Jumaat, Januari 07, 2011

Bali Babak 3

(spanish villa, sempat pi tengok bilik dan ngopi kat situ untuk dapat ilham..)

(depa dok ukiaq batang pokok....tu pun aku dah dapat ilham..)

(lorong sempit tapi kat dalam, villa depa memang macam lagu..."take my breath away..."

(cafe di ubud...look at that mate....aku pun nak macam ni satu!"

(ngopi kat 3 monkeys...)

Beberapa hari aku kat sana, membuatkan aku dah mula berangan nak duduk lebih lama! Seronok duduk kat tempat orang ni. Arwah Mama dulu kata kalau ada "tahi lalat" kat kaki, kita akan jalan jauh....Lepas mandi pagi tadi, bila kali pertama aku belek kaki aku lepas 42 tahun, aku ternampak ada "tahi lalat" ditepi jari kaki aku di kaki kiri dan kanan! Pergh.....mama terra! Jadi, at one time aku ada kata yang kaki aku dah gatal nak jalan lagi....hmmm, tak lama lagi.....tak lama lagi...heh3...

Malam terakhir aku kat sana, aku tak jadi keluar malam sebab malam tu Malaysia nak final bola kali ke 2. Penat satu Kuta aku cari kacang GOOD tapi tak jumpa. Last-last aku order caesar salad sambil tunggu waktu bola start. Sementara bola nak start, aku jalan sat keliling hotel. Aku pi lobby, lobby kosong....aku pi kat pool, pool kosong...aku pi kat restaurant, restaurant kosong....aku pi kat depan hotel mengadap beach, aik, beach pun kosong! Mana depa semua dah lari? Aku lepak kat lobby sat selama 20 minit sambil cari ilham. Aku tengok bumbung dia, aku renung lama-lama...aku tak perasan ada berlaku kebocoran walaupun hujan turun dengan lebat bagai nak ribut. And to tell you the truth, malam sebelumnya, hujan turun paling lebat pernah aku rasa siap dengan bunyi macam typhoon lagi...tapi masih tak bocor@tireh. Aku berani kan diri menjengok ke belakang reception counter yang aku tahu, staff dok tunggu waktu siaran langsung bola! Aku panggil sorang staff nama Made dan aku tanya apa material depa pakai kat bumbung tu. Made kata depa pakai lalang yang dianyam. Dan katanya lagi, lalang yang kering dan dianyam, boleh tahan sampai 10 tahun dan tak perlu ditukar dan tak bocor. Maksudnya, lalang tu memang "bocor proof!". Aku kaget....la................awat kita tak buat lagu tu? Pikirkan, orang kalau susah, macam-macam cara dia buat....sangat creative....tapi bagi kita yang bila celik mata semua dah ada depan mata, lalang tu memang tak dak value apapun! That gives me an idea of the next project yang dalam perancangan la ni!

Aku patah balik ke bilik sambil kepala-otak dok pikiaq pasal lalang tadi....Tiba-tiba aku teringat filem Hussin Abu Hassan di tahun 70-an yang berjudul "Bunga Padi Berdaun Lalang!" Heh3.....Rupa-rupanya HAH sorang saja yang pandai guna lalang! Kat situ jugak aku terbayang senyuman gatal@crook si HAH di poster panggung odeon kat penang road (odeon kalau tak salah aku, la ni jadi kedai letrik didepan Line Clear!).

Perjalanan balik ke bilik mesti melalui balcony-balcony ataupun beranda guest-guest yang lain. Kami menyapa walaupun tak kenai sapa....tapi yang pasti majority are australians. Depa pergi bercuti dari X'Mas sampailah ke tahun baru. Dari situ aku cuba bandingkan antara pulau bali dengan pulau langkawi. Apa bezanya....apa yang depa boleh buat tapi kita tak boleh buat....forget about clubs, girls, etc....just focus on products and services rendered....dia pun macam siam jugak. Satu kampung satu product. Pelancong berlumba-lumba pi tengok depa dok buat kerja kat tepi-tepi jalan. Pelancong kecoh dok snap gambar. Pelancong kecoh dok buat booking nak tengok "Kecak" dan "Barong". Kita pun ada menari lagu tu...i.e zapin etc...tapi pasai apa kita tak buat betul-betul? Anyway, aku dah dapat satu idea lagi....nanti hangpa jangan dok tiru naaa.......

Di kampung-kampung pulak depa ada package memasak makanan kampung. Pelancong berlumba-lumba nak belajar masak dari the locals. Sorang sampai RM150! Masak sendiri dan makan sendiri....program macam ni ada aku bagitahu dulu kat tempat lama aku...tapi...macam biasalah....even makcik-makcik kat kampung yang buat, bukannya kat hotel! Amboi, kaya-raya makcik tu....dan yang paling famous disana, ada satu program masak kat kampung yang sangatlah berjaya pun! Sapa yang mengajar masakan bali@indonesian ni? Surprise-surprise...an australian!!! Heh3...

Sampai waktu untuk aku berangkat balik dengan 1001 kenangan, cerita dan ilham yang aku dok simpan kat dalam poket la ni. Masa kat epot bali, rupa-rupanya masa nak keluar aku kena tax pulak....dah lah aku dah tukar currency, tapi dia kata, RM pun boleh Pak....waduh.......RM85 lesap di epot Bali......

Isnin, Januari 03, 2011

Bali Babak 2

(one of the shops)

(tempat ni memang cantik...kaler tone kat dalam memang sexy!)

(kerusi-kerusi untuk pool....order jugak!)

(depa jalan ke temple untuk upacara keagamaan)

(paddy terrace...awesome!)

Hari ke 2 aku disana dipenuhi dengan pertemuan-pertemuan penting dengan para pengusaha disana. Banyak tempat yang aku melawat dan "frankly speaking", pada trip kali ni, kebanyakkannya aku "terpesona". Tak selalunya aku akan bagi statement yang macam ni tapi sekali ni, memang aku serious gila. Boleh dikatakan apa yang aku tengok semuanya aku gila! Not so much of Kuta nor Nusa Dua tapi aku sangat teruja dengan suasana damai di Ubud. Kedai-kedai handicraft dia, paintings dia, tanaman padi terrace dia, ketenangan perkampungan dia yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional dia, dan sudah semestinya hotel-hotel, villa-villa, mansion-mansion dan yang pasti, cafe's yang sangat meruntun-runtun nafsu aku untuk duduk ngopi dan mencari ilham....dalam kepala otak aku, alamak, bilalah aku nak ada business yang macam ni? Yang aku boleh melepak, ngopi, menulis, membaca dalam keadaan santai, relax dan masih lagi mampu melakukan aktiviti-aktiviti harian yang tak melemaskan jiwa dan raga? Insyallah satu hari nanti.....

Bali bagi aku adalah satu tempat yang sungguh mendamaikan. Mungkin sesuai dengan aku yang dah agak berpuluh tahun terkejar kesana dan kemari melayan tetamu dari segenap pelosok dunia. Pagi tu lepas selesai aku berjalan, aku ke destinasi pembuatan kerusi. Kerusi yang dibuat memang aku tahu, sangat mahal 2-3 tahun sudah bila depa launched product ni. Dan salah satu design yang dipanggil "cocoon", yakni 4 kerusi dan satu meja yang boleh disusun menjadi bentuk cocoon kalau tak digunakan, telah memenangi hadiah design terbaik antarabangsa dan ini merupakan hasil pembuatan eropah. Salah satu tujuan aku kesana adalah untuk mencari furnitures untuk dihantar balik ke malaysia untuk projek terbaru aku. Memang pusing kepala aku sebab banyak sangat kedai atau gudang yang membuat kerusi-meja yang macam ni. Finally aku berjumpa dengan apa yang aku nak. Kerusi-kerusi ni semua adalah "multi weather". Maksudnya kalau aku letak ditepi pool ataupun di tengah padang yang cuacanya tak tentu hala, furnitures ni:

1. takkan luntur warnanya
2. takkan karat
3. even cushionnya takkan pudar warna
4. tahan hujan dan panas

Kebanyakkan hotel-hotel di malaysia dah pun menggunakan product ni. Menarik dan aku kesian bila aku tahu yang depa kena bayar berpuluh-puluh ribu untuk hanya beberapa set. Bali merupakan tempat depa assemble rupanya, sebelum dihantar keluar lagi sekali. No doubt china pun produce benda ni sekarang tapi aku cadangkan pada yang nak beli tu, hmmmm, pikirlah 10 kali. Memang product depa murah tapi quality akan dipertikaikan selalunya! Synthetic fabric ni datangnya daripada europe manakala batang-batang besi dari surabaya dan di bali, depa pasang dan export!

Selesai tengok dan decide mana yang kami perlukan, kami beralih ke tempat lain pulak. Kawan ada bertanya, mana aku nak pergi dan aku cakap aku nak pergi ke Hard Rock Bali sebab nak beli t-shirts yang dipesan. Whoosh.....kami terus kesana. Macet bagai nak gila sebab dah nak tahun baru. Finally kami sampai. Aku tak ambik masa lama kat dalam HR Shop tu sebab aku dah tahu apa yang aku nak, kaler apa, design apa dan size apa. Masuk saja, aku terus capai dan bayar kat counter. Cewek tu pun terkejut tengok aku! Heh3.....What's for dinner? Aku terus ke restaurant di HR Hotel. Meriah. Buffet selection was not that great. Aku expect lebih baik dari tu.....dengar music sekejap kat lounge sebelah sebelum aku melangkah nak ke mobil. Perjalanan dari HRH ke hotel penginapan aku ambik masa almost 40 minit. Bila aku sampai kat hotel dan sebelum turun kereta, aku tanya kat Pak Komang, "Pak....kalau saya nak jalan dari Hotel ke HRC berapa jauh Pak?". Pak Komang sengih-sengih bagitahu yang jaraknya cuma 100 meter dari lobby hotel menghala ke kiri! Grrrrr.....

Ingatkan malam tu nak melepak kat beach tapi angin sangat kuat sampai aku kena pegang tiang....kalau sapa nak pasang api rokok, aku rasa sampai esok pagi pun tak mahu menyala...heh3...a good reason to actually quit smoking...look who's talking! Jadi dengan angin yang kuat, hujan yang renyai-renyai, aku atur langkah balik ke bilik, melepak kat dalam long bath, bukak pintu toilet, bukak CD yang speaker BOSE tu sambil dengar "chill out music/cafe del mar". Pergh............heaven!

Sabtu, Januari 01, 2011

Bali Babak 1

(aku duduk dihotel ni di kuta)

(salah satu sudut hotel)

(nak kebilik aku)

(bikil aku kat hujung tu!)

(pemandangan dari lobi ke laut di kuta beach)

(street in kuta)

(sekejap lagi aku nak pergi surfing...heh3...)

(bilik aku ada pool, yeay!)

(pemandangan dibilik)

Minggu lepas aku jadi bertambah sibuk. Lepas saja anak menakan aku kahwin, aku dah mula bersiap-siap untuk ke Bali pulak. Ada urusan sikit. Oleh sebab ini pasal urusan, jadi aku pergi sendirian tak bawak keluarga. Perjalanan dengan airasia sangat smooth dan menyenangkan. Terhinggut-hinggut kepala aku masa dok naik tu. Maklumlah lately aku dok tidur pukul 2-3 pagi. Bukan pasal buat kerja, tapi dok melangut tengok tv...ni last first time aku ke bali. Selalunya cuma dengar cerita dari aunty dan jugak dari pembacaan aku di internet etc. Aku tahu yang pulau ni memang power dengan tourism jadi kesempatan yang Allah bagi kat aku, aku tak sia-siakan. Pergi ke bali untuk tengok dengan lebih dekat macamana perjalanan tourism dikendalikan. Sangat menarik bilamana aku dapat pergi kesemua tempat-tempat menarik dan berjumpa dengan orang-orang penting kat sana. Pergh...banyak akan aku cerita nanti...

Sampai aku kat Bali, ada orang yang menunggu untuk dibawak ke hotel penginapan di Kuta. Hotel ni sangat menarik sebab berada betul-betul mengadap laut dan disinilah tempat orang ramai dok surfing. Hotel tak besar tapi sangat selesa. Bilik aku menarik sebab ada pool didalam bilik! First time ni...Haru-biru sat!! Aku tak ambik masa lama untuk explore bilik. TV flat screen yang besar melekat kat dinding. Sound system BOSE memenuhi impian cuti/kerja aku. Bathroom yang boleh memuatkan seramai 10 orang mandi serentak sangat kreatif bilamana bilikair dia takdak bumbung dan jamban dia takdak dinding! Part kat jamban ni tak boleh buat dengan 10 orang serentak...yang tu kacau! Separate kitchen dengan full kitchen facilities membuatkan aku kaget. Aku dok melilau kat dalam bilik sorang-sorang sampai pening...

Keluar sekejap untuk ke lobby dan mencari idea. Tengok pool...pergh...tengok restaurant depa, pooh...tengok landscaping depa, aku surrender lah...memang cantik dan dijaga rapi. Aku keluar jap untuk beli sim card dan dapatkan nombor baru. Town center yang penuh sesak dengan manusia. Macet....hujan turun pulak, lagilah macet! Ngopi sat kat tepi jalan sambil dok cari idea apa aku nak buat nanti dan tengok suasana cafe depa yang berlambak-lambak tu. Cari idea...cari idea...Lepas 2 jam, aku balik lagi ke hotel. Rest sekejap sebelum keluar lagi untuk makan malam pulak kat tepi laut dekat dengan Hyatt ka apatah, aku pun dah lupa.....

Menarik...menarik dan aku sangat happy dengan trip ni. Sorry, aku nak keluar sekejap sebab aunty nak masak special untuk kami makan tengahari nanti. Jangan lupa, hari ni aunty buat "Lunch Special" sebab hari ni hari Raya depa!!!!

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...