Ahad, Februari 28, 2010

Cuti Maulud Nabi

(icon kat sini...)

(pokok kabu pada sapa yang tak pernah tengok tapi selalu dok kecoh cari bantal kabu masa nak tidur!)

(ada show tapi lambat sangat nak tunggu)

(tempat ketuk padi. masa ni aku dapat call dari badd from kl!)

(kalau aku buat rumah ni kat ampang amacam?)

(jalan masuk ke makan mahsuri)

(aku berkenan sungguh dengan rumah kayu ni...nanti nak buat satulah kat ampang!)

(tingkap lama yang diubahsuai)

(pandangan sisi salah satu rumah, macam rumah arwah nenek aku dulu kat kampung berjaya, alor setar!)

(makam mahsuri)

Aku ambik kesempatan di Public Holiday ni untuk berjalan sikit. Ala...mana aku nak jalan kat sini? Apa lagi, aku pecut pergi Kuah lepas sembahyang Jumaat. Actually pagi tu aku teringat yang buku-buku yang kawan aku si Karen bagi dulu masih tak habis aku baca dan Uncle Pet pun ada pesan kat aku yang buku tu memang best. Jadi di pagi public holiday yang syahdu, sambil pekena kopi 2-3 cewen, maka buku tu pun habis aku baca. Ala....cerita pasal mat salleh hawaian-american yang dok meniaga ganja dan masuk jail kat thailand tu...aku suka baca buku tu sebab bahasa dia santai dan sangat detail. Sampaikan nama orang yang jual dadah kat dia pun dia mention sekali! Huh...hangpa jangan dok cari "tokan" tu pulak....anyway, ni cerita lama, orang tu pun silap-silap dah mati!

Sekali lagi aku pergi ke masjid yang sama untuk bersembahyang jumaat. Aku pun pelik dengan perangai sendiri. Kalau depa tunjuk kat aku masjid tu, maka masjid tu lah yang aku pergi selalu. Masjid-masjid lain memang aku takkan pergi. Part tu aku tak adventurous betul! Lepas sembahyang Jumaat, aku terus ke pekan Kuah nak cari kedai gunting rambut. Bila lalu kat depan kedai, aku tengok kedai bertutup. Aku garu telinga aku. Aku terlupa yang hari tu hari Jumaat dan furthermore memang public holiday pun...alahai....

Langkah aku aku panjang kan sikit terus ke jetti di kuah. Banyaknya kereta. Mat Salleh pun ramai. Rupa-rupanya esok ada Ironman! Patutlah....aku teruskan lagi perjalanan aku. Tiba-tiba aku sampai kat Westin. Alamak, dah hujung dunia ni! Aku teringat masa naik bot dulu aku memang ada teringat hotel ni. Dulu nama dia lain. Aku dah lupa nama hotel dulu....memang cantik. Aku rasa memang berjuta depa pakai untuk membaiki hotel lama dan buatkan yang baru. Pemandangan kat sini memang cantik. Aku tak jadi ambik gambar kat sini sebab security guard tu asyik pandang aku atas bawah....aku senyum kat dia tapi dia tak senyum kat aku! Larik....

Masa aku keluar dari Westin, perut aku dah mula main lagu "caklempong". Kona sana kona sini, terlepas jalan sikit, aku ternampak satu restaurant mamak. Cari parking, tak jumpa. Round sekali lagi cari parking, tak jumpa jugak. Last-last aku parking kat tepi longkang depan kedai mamak. Aku celapak keluar dari kereta. Lintas jalan tanpa tengok kiri dan kanan jalan. Dengan muka confident dan perut yang lapar, aku masuk kedai. Aku tengok lauk. Sedih....lauk dah nak habis tapi depa dah tak tambah. Mamak kat belakang counter pun muka malas macam ikan temenung jugak. Aku suruh taruk kuah banyak-banyak, ayam seketul teyy ais satu. Itu saja. Bila makan, memang tak sedap! Fail betul!! Masa lepas makan sambil dok sedut teyy ais "...srroootttt....srrrooottttt" aku ternampak ada satu pegawai tengah dok letak notis kat cermin kereta. Aku celapak keluar (of course lepas bayar!) dan senyum kat pegawai tu. Rupa dia sama macam pegawai DBKL yang saman aku kat Bangsar dulu! Mungkin kembar dia kerja kat sini...heh3...

Masa aku nak balik, aku dok melilau cari helang giant tu. Mana lah helang ni...Pusing punya pusing, aku nampak dari jauh. Aku kona kiri masuk kat restaurant cina. Dari tepi laut aku ambik gambar. Taklah dekat tapi adalah gambar helang tu...nanti orang tak percaya pulak yang aku duduk kat langkawi ni....

Oh ya, sebelum aku makan nasi tadi, aku ada terbabas ke makam mahsuri. Parking betul-betul kat depan bangunan sebab masa ni orang tak ramai. Bayar RM5 dan aku masuk. Pompuan kat kaunter tu tanya aku, berapa orang? Aku dengan nada sayu jawab "...sorang...". Aku belajar pasal Pandak Maya dan lain-lain adik-beradik Mahsuri....aku dah kenal depa walaupun depa tak kenal aku! Silap-silap pegawai yang nak saman aku tadi pun adik-beradik dia kot...mana tahu! Banyak cerita-cerita sejarah ada kat dalam kawasan tu. Besar jugak kawasan dia. Aku cuma berharap agar depa dapat menjaga kawasan tu dan membaik-pulihkan lagi kawasan tu sebab makam mahsuri memang menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Perkara ni ada aku cerita malam tadi semasa aku sempat makan malam dengan salah sorang exco negeri. Dia pun mengaku macam tu jugak. Prasarana haruslah dikemaskinikan dan begitu jugak dengan knowledge para "guide" kita. "Guide" ni semua sangat penting untuk menghidupkan dalam penceritaan depa pada para pelancong. Aku bersetuju sangat dengan dia. Katanya lagi, kalau guide tu seorang yang berpengathuan luas tentang nilai-nilai sejarah dan lain-lain, pokok sebatang pun boleh diolah cerita dan menjadi macam taman yang sangat cantik. Contohnya dia kata masa dia pergi indonesia dulu. Tempat sejarah bukannya ada apa, cuma ada batu tempat orang batak pancung kepala dizaman dulu. Tapi cerita daripada "tourist guide" tu membuatkan pelancong tu rasa macam tempat dan sejarah tu masih fresh dan hidup! Amazing.....

Aku sampai balik pukul 3 petang. Letih longlai sebab terlampau panas kat luar tadi. AC full blast pun rasa macam kat padang pasir kat jeddah nak ke mekah! Takpa....takpa....dalam hati aku kata, "ni panas dunia...". Pelan-pelan aku ambik wuduk dan sembahyang zohor........

Selasa, Februari 23, 2010

23/2/10

(dok belajar taketombo kat Japanese Club Taman Seputeh)

(tenaga pengajar dari Jepun)

(3 beradik tekun dok belajar)

(dok main kat luar bangunan)

(letih sangat!)

Hari ni panas sungguh. Duduk dalam panas, duduk luar panas...bila aku tengok langit, nampak mendung sikit. Semangat aku pun mula berkobar ingatkan nak hujan. Tunggu sampai kemalam, tak hujan-hujan jugak! Teringat masa aku nak kahwin dulu. Depa semua dok kalut takut-takut hujan. Bagi aku, hujan ka panas ka, aku tetap kahwin jugak! Dalam aku dok sibuk bersiap pakai baju melayu nak bersanding, aku pun naik ke bilik atas. Masa aku jenguk kot tingkap nak tengok kot-kot jemputan dah sampai, aku ternampak ada baju buruk tersangkut kat atas bumbung. Aku tanya, sapalah punya kerja dok baling habis baju dengan seluar kat atas bumbung....rupa-rupanya depa kata nak tahan bagi tak hujan! Aku gelak sorang-sorang....hebat sungguh penangan "tok moh" kita! Kalau macam nilah rupanya, habislah pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang dok meniaga payung! Heh3...

Minggu lepas, ada aunty hantar sms kat aku bagitahu yang dia bawak budak-budak semua pergi Japan Club kat Taman Seputih untuk belajar permainan tradisional Jepun. Nama dia kalau tak silap aku, "taketombo". Bunyi macam KOMBO RTM kalau takpun KFC COMBO! Hentam sajalah labu! Yang penting depa tak lupa permainan tradisional tok-nenek depa. Yang tu aku suka sangat. Walaupun depa membesar dengan persekitaran melayu dan belajar di sekolah ugama, tapi depa mesti kenal asal-usul depa jugak. Itu penting bagi aku. Thanks to aunty!

Ada orang kat sini bagitahu aku yang ada satu kedai makan yang katanya famous kat sini. Depa panggil "gulai kalut" kalau tak salah aku. Aku senyum sorang-sorang....aku tanya apa tu gulai kalut? Rupa-rupanya, gulai tu depa masak la-la tu jugak. Pergerakan dan proses membuat gulai tu sangat cepat, jadi depa panggil gulai kalut. Classic sungguh. Aku masih tak sempat nak merayap lagi selama aku kat sini.

Masa aku bawak kereta nak ke pekan untuk menghadiri satu meeting, kat simpang jalan, aku terserempak dengan kerbau yang terlepas dari bendang. Tali terjuntai dari leher dia. Sayang aku tak bawak kamera. Kalau ada, mahu aku ambil gambar dan masukkan dalam entry ni. Bukan pasal aku jakun, tapi pasal aku dah lama tak tengok kerbau. Dulu masa kat Penang, ada ayam jantan besar dok main kat belakang rumah. Abang masa tu dalam lingkungan umur 2-3 tahun. Abang terkejut tengok ayam jantan tu besar sangat. Dia lari bila ayam berkokok lantang. Muka dia panic...aku tanya dia pasal apa dia lari dan muka panic? Dia cakap ada anjing besar kat belakang rumah! Heh3...

Masa aku datang sini 27 tahun dulu, lampu jalan pun tak ada lagi. Klinik makcik aku pakai generator. Bila sampai satu time tu tiba-tiba generator mati......terkulat-kulat aku tepi jalan sorang-sorang dalam 2-3 minit. Bila depa pasang balik generator, aku terkejut beruk sebab depan aku ada bapak kerbau! Jadi cerita aku dengan abang lebih kurang serupa. Sama-sama jakun!

Tak pernah terpikir dalam kepala otak aku yang la ni aku akan datang sini. Tapi bagi aku, rezeki kat mana-mana. Macam aku cakap dulu, kalau rezeki aku ada kat Vanuatu, kat Vanuatu lah aku bekerja. Sama macam kawan aku sorang tu yang dari Indonesia. Tiba-tiba keluar dalam FB dia dah ada kat Vanuatu dengan wife dia.....heh3...pun ada!

Banyak lagi tempat-tempat menarik yang aku belum sampai. Aku teringin nak kerja kat kapal tapi masih belum berkesempatan. Dulu masa QE2 tengah hangat, ada aku buat application tapi tak pernahnya dipanggil. Mungkin rezeki aku bukan dengan kapal. Tapi masa kecik dulu aku selalu jugak naik kapal. Kapal navy PX dari jeti gelugor ke Pulau Jerejak. Lepas tu aku naik feri dari Penang pergi ke seberang. Ada sekali tu aku bawak abang naik feri. Abang tak pernah naik feri. Jadi dengan kereta Kancil Super Saloon aku, kami pun beratur panjang kat pengkalan Tun Uda (kalau nama tu depa pakai lagi). Punyalah panjang que dia. Bila naik feri aku tengok abang punyalah seronok tak sangga. Aku senyum puas tengok dia seronok. Tahun 70-an dulu Penang merupakan sebuah pulau bebas cukai. Kalau naik feri tanpa kenderaan, aku jadi letih sebab nak kena beratur panjang sebab kastam akan check apa yang kita bawak...bila depa stop, aku pun dah lupa!

Naik sampai ataupun bot tengah-tengah malam, aku belum try lagi. Tadi ada aku bersembang dengan kawan aku. Aku tanya pasal apa kat tengah laut lampu dok lip-lap...lip-lap....dari jauh nampak macam "mastorra" mami jarum pun ada! Dia kata depa tengah dok mencandat sotong dan kalau nasib baik kadang-kadang boleh dapat sampai 60kg.....aku terkejut...huh? 60 kg? Aunty pun 48kg.......heh3...tak sangka pulak aku yang sotong lagi berat dari aunty!

Jumaat, Februari 19, 2010

Jumpa lagi...

(but dan beg dari sponsor untuk team abang dan yuya, thanks cimb!)

(ganas habis...)

(lepas dinner, abang makan ni pulak.....misteri ni berlaku selepas abang bersunat...misteri sungguh!)

(ni lah bakal penjaga gol FC Tokyo tak lama lagi!)

(aku kenal sangat budak ni, kat mana aku jumpa?)

(ni sorang lagi....ishhh...isyh...isyh...)

(adik dan abang yang sentiasa lapar!)

Salam kepada semua pembaca blog aku yang aku sayang sekelian. Aku masih lagi sibuk dan kemungkinan akan tersangat sibuk bila dah berada disini. Rambut pun tak sempat nak chat....kaler putih dah mula menyerlah. Kulit aku tak mahu pulak putih! Kalau kulit aku putih.....hmmmm.....

Last few days, aku sempat pergi ke airport kat sini sebab ada urusan. Aku ternampak Starbucks....heh3....boleh jadi tempat melepak aku yang baru ni sambil browsing! Kat hujung sebelah sana pulak, aku terpandang ada kedai yang jual buku. Taklah banyak tapi cukuplah untuk aku beli dan baca satu-satu untuk habiskan off day aku. Kepala otak mulalah melayang sambil pikir apa nak beli nanti? Aku dah terpandang Tony Buzan! Set....nanti aku beli dan baca sampai habis. Heh3...

Semalam masa aku ada kat airport sambil minum teyy tarik kat anjung cafe, aku ternampak satu kelibat yang aku cam sejak tahun 81 lagi. Aku dok perati dari jauh. Laju dia jalan sambil terus menghala ke "departure hall". Aku capai talipon, aku call dia. Hoi...hang nak pi mana? Dia terkejut. Dia cakap nak pi Penang sebab ada training to conduct kat sana selama 3 hari. Pergh...kelas lah Joe Labu ni....kadang-kadang aku heran jugak sebab muka JL tak pernah berubah sejak aku kenal dia dari tahun 81 lagi. Apa lah budak ni bela?

Semalam aku melilau mencari satu pejabat kerajaan sebab aku ada meeting kat sana. Pusing sana pusing sini, last-last aku berhenti kereta dan tanya makcik yang jual goreng pisang. Makcik tu cakap, masuk kiri, keluar kanan, jalan terus, dia ada kat sebelah kiri. Pusing lagi dan aku terjumpa. Wah...pandai sungguh makcik gp ni noooo! Aku naik lif dengan bersemangat. Bukan pasal aku bersemangat nak meeting, tapi bersemangat sebab nak jumpa tuan pengerusi meeting tu, sebab dia pun junior aku setahun masa kat seremban dulu...heh3.....what a small world! Joe Labu cakap actually ada 4 orang semua penyamun tarbus dari seremban yang bermastautin kat sini. Selain daripada tu JL ada jugak pesan kat aku yang dipulau ni pun ada jugak depa main beach rugby on weekends dan dia ajak aku main sama....aku cakap, takpalah...hang main lah dulu joe.....aku takut pinggang aku herot! JL gelak kecik dan aku gelak besar!!!

Aku masih belum berkesempatan nak melawat mana-mana lagi selama aku kat sini. 27 tahun dulu aku dan IQ pernah datang sini sebab makcik aku kerja kat klinik bidan disini. Aku lupa kat mana tapi dekat jugaklah dengan beras terbakar. Tadi masa aku keluar nak sembahyang jumaat, aku tengok rumput pulak terbakar dan bomba sibuk dok padam api. Dalam hati, aku cakap, amboi....lagenda sungguh pulau ni.....beras terbakar, rumput terbakar!

Ada sekali aku keluar dengan staff aku sebab nak cari restaurant untuk makan malam. Kami pergi ke pantai chenang. Aku tengok, banyak sungguh hotel kat situ. Macam-macam restaurant ada dan bersepah kedai makan. Pelancong pun ramai. Aku tengok ada kedai siam satu. Amboi aih...rasa macam kat phuket pun ada! Heh3...

Tadi aunty ada sms kat aku dan tanya, mana entry baru ni? Aku baru perasan, aik, sejak bila dia dok ikut baca blog aku? Jadi, hari ni, bila aku sempat balik awal...10.30pm, first thing yang aku teringin nak buat ialah, updatekan entry aku. Aku rasa sangat bersalah bila sorang-dua ada bagitahu yang depa dok tunggu entry baru. Sungguh aih....cheq sebok sunggoh ni...tak muhong aih.....

Aunty ada hantar gambar anak-anak aku. Aku sayu sungguh tengok muka depa. Aku tak berkesempatan nak tengok depa besar depan mata aku sendiri. Adoi...aih....ni baru kerja macam ni....macamanalah gamaknya PM kita noooo? Kadang-kadang ngeri pun ada jugak. Sampai bila lah nak habis merantau ni? Errr, tapi kalau ada sapa-sapa yang nak datang melancong kat sini, contact lah aku....heh3...

Selama aku kat sini, aunty ada comment yang aku nampak kurus. Part tu aku tak nafikan. Aku dah turun balik. Mimpi ngeri sebanyak 4 kilo dah tamat. Aku lega. Bukannya aku tak makan! Aku makan, tapi aku skip totally makan malam. Budak-budak aku pun ada dok tanya kat mana aku makan? Heh3...risau jugak depa no....tapi aku happy dengan berat aku la ni. Tak gemuk dan tak kurus...."Sedang-sedang aja" bak kata Iwan yang dok menyanyi lagu dangdut dulu tu...heh3....

Jumaat, Februari 12, 2010

Busy lagi..

(bot2 nelayan diwaktu pagi)

(matahari nak naik...ka nak turun...aku sendiri pun dah lupa!)

Aku kalut dok cari kesempatan untuk memasukkan entry. Memang aku sibuk sikit lately ni. Dengan connection yang tak berapa bagus, aku berlari kesana dan sini untuk mencari sudut terbaik untuk aku bertenggek dan mencurahkan ilham aku yang dok tambah cetek la ni! Panas sungguh bila cuaca panas...tapi macam depa selalu kata, ni panas dunia....err...dalam maksud dia.....takpalah, aku tahan lah sat panas ni.

Baru sekejap tadi aku dapat panggilan dari kawan aku kat Four Seasons Hotel ajak keluar pergi minum. Aku kata nantilah bila senang aku talipon dan kami akan keluar keluar pergi minum sama-sama. Aku kenal Mohan ni masa aku kat KL dan kami pernah kerja sama-sama dulu kat RKL. Dia jaga Fine Dining dan aku jaga Restaurant. Meriah suasana masa tu. Aku ingat lagi ada satu incident yang stewards semuanya mogok tak datang kerja. Ada pulak function besar malam tu. Stewards dah tak ada orang...macamana nak cuci pinggan? Jadi Mohan lah yang jadi bidan terjun malam tu. Aku respect sungguh dengan semangat juang si Mohan ni.

Dah 5 tahun dia kat pulau ni dan katanya akan berpindah ke Bangkok tak lama lagi. Aku ucapkan selamat mengembara pada Mohan dan isteri serta anak dia.......

Semalam jugak aku talipon kat HH kawan aku sorang lagi. Lama kami bersembang. Dia baru dapat baby boy. Congratulations to you.....you must be a very proud dad! Kawan aku sorang ni tak lama lagi akan berangkat ke KSA. Ada projek besar kat sana kata dia kat aku masa last kami jumpa 3-4 minggu sudah! To HH, kalau ada rezeki lebih, limpah-limpahkanlah kat kawan sama yea....

Tadi aku sempat pergi bersembahyang jumaat kat salah sebuah masjid kat sini. Seronok sebab ramai jemaah dan ramai jugak pelancung yang datang bersembahyang sama dengan kami. Aku baru 2 kali berkesempatan bersembahyang jumaat kat sini. InsyAllah akan lama lagi kot....

Katanya musim hujan dah nak datang. Aku pun pening pikir macamanalah agaknya musim hujan kat sini? Ribut ka? Takpa...sama-sama kita tunggu dan tengok nanti. Pada pembaca blog aku ni, aku nak mintak maaf banyak-banyak sebab aku tak mampu nak masukkan entry baru setiap hari lagi macam dulu disebabkan tuntutan kerja dan jugak connection yang tak berapa elok. Kalau setakat seminggu sekali tu aku berani janji....

Ahad, Februari 07, 2010

Aktiviti bebas!

(almost sunset...awesome!)

(satu lagi unpoluted stretch)

(aku terlupa ni gambar apa)

(kalaulah ada slr...)

(cantik cara akulah....)

(cantik sungguh pemandangan ni..)

(bot tengah menghala ke laut...baik2 bawak bot pakcik!)

(paling dekat aku boleh dapat. actually aku nak tunjuk burung putih kat tengah tu!)

(different angle)

(bagi aku, tempat ni cantik..)

Hari ni memang aku buat aktiviti bebas senam robik...bangun pagi tadi aku dah melangut dok pikir apa nak buat. Mandi dan tukar baju dan keluar cari breakfast. Taklah awal sangat dan taklah lambat sangat. Adalah dalam lebih kurang pukul 10 pagi. Aku kona kanan menghala ke pekan. Masuk lorong sebab aku nampak bendang dengan kerbau....errr, actually dah lama aku tak melepak kat tepi bendang sambil tengok kerbau. Aku tengok, kerbau pun melepak sama macam aku aku kat tengah bendang! Malaslah aku nak buat equation.....nanti jadi dekat-dekat serupa pulak...heh3...

Aku berhenti kat tepi petronas. Tanya kat pakcik tu samada nasi lemak ada lagi ka? Pakcik geleng kepala bagitahu yang nasi lemak dia dah habis. Aku kona cari roti canai pulak. Tak jumpa jugak...aku cilok satu lagi kedai. Pukul 10 pagi tapi aku nampak pakcik dok bakar ikan dan siapkan air asam! Alamak....dah nak lunch ka ni? Aku lintas jalan dan cari lagi. Liar mata aku dok cari sasaran. Nampak satu kedai nasi lemak yang ada dua orang budak pompuan dok jual. Kat situ jugak aku makan. Lega sambil pekena teyy tarik for the first time in a week! Yang buat aku kalut cari teyy tu bukan pasal apa, aunty dah perangat bagitahu yang depa satu family tengah dok breakfast kat kayu tepi max value! Panas......

Aku masuk kedai sebelah, beli shampoo, beli minyak rambut dan capai 5 jenis paper untuk aku baca hari ni. PUAS! Pelan-pelan aku menghala balik. Perut kenyang, mata kuyu, stok newspaper dah cukup untuk 1 hari, apa lagi....baliklah! Sampai kat bilik, dengan mata ala-ala "Tidurlah Permaisuri" dendangan Jamal Abdillah, aku saja cari penyakit dan baring atas katil baca paper. Biasalah kalau dah baring kat atas katil.....sambil baca paper......sambil telinga dok dengar radio Era.....hmmmmm, hanyut terus! Sedar-sedar dah pukul 3 petang. Kalut aku bangun dan sembahyang zohor dulu. Buat kopi dan melepak kat depan sekejap sambil dok dengar kicauan burung-burung petang....keelllaaassss.....habis baca metro....

Lepas asar tadi aku tukar baju, seluar, pakai kasut, capai kamera, terus bergerak kearah kampung kat belakang ni. Aku lalu kat tepi anak sungai yang nak menghala ke laut. Aku terpaku kat situ jugak. 10 minit mata aku tak berkelip. Aku nampak bot yang pelbagai kaler, aku nampak jeti kecik, pelantar untuk depa naikkan ikan, aku nampak 2 orang pakcik tengah dok jahit jala. Man....this is awesome. You may say anything about me tapi frankly speaking, aku tak pernah tengok scenery yang very calm macam ni seumur hidup aku. Aku rasa seolah-olah masa tu tak bergerak langsung! Tiba-tiba masa tu berhenti! Seriously...aku terpana....fikiran aku pun terhenti dan aku tiba-tiba dah jatuh hati dengan keadaan kampung yang serba-serbinya sangat simple. Aku lambai tangan kat depa dan depa lambai tangan kat aku....aku janji next week aku nak dok bersembang dengan pakcik-pakcik tu semua dan mungkin belajar macamana nak jahit jala pulak!

Aku lalu kat tepi laut. Pemandangan bot-bot menuju kelaut sangat cantik. Matahari tengah dok menurun masa tu. Aku ambik kesempatan untuk snap 1-2 gambar masa matahari nak turun. Banyal burung putih dok terbang masa tu. Real classic! Aku cuma dapat ambik gambar dari jarak jauh saja....alamak kalaulah ada......dalam pada tu aku nampak ada satu bot kosong tak berpenghuni kat tepi pantai dan depa ikat kat batang pokok. 40 minit aku duduk kat tepi sambil tengok bot tu. Kepala otak aku dah mengelamun teringat masa aku kecik dan arwah bapak masih ada. Aku pun selalu melepak kat tepi pantai di pulau J sambil tengok bot....aku jadi sayu teringatkan pengalaman aku yang dah lebih 36-37 tahun dulu tu. Dulu arwah bapak duduk kat pulau. La ni aku pulak duduk kat pulau....what a coincidence.....lama aku dok belek bot tu. Aku rasa that will be the spot where I will spend my time reading my books....very serene....selama ni aku tak pernah tengok pemandangan-pemandangan macam ni from this angle, if you know what I mean......best...best...best.....that's all I can say!

Kalau lepas ni entry aku jadi berkurangan, aku mintak maaf banyak-banyak tapi aku janji yang gambar-gambar entry aku nanti memang classic!

Khamis, Februari 04, 2010

Jalan-jalan...

(tidoq kat pangkin pun ok ni...)

(alamak, besarnya katil!)

(tumpang tidur kat dining area pun ok jugak ni)

Lollypop girl)

(budak-budak riang!)

Aku sempat jugak berjalan jauh sikit sekali ni. Tak lah kemana pun...Langkawi saja....ambik angin....seronok jalan sorang-sorang ni. Tapi tak boleh nak buat selalu! Masa kat sini semalam aku sempat talipon kawan aku sorang. Aku panggil dia Joe.....Joe Labu! Macamana dia dapat nama tu pun aku tak tahulah....semuanya terjadi masa kat sekolah dulu. Kami berjumpa kat lobby hotel. Terus sambung ke Lounge dan terus sambung sambil jalan-jalan keliling pool 9 kali sampai kami sendiri pening. Bergelak sakan dan bercerita panjang. Sorry, aku lupa nak usung kamera aku, jadi, gambar JL tak dapat aku upload kat sini. JL ni pun bijak bistari. Lepas periksa dah pergi US. Lama sungguh kami tak jumpa. Mahu 10 tahun aku rasa! JL dah jadi pemastautin tetap kat sini. All the best and good luck to you Joe!

Petang tadi aku buat appointment nak pergi tengok Four Season Hotel. Jauh jugaklah nak pergi ke Tanjung Rhu. Sampai kat situ Executive Sous Chef dah tunggu aku dan kawan aku. Ambik satu buggy dan ronda 47 hektar! Huh...ambik kau! Aku tengok restaurant IKAN2 which speacialises in Malay food. Sangat menarik dan cantik. Bilik hotel taklah banyak. Adalah 90 bilik tapi kawasan dia memang meletihkan. Patutlah Chef pakai buggy tunjuk kat aku. Standard kat sini, jangan ceritalah....memang standard sungguh! Everyone greets each other. Knowledge depa jangan cakaplah....sampai kat entrance, staff dah explain satu persatu facilities yang depa ada. Aku sempat melawat 3 bilik dan yang paling murah berharga RM2000 without breakfast lagi! Paling mahal RM20,000 dan masa dah sampai kat depan pintu villa tu, ada sorang butler keluar dan dengan politenya bagitahu yang kami tak boleh masuk sebab bilik tu occupied! Pergh.....macamanalah gayanya kalau aku tidur dalam bilik tu! Bila 2 buggy bertembung, satu buggy mesti berhenti untuk memberi laluan pada buggy yang lagi satu dan lampu mesti dipadamkan supaya guests yang diatas buggy satu lagi tu tak silau! Bayangkan!!!

Kami pergi ke restaurant lain pulak. Pasir pantai yang putih sangat mengujakan aku. Ada 2 khemah kat pantai tadi sebab katanya ada 2 romantic dinner malam ni! Masa aku masuk kat entrance tadi, banyak sumbu api menyala-nyala...aku tanya chef, depa pakai minyak ka? Chef kata depa pakai LPG.....melopong mulut aku! Memang exclusive tempat tu. Beruntung kalau dapat kerja kat situ. 2 jam setengah kami meronda tengok restaurant, tengok 3 bilik dan sempat minum kat SPA. Depa kata depa tengah tunggu laporan tentang kemenangan depa tentang SPA terbaik yang tengah berlangsung kat KL la ni...katanya saingan sengit cuma dari 2 hotel saja. Pangkaor Laut dan Four Seasons....aku mintak-mintak FS lah yang menang sebab depa bagi aku minum iced ginger tea tadi....Thanks a lot chef for your hospitality!

Dalam perjalanan pulang, aku dapat satu panggilan dari kawan kerja aku masa di Hilton dulu. Sabaruddin. Ada aku cerita pasal Sabaruddin dulu. Abang Din ni lah yang dapat kasut boot bola dari pemain Grasshoppers Suiise dulu masa depa datang Malaysia lawan dalam Pestabola Merdeka tahun 80-an dulu...ala....kasut boots yang koyak tu! Lama jugak kami bersembang sampai bettery aku habis! InsyAllah kami akan jumpa nanti.....aku janji. Macamana dia dapat nombor aku? Dia terserempak pulak dengan kakak aku yang tengah dok makan Yee Sang kat Istana Hotel. Abang Din pun actually pergi makan kat situ jugak....alamak....nampak gaya kalau aku nak jumpa orang, kenalah aku pergi makan Yee Sang! Heh3....

Selasa, Februari 02, 2010

Ramainya...seronok!

(masa kami jalan-jalan...)

(sama besar muka marina!)

(tengah buat BIO yang aku tak pass dulu!)

(kami di salah satu japanese restaurant)

(UP dan Q serta kami kat rumah aku)

Minggu lepas, Uncle Pet datang menjenguk aku kat rumah. Uncle Pet datang dengan Q, "teman tapi mesra". Thanks for visiting....sorrylah...takdak apa nak jamu except satay zaini....entah pasal apa, aku tiba-tiba teringat yang aku tak makan satay lagi semenjak balik sini. Since aku pun nak makan satay, aku beli sekali kat UP dan Q yang akan datang rumah aku. Satay ni aku suka sebab gemok selain daripada harga dia pun gemok jugak! La ni satay pon dah enam kupang secucuk....dulu lima belaih dit! Siap tanya lagi nak ketupat ke tidak...dulu mana ada tanya! Rupa-rupanya pertanyaan dia tu bersebab. Dia charge aku RM1 sebatang! Mak ai...lamanya aku tak pi makan satay. Kami makan dengan lahap sebab kami memang lapar. Aku heran sungguh, bila aku kat rumah, lapar aku memanjang menggangu. Masa duduk sorang-sorang tak pulak aku melahap! Tapi takpa....hari ni aku timbang, berat aku dah mula menurun keparas kurang membimbangkan. Anyhow, aku ada 1.5 kilo lagi sebelum turun ke paras selamat...gambarre!

On last Saturday pulak, perut aku mengganas lagi. Tahu ja masa lunch....aku cakap kat aunty. Terus dia buat reservation kat SJ. Tomoe, Japanese restaurant. Aku talipon kat kakak aku samada dia free ka tidak. Sorang kata free tapi sorang lagi kata tak free. Okaylah....pada yang free, kita pi sajalah horey-horey dulu. Nanti bila semua free aku nak buat makan-makan kat rumah pulak. Lama tak makan sushi. Bila lapar semua jadi sedap. Tambah sedap bila dapat makan ramai-ramai dengan kakak aku dan keluarga kakak aku yang tinggal sejemput saja tu. Thanks KL for joining us....bukannya senang nak dapat makan sama-sama macam tu walaupun kita 1-2 jemput saja! Heh3...

Ada sekali tu aku pergi tengok mama dan lepas tu tak tahu nak pergi makan kat mana. Aku bagitahu kat aunty yang aku dah lama tak tengok Subang Airport. Aunty angguk setuju. Tempat tu pun very nostalgic kat aku sebab Subang Airport tu lah aku pergi pikap dan hantar aunty balik jepun masa kami dok berdating dulu. Tu lah satu-satunya airport yang ada untuk international flight dulu! Lepas 20 minit kami pun sampai. Tapi park kereta sebelah sana...alamak, berpeluh dahi aku. Pusing sana pusing sini, aku makan kat Kopitiam kat situ. La.....kopitiam kat tepi rumah pun ada tapi kaki ni gatal sangat nak berjalan. So, berjalan agak jauh lah kami hari tu. Masa tengah dok melahap sambil dok pandang kiri-kanan, ada sorang crew dari Berjaya Air tegur aku. Dia kata, "Abang kenal saya tak?" Huh? Penat aku garu kepala Marina.....aku ni jenis tak ingat orang...tapi clue yang paling dekat selalunya aku akan tanya balik, "Kat hotel kot?". Finally confirm yang dulu dia kerja kat Shangri La. Kami pernah jumpa dan kalau tak silap aku, dia lah yang checked-in kan kami. Bersembang sat dan dia kata dia dah kerja dengan Berjaya Air......pergh....cheq Pilot ka? Dia jalan laju sebab perut dia lapar....aku nampak dia singgah kat kedai nasi campur kat hujung airport on the way nak ke McD. Then lepas tu ada 4 beranak lintas depan aku pulak....aku cuit aunty. Aunty cuit Marina. Marina cuit aku.....aku cakap kat aunty. "Eh...tu guests aku yang datang melawat aku kat Mekah masa musim haji dulu..". Aku lari pi kat depa. Aku lambai-lambai tangan macam orang dok lambai bagi kapalterbang berhenti parking! Dia tengok aku, aku tengok dia...kami sengeh sama-sama. Actually depa pun macam aku jugak. Tanpa tujuan dan last-last pi makan kat Subang Airport. Amboi....sedap sangat ka makan kat situ? Actually tak jugak....biasa-biasa saja...Abang dengan Yuya bakar roti kat aku lagi best, rasanya.....heh3...

Isnin, Februari 01, 2010

What a day!

(sampai tertidur princess aku!)

(tengah pikir nak buat style apa...Rihanna ka...Lady Ga Ga ka....)

Aku cukup seronok kalau dapat duduk dengan anak-anak aku ataupun melayan kerenah depa. Bila abang cakap yang dia nak gunting rambut, Marina pun kalut nak gunting rambut jugak. Kata dia "princess" mesti cantik. Aku pun angguk-angguk....tak sangka pulak Marina pun nak jadi princess. Ikut sukalah Marina....aku rasa budak-budak lain sebaya macam dia pun mesti dok cerita benda yang serupa! Pening mak-bapak depa....termasuklah aku!

Last Thursday, aku berkesempatan pergi dating dengan aunty. Dari pagi kami dah keluar rumah. Pergi minum dua orang.....pergi makan dua orang....pergi KLCC, Pavillion dan Ampang Point pun dua orang....PUAS! Selalunya kami memang tak berkesempatan nak buat lagu tu. Masa kami dok makan dan minum kat Dome di KLCC, tiba-tiba ada Guest Services staff by the name of Liza datang dan tegur aku. In fact dia ambik order aku sekali. Lama aku tak jumpa Liza. Lama jugak kami bersembang sambil dia dok berdiri kat sebelah aku. Liza ni pernah kerja kat hotel yang sama. She has a very good PR. All the best to you Liza!

Lepas tu aku terserempak satu kedai yang jual beg tangan kanak-kanak perempuan. Terus aku teringatkan Marina. Setengah jam kami dok belek last-last kami pilih yang warna pink! Balik tu kami bagi kat Marina. Amboi posing sakan dia kat depan TV. Seronok sungguh! Masa dia nak tidur, dia gantung kat door knob bilik. Senang nak tengok...heh3...sama macam aku kecik-kecik dulu.

Berbalik kepada cerita aku berjalan-jalan dengan aunty, kami ke Pavillion lepas KLCC. Baru dok jalan kat food court lepas park kereta, aku terserempak dengan Joe pulak. Joe pun pernah kerja kat RKL dulu. Kami tak sempat nak bersembang lama sebab Joe had to rush to work. Habis satu shopping complex kami ronda. Last-last kami pergi minum kat Loaf. Aunty cakap kat aku yang last sekali kami pergi situ, masa dekat-dekat tahun baru cina tahun lepas....la.....sekali ni pun dekat tahun baru cina jugak...what a coincidence! Actually kami betul-betul terlupa yang kami datang tahun lepas pun musim CNY jugak...heh3...

Cadang nak tengok Sherlock Holmes...tapi lambat la pulak....finally we decided to head to Ampang Point sebab nak pergi mengurut. Aku pesan kat orang tu jangan tekan kuat sangat belakang aku....Hospital Ampang Putri dah dekat...phobia aku nak masuk kat emegency jumpa "Bahagia"....heh3....masa sakit mana nak bahagia lagi dah! Nasib baik aunty pun ada sama kat sebelah aku....

Aku rasa hari Khamis lepas memang satu hari yang kami sangat perlukan. Once in a while kami perlu keluar berdua. Selain daripada kami berjogging sama-sama lepas pick up aunty balik kerja, bila berdua macam tu, banyak yang kami dapat bersembang sebab selalunya anak-anak ada sama....bila anak-anak nak masuk tidur, kami pun masuk dan tertidur sekali...heh3....habis cerita!

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...