Rabu, Januari 13, 2010

Impian jadi kenyataan..





Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang betul. Bukan saja adik-adik yang tak pass periksa, tapi jugak adik-adik yang tak berkemampuan nak ke universiti awam ataupun swasta disebabkan oleh kemiskinan dan tak berkemampuan. Setengah-setengah daripada adik-adik kita ni mempunyai bakat dan skill dalam bidang lain. Bukannya jenis yang duduk berjam-jam baca buku ataupun masuk library. Depa ada skill yang perlu kita gilap dan ketengahkan.

Disebabkan depa ni miskin ataupun tak pandai belajar (ada sikit sipi-sipi aku ni...) jadi depa pun jadi tak tentu hala. Kalau bapak kerja nelayan, depa pun jadi nelayan. Kalau bapak kerja buruh, depa pun jadi buruh. Sayang dan sedih aku tengok depa ni. Yang paling sedih bila depa ambik dadah. Part tu mintak-mintak dijauhkan. Tenaga depa aku rasa kalau dapat disalurkan kearah yang betul, mungkin akan berjaya membantu industri hospitality kita yang sekarang ni banyak menggunakan tenaga luar.

Masalah ini ada aku bentangkan pada sorang orang penting yang jugak berminat untuk membantu para belia kita yang tak tentu hala. Bermula daripada perbincangan kosong dikedai kopi, topik ni diperpanjangkan ke pihak atasan di Kementerian. Aku terkeut bila satu hari aku dapat panggilan daripada Pak Menteri sendiri untuk duduk berbincang tentang proposal ni. Aku ceritakan pada PM apa yang terpendam dalam sanubari aku. Aku rasa macam "menyawa tak lepaih" kalau projek aku ni tak terlaksana. Dia paham keinginan aku. Hasrat aku cuma untuk membantu para belia. Ingin melihat depa berjaya didalam kehidupan. Memenuhi kerja-kerja kosong di hotel-hotel yang bercambah di Malaysia ni. Daripada dok buat benda yang tak tentu hala, dapatlah jugak depa ni RM1200 - RM1500 sebulan kerja jadi waiter kat hotel 5 bintang! Kalau dok melangut kat rumah, sapa nak bagi?

Perbincangan kami menjadi bertambah rancak apabila KSU Kementerian dijemput sekali termasuklah orang-orang kanan Kementerian. Perbincangan bertambah hangat apabila satu persatu berjaya dikupas dan diconvincekan pada depa. Alhamdulillah....aku dijemput lagi untuk ke office depa. Banyak kali aku naik turun. Ada sekali lepas kami lunch, dalam kereta dia PM bagitahu kat aku..."..remember Shahrir, this is for the youth....let's do it all out!" Aku terkedu bila dengar semangat dia nak membantu. Selang beberapa hari aku dipangil lagi ke Kementerian untuk berbincang dengan lebih lanjut pasal program "Mission Impossible" ni. Aku diberitahu yang depa ada beberapa pusat Hospitality dan depa tanya samada aku boleh membantu. Allahuakbar. Memang ni yang aku nak buat dari dulu. Aku tanya, sapa yang duduk kat situ belajar? Depa kata, budak yang dapat gred 3....alamak, macam aku ni...depa bagitahu aku lagi yang budak-budak ni adalah budak-budak yang tak pass periksa...alamak, macam aku jugak ni....depa bagitahu lagi yang budak-budak ni masih lagi 50-50 dengan masa depan depa...alamak....sama macam aku 22 tahun dulu! Tapi budak-budak ni kalau digilap, insyAllah akan menyinar tak lama lagi....alamak, yang ni tak sama macam aku...heh3...

Aku bersetuju terus untuk membantu depa kearah yang lebih berfaedah. Aku puas dengan apa yang aku dah buat setakat ni (walaupun ada yang tak dapat lagi), aku puas dengan perjalanan kareer aku yang bermula dari bawah. Aku puas dengan penjelajahan aku kenegara-negara luar yang tak pernah aku mimpi dengan grade 3 aggregate 35! Aku lega dengan rezeki yang Allah pinjamkan untuk aku selama ni. Jadi apa matlamat aku la ni? Aku nak melahirkan lebih ramai "Malaysian Hoteliers" yang berwibawa....yang bercharacter...yang berdaya saing dan aku nak lahirkan lebih ramai adik-adik yang mampu membimbing adik-adik yang lain untuk sama-sama membantu memartabatkan bidang hospitality di Malaysia sekurang-kurangnya!

Jadi pada hari ni sampailah ke hari Jumaat, aku akan melawat pusat hospitality di Alor Gajah, Melaka dan memberi seminar tentang pengalaman aku, tentang peluang pekerjaan di hotel-hotel di Malaysia, cabaran bidang ini dimasa depan dan mengupas segala permasalahan yang sentiasa membelenggu budak-budak kita.....

Masa dalam kereta dengan orang penting tu, aku berpaling kearah dia dan cakap, "Dato', thank you for giving me the opportunity to help the youth...". Aku senyum....dia senyum....

46 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

uncle,
akak pun tumpang senyum...
Alhamdulillah... terlaksana juga cita2 murni uncle nak membantu...

azieazah berkata...

Salam UNCLE...

Tahniahh... untuk awalnya... setinggi syabas!
Suatu yang cemerlang sudah bermula...

Teruskan berusaha ke arah impian dan suatu bakti. Melaksanakan hasrat ini pun suatu kejayaan peribadi juga buat UNCLE..

Jika memerlukan bantuan apa-apa bagitau lah, mungkin ada yang saya boleh sumbangkan..

kucingorengemok berkata...

haaahhh, masa cuti pun busy, memang tak dan nak tey secewen :) kami sokong usaha uncle, kira kalau kat padang tu, kita dok tepi lambung² pompom la

mama ju berkata...

Salam Uncle...

AAH,memang dah sah lah sekarang uncle jadi orang Besar!

Moga usaha murnimu berjaya...tu hampir nak berjayalah...bye

Uncle berkata...

Dear Ibu N Abah.
Niat Uncle adalah untuk membantu adik-adik kita yang masih dok mencari hala tuju. Kalau Uncle dapat gilapkan 10 orang daripada beratus2 orang, Uncle kira dah berjaya didalam matlamat personal Uncle! Alhamdulillah....

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Memang tepat sekali. This is "a personal achievement' for me....I guess I have something to contribute to the community especially adik-adik kita! Uncle cuma memberi jalan dan petunjuk. Selain daripada tu biarlah depa buat sendiri!

Thanks for the offer. Let me know what can I tweek from you in order to assist adik-adik kita ni?

Uncle berkata...

Dear KOG.
Takpalah...teyy tu taklah penting sangat....usaha ni adalah untuk anak bangsa kita jugak!

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Semoga kita sama-sama berusaha kearah kebaikan semua!

rezeki berkata...

salam uncle

tahniah, apa yg uncle idamkankan tercapai , semoga menjadi inspirasi kepada mereka kelak utk berjaya walaupun kelulusan tidak seberapa, yg penting ada keinginan

zorro berkata...

Boss,
Congrats!!Ini yg patut kita lakukan untuk our youth sebab dah terlampau banyak yg melahu tak tentu hala. Well done!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

KN bangga sangat dengan uncle...semoga niat uncle yg suci murni itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT. all the best to you.

MohdArshad berkata...

Salam...mabruk semuga dapat membantu anak bangsa kita...bila balek mekah....

azieazah berkata...

Uncle, saya adalah seorang sukarelawan dgn sebuah yayasan di Kajang. Kami ada beberapa program yang boleh menawarkan mereka ruang kemahiran jika sesuai..

contoh:
Kami ada rangkaian taska yang diserahkan kpd usahawan kecil yang mampu kendalikan
Kami ada rangkaian peruncitan online...
Rangkaian penghantaran makanan > MangkukTingkat.com

juga ada bilik seminar yang boleh dijadikan ruang untuk taklimat dgn kadar sewa yang rendah..

Mungkin ada ruang keperluan di situ yang sesuai. Sekadar ingin membantu..

Saya hanya sukarelawan, tiada personal interest di sini.

jika ada masa layari: http://www.nurhikmah.org.my/

Mak Aji berkata...

mulia sungguh hati uncle. mudah2 mudahan uncle berjaya.

bila usaha uncle dah jadi kenyataan nanti, kita pakat ngan kejaan, tangkap bebudak yang melepak kat bukit bintang tu & masuk belajar perhotelan.

kesian nengok bebudak tu, anak2 melayu kita tu

My Life berkata...

salam..

dear uncle

masyaallah..alhamdulillah....
gagal tak semestinya tak berjaya...

"ingat dengan janji allah"

p/s : azie sama dengan mereka semua.. tak pandai dan tak lulus periksa..

DadaIQ berkata...

Hi Uncle,
Semuanya bermula dari niat. Kalau kita betul2 ikhlas, insyaAllah impiana Uncle akan jadi kenyataan. (Jangan hangat2 tahi ayam). Semoga usaha murni Uncle dapat membantu bangsa Melayu untuk lebih maju dan berday saing. Syabas,

PINATBATE berkata...

Tahniah Uncle..semuga usaha diberkati Allah!

zainon berkata...

Salam Uncle,
Drp depa dok melilau tak tentu arah - merempit, hidu gam, dadah @ melepak dishopping complex, lebih baik mrk dibimbing.
Alhamdulillah,semoga segala usaha Uncle diberkati Allah.

rina berkata...

Salam Uncle!

Wah dah jadi motivator... Bagus la tu as amal jariah.

Rina

Tanpa Nama berkata...

chek knai sapa PM tu.. ahiksss..
pa2 pn, niat ankel mmg murni.. tahniah2..!!

NSK berkata...

Salam uncle.....
Semangat menjulang,idea yg bernas n ikhlas akn ttp terlaksana.
Semoga ia dpanjangkan lg ke bhgian2 ttentu yg jgk bo membantu...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

bravo ankel. membaca entri ankel, sentiasa membuatkan penyamun2 ini bersemangat dan rasa nak tulis entri terus utk hari nih. hehehehe

DadaIQ berkata...

Dear bro,
Look forward for inspiration, look back for guidance and look sideways to check your bearings...

Ms. Legolas berkata...

Salam.

Dear Uncle,
Tahniah kerana usaha bakti dan impian murni uncle telah dapat bertunas dan mendapat sokongan kuat dari org atasan lagi..
Ms.L pun dgn rendah hati berikrar dgn penuh semangat utk sedia memberi bantuan pada Uncle sekiranya diperlukan...

Semoga anak bangsa kita mampu berdiri teguh rohani dan jasmani dlm mempertahankan bumi Malaysia ini dari tergadai...teringat lagu yg selalu di nyanyikan masa kat MRSM..Anak kecil main api...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Thanks a lot for understanding. Dalam hal ni Uncle amat memerlukan sokongan moral dari rakan2 semua....

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Give me some ideas too on how to help them. Kita pernah susah-payah kerja dihotel dulu dan kita ada expertise didalam bidang kita sendiri....let's share the ideas and give back to the communities!

Uncle berkata...

Dear KN.
I am just doing my part secara ikhlas....you can also read AL MANAR yang juga banyak membantu anak-anak mencapai kejayaan dengan tanpa mengharapkan balasan....

Uncle berkata...

Dear Haji.
Terimakasih Haji....saya tak tahu lagi bila nak balik sana. Mama tengah sakit lagi dan at the moment my priority is for her...semoga mama saya cepat sihat!

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Thanks for the info. Nanti Uncle akan browse blog tu.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Apa lagi yang sama mampu buat kecuali membantu adik-adik yang memerlukan bimbingan. Saya cuma nak tengok depa berjaya dan itu adalah hadiah untuk saya...

Uncle berkata...

Dear Azie.
Semua orang ada kelebihan tersendiri. Yang penting kita tahu mana nak digilap...

Uncle berkata...

Dear All.
Thanks....sama-samalah kita membantu didalam capacity masing-masing....kalau both of you get the chance to see them in person, believe me, you too will get involve in this noble cause!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Thanks a lot. Kata2 daripada rakan2 bloggers dan silent readers adalah perancang untuk Uncle supaya terus menuju puncak!

Uncle berkata...

Dear Zainon.
Ada satu lagi yang Uncle teringin nak buat....support keluarga miskin dan membantu anak-anak depa keluar dari kepompong kemiskinan....

Uncle berkata...

Dear Rina.
Lama tak jumpa! Sekali-sekala apa salahnya kalau kita pull the resources dan buat sesuatu untuk depa....for example, contribute sorang RM5 sebulan dan belikan kasut sekolah ataupun beg sekolah untuk adik-adik yang memerlukan....kita ada ramai "disini" dan bayangkan kalau ada 50 orang yang contribute RM5 sebulan. Berapa banyak yang kita dapat? Berapa ramai adik-adik kita yang dapat pakai kasut untuk ke sekolah? Let's call it a "Shoes 2 School Project!"

Uncle berkata...

Dear UP.
Kalau kenai baguihlah...orangnya pun baguih.....thanks for the call. At that time I was in Alor Gajah with all the students....

Uncle berkata...

Dear Nas.
After replying to Rina suddenly semangat Uncle kembali berkobar2 on the new project of "Shoes 2 School!"

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Good to hear from you my brother....you take good care of yourself and the family. Regards to all the penyamuns!

Uncle berkata...

Dear DadaIq.
Thanks again for the words...

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Thanks for supporting me. Once again, let's do our best for the youth development!

Watikah berkata...

Dear Uncle

Niat murni uncle itu akan dimakbulkan tuhan, insya allah.

Masih ingat lagi bila uncle dtg opis untuk urusan ke Switzerland tempuh hari. Apa2pun bangga dengan pencapaian uncle yang sehingga kini...

Uncle berkata...

Dear Puan Wati.
I knew it...I could smell...heh3...talking about 6th sense! Apakhabar Puan Wati? Urusan ke Switzerland tempohari? Man....that was ages! Rasanya adalah dalam 15 tahun dulu.....btw, are you still there at the same place? Abang Borhan saya ada lagi ka dah pencen? Take care and regards to all at the office...errr...macamana boleh terjumpa blog songsang ni?

rina berkata...

Uncle

That would be a good idea to set up "Shoes 2 School Project!".

Rina contribute rezeki yang ada dari sini je lah. Nak jugak share amal.


Cheers.

Uncle berkata...

Dear Rina.
Heh3...thanks a lot! Just an idea yang masih belum berkembang! Tengoklah nanti macamana...

AMZ berkata...

Salam Uncle....

tahniah uncle......
teruskan perjuangan murni uncle..
ini baru permulaan dan banyak lagi cabaran yg perlu ditempuh......
semoga uncle terus success dlm membimbing anak bangsa....

pd pndpt saya peluang utk anak tmpatan berkerja dlm bidang hotel mmg terbentang luas....tetapi malangnya ramai org asing pulak yg take place....

jika ada bantuan yg diperlukan, uncle bg tau la kami pembace2 blog uncle nie....mana tau jika berkesempatan kami boleh tlg...insyaallah
-azrin-

Uncle berkata...

Dear AMZ.
Thanks kerana sanggup memberi bantuan. That's a brilliant idea indeed! Nanti Uncle cuba kembangkan idea "Shoes 2 School Project" tu dan Uncle cuba cari mekanisma yang terbaik untuk melancarkan projek tu. Kalau ada sapa-sapa kerja Bank, RTM, TV3, Astro, Berita Harian, Utusan, Kementerian dll, silalah tampilkan diri untuk kita kembangkan idea ni. "Shoes 2 School Project" ni Uncle nak buat untuk semua bangsa. Adik-adik perlu pandai bergaul dengan semua bangsa supaya minda adik-adik berkembang dan mampu hidup bersama-sama disekolah, kampung, universiti dan tempat kerja. Ini penting untuk penyatuan semua bangsa untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk 1Malaysia!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...